Dulu, kini dan selamanya~

20 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Buat pengunjung yang budiman. Kali ini ana tak post tentang makanan. Bila dengar perkataan makanan hati ana terasa sedikit sebak :) . Hehe tapi semangat untuk berkongsi tidak pernah pudar. Ana menyukai bidang ini, insyaAllah selagi mana ia bukan sesuatu yang memberikan keburukan dan kemudaratan ana akan teruskan. Cuma pada antum yang diluar sana jangan salah tanggap terhadap ana. Hidup ana bukan segala-galanya seperti dalam wordpress ini. Malah ia lebih luas dari itu. Ana kongsikan apa yang sesuai dan simpankan apa tidak perlu.

Kali ni ana mengimbau memori lama yang menjadi nostalgia. Sebagai tazkeerah buat diri juga bagi yang mahu menyorot rentetan tulisan ana. Khas ana tujukan buat akh seperjuangan 2001-2006 di bumi penuh ilmu dan tarbiyah itu….nada yang sinonim yang sentiasa menjadi halwa telinga dan semangat kita….

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Berada di waqi berbeza dan jauh dari zon selesa, banyak memberi pengalaman dan pengajaran bermakna buat ana. Namun tak kurang, ia juga bisa menjadi suatu ujian yang sungguh menggugah hati. Kadang2 terfikir seolah2 kami tercampak ke suatu kawasan baru yang sungguh terpencil. Terpencil dari sinaran itu. Lantas sedikit demi sedikit cahaya itu di anugerahkanNya. Kemudian kami harus bekerja dan terus bekerja.Dan ketahuilah bahawa semakin banyak usaha kita taburkan untuk taklifan ini maka akan semakin banyaklah ujian2 dan dugaan yang bakal menimpa. Ia mungkin sedikit melukai hati, mungkin sedikit mencalar peribadi, mungkin sedikit melumpuh pergerakan,  malahan mungkin juga mampu merebahkan kita! Na’uzubillahiminzalik.

Kadangkala berada bersama akh, ana rindukan biah itu. Biah di mana diri ini terbina. Di bumi penuh ilmu itu. Ana mencari lantas menjumpainya di sana.  bersama teman2 dan kakak2 yang sungguh akhlaknya menjadi pujian dari pertama ditemui hingga ukhuwah terus terjalin. Akhlak mereka menjadi ikutan. Kemudian ia diserikan dengan ilmu, materi2 yang menambah perbaikan dalam hati. Adab sebagai akh terserlah di dalam rumah mahupun di luar..ana benar2 kagum…mereka penuh dengan senyuman. mendidik hati penuh dengan kelembutan. Kadang2 halaqah itu cerminannya naqibah bukan materi semata. rindunya mahu bertemu naqibah kerana ukhuwwah dan kerana biah.

Lantas ana sendiri terfikir, kalaulah mahu ditulis ataupun di power pointkan bahan2 yang pernah ana dapat dulu mungkin tak terdaya aqal ini. Kehebatan akh ketika itu tidak hanya terserlah pada bahan penyampaiannya semata2 tetapi terletak pada bait tutur katanya dan kekuatan ukhuwwah mereka. Semangat ukhuwwah tetap mekar di medan tarbiyah  ketika itu. Mengapa seorang yang sakit dalam HAQ kita, kita semua terasa sakitnya juga… Mengapa air mata sentiasa mengalir saat kita semua bersama2 mengembeling tenaga di bumi itu? kerana, dalam ukhuwwah dan sahabat yang soleh itu, ada bekalan…yakni bekalan sepanjang jalan kita…

Ana teringat materi pertama yang ana dapat sewaktu ikut HAQ. Ia berkaitan SYUKUR. Suatu bahan yang di sampaikan oleh seorang naqibah dengan begitu penuh kasih sayang. Kelembutan dan keakraban naqibah jadi daya tarikan utama. ketika itu kami tak tahu masalah ummat. kami tak kenal ISK atau IPK.  Tapi kami ikut HAQ dengan rasa ingin tahu, rasa ingin mencontohi juga rasa ingin menjadi…menjadi seseorang…seseorang yang istimewa. Kadang2 HAQ yang kami ikuti materi di sampaikan oleh naqibah hinggakan air matanya bercucuran. Sedih pilu nya kadang2 meresap dalam hati. kesungguhannya membentuk peribadi kami, membentuk akhlak, membentuk perilaku.

mama Arfah…

ana rindukan mama.  Ana hamburkan duka lara hati ni dalam genangan air mata sambil mengingati mama. mengingat jerit perih mama bersama kami. Kadangkala ana rasa tiada tempat mengadu. Kerana dahulu ukhuwwah sesama akh begitu kuat. Kita sering tampung menampung. Sering sokong menyokong. Mama, rindu berada dalam pelukan mama sambil mama membisik kata2 penguat semangat untuk menghadapi tiap ujian yang menimpa. Mama terlalu pengasih pada anak2mu yang kerdil hinggakan bila menyampaikan sesuatu materi, mama sendiri bisa menangis. Bila berbicara mama menggunakan bahasa yang indah. Bahasa kasih sayang. Mama sentiasa tersenyum..tersenyum sepanjang masa. Bila menyampaikan sesuatu mama senang menggenggam tangan kami. Bila keluar ke taman sambil tadabbur alam, mama memimpin tangan dan memeluk kami…bagaimana mama bisa ana lupakan…

Namun di sebalik kejauhan dari mama,  Allah mengurniakan ana seorang teman yang soleh lagi penyayang. Dialah yang menjadi tempat hamburan sedih pilu hati. Sabar dan tenang memberikan bahunya dan lemah lembut tangannya membelai tatkala ana terasa berat dan getirnya ujian dalam jalan ini. Sungguhpun dugaan yang diterimanya lebih besar, dia tetap tenang…sabar… Kata2nya sentiasa menenangkan..setenang wajah dan perilakunya. Ana beruntung atas anugerah ini. Bila membaca tulisannya ana tahu dia seorang yang menjaga bahasanya. Sentiasa memuliakan ikh, walaupun kadangkala bahasa ikh sedikit sebanyak kurang digemarinya, dia tidak cepat melatah. Senang membiarkan masa dan pengalaman mentarbiyah mereka. Sesungguhnya baitul muslim itu terbina dengan kefahaman yang benar oleh kedua2 pihak.  Dan kita pasti akan merasa keistimewaan baitul muslim yang suci lagi terpelihara. Jazakallah buatmu…suamiku…

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(2:216)

Ya Allah atas segala ujian dan kesedihan yang ku alami, dari ’saudara’ ku sendiri mahupun insan2 lain, aku mohon Kau lindungi hatiku dengan sifat sabar. Lagi tenang dan lapang dada ini. Moga senyuman sentiasa menjadi perhiasan dan kekuatanku dalam ukhuwwah yang terbina. moga Dikau menjadikan keluargaku sebuah usrah yang diberkati lagi dirahmati…Dalam mencari mawaddah, sakinah wa rahmah di bumi Mu yang sementara ini….Ameen..

SMM





Burger & Bread

12 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… :)

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia :D ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya :P
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. :)

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe :D boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup :) . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan ;) .





~ohayou gozaimasu~

11 02 2009

Ponteng beberapa hari dari post sebarang entry. Harini still sejuk kadang2 cerah kadang2 mendung.   Ana share breakfast kami sebelum2 ni ye.

breakfast

daging burger, wholemeal bread & salad

breakfast2

muffins, roti dan tea

breakfast 3

choc chips roll & milk tea

breakfast4

thin crust pizza

Ana tak sertakan resipi kali ni. Ada yang sendiri bikin. Ada yang ana rujuk buku dan web. InsyaAllah ada keluangan ana maklumkan nanti. entry ni dan lame tunggu nak masuk. afwan2….tak terkejar mase olehku…(alasan kanaaaaa) :P





pavlova arigatou

6 02 2009

salam semua,

Alhamdulillah jam 8.30pm lebih waktu jepun selamat sampai rumah selepas seharian bersama cylinder (memasang wire, circuit board) utk kesemua 36 intelligent actuator.

Sambil2 strip wire tadi, clamp connectors, ana berchatting dgn zaujah pasal pavlova, sebab kami semlam tgk ada website ttg-nya.

Balik2, sampai rumah je dah ada pavlova atas meja, masyaallah enak sungguh, hanya sapa yang makan saja yang tahu :)

Ana lantas amik kamera dan snap beberapa sudut. Insyaallah pavlova ni sesuai di makan bagi mereka yang baru balik dari lab, dan anak2 yang baru bangun dari tidur :) alhamdulillah mereka juga sangat suka macam ana. Nanti resepi boleh minta pada chef CT :)

p1040436

p1040442

Jazakillah zaujati,uhibbuki fillah,

abu_s





Breakfast

6 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Garlic bread with mushroom soup and Coffee Radix

breakfast

our breakfast- easy & yummy

Harini awal2 dah defrost ayam lepas subuh. Gara2 nak buatkan mushroom soup yang menjadi kegemaran ahna wa ahya. Rasa2 ana sepengalaman ana bikin sarapan buat mereka inilah yang agaknya mereka makan sampai tak mau berenti.Start sarapan bersama  sampai babah dah pi lab pun masih minta ummi tambahkan bowl demi bowl. Akhirnya sebab mngenangkan kain yang perlu di jemur dan tetamu yang bakal datang tepaksa stopkan depa makan :D .  Bagi antum yang anaknya kurang mau makan mungkin blh cuba. Resipi macam yang dah di post sebelum ni ye.

mushroom soup

oishi mushroom soup- tottemo mcm pizza hut. Pada yang xmau pegi atau boikot ke bulehlah buat sendiri je..kantan desu!

Garlic bread ni pulak sangatlah di gemari akhi dan ahna wa ahya. Tengah2 ummi toast pun depa dah makan yang sedang dihidang (b4 kami sama2 bersarapan) :P . Tapi yang peliknya ahna ni suke makan tengahnya saje. Yang kulit dia crunchy tu dia tak mau. Jadi lepas dia korek yang tengah tu dia letaklah balik. heheh.. :D kami lah yang kena habiskan part dia tu.

garlic bread

my style of garlic bread

Sebenarnya ana cari2 juga resipi garlic bread ni. Tapi mostly jenis yang mcm renyah juga nak buat. Disebabkan nak sediakan something yang cepat, mudah dan taste ok, ana try adjust sendiri je. So this is my version of garlic bread :)

Bahan2:

  • Roti France – anytype, kalau xde gune je apa2 roti yg mau :D
  • Butter
  • Garlic Powder
  • Dried parsley

Cara2

  1. Potong roti menjadi slice yang dikehendaki- ana buat kira2 kurang sikit dari 1 inci
  2. Sapukan butter pada kedua2 permukaan roti
  3. Taburkan garlic powder pada kedua2 permukaan- bergantung pada byk mana rasa garlic yg antum mahu
  4. Sprinkle dried parsley a bit on both side
  5. Then toast mcm biasa kat bread toaster ikut garing yg anda mahu. Jangan garing sampai jadi cam rusk lah :D . Cukup sekadar crunchy di keliling buat a bit soft di tengah2 nya.
  6. Cicah ngan mushroom soup…subhanallah hebatnya keindahan makanan ciptaan Allah…

Jom try dan menambah2kan rasa syukur kita terhadapNya… Alhamdulillah :)





Order

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Minggu ni penuh order yang perlu disiapkan..Mmm xde iklan apa2 pon tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki. Dolu2 buka gerai nasi lani buka kedai roti n kek lah pulak. Tutup bisness nasik2 ni kes beras siam dah xde…adakah kami kena makan beras jepun vs lauk pauk melayu…alahai…xkenanye rase…tapi kalau dah memang suratan yang tak biasa pun boleh jadi biasa kan :D .

Ana dapat tempahan dari orang indonesia yang nak pi ski. Kebetulan Akak ni dah nak kembali setelah selesai projek dia di sini selama 4 bulan gurai. Sebagai meraikan teman2 yang lain  dia orderlah dari ana. Siapalah yang telah mempromote ana kat orang Okayama nih :-/ . Jazakumullah padanya/mereka :)

Ibu Tertia order muffin pisang (30), muffin choc (30) dan roti tuna cheese (30).  Then teman akhi dari Nigeria order muffin choc pisang(20). Pastu ibu Tertia ni order lagi untuk labmate dan sensei dia muffin coffee choc(10), brownies choc strawbery(10), roti tuna cheese(10), roti sosej cheese (10). Ayyo…time prepare entry ni kepala rasa pening2 gitu (:|  Jom nengok hasilnya..pening ana masa ni..cam nak pitam pun ada…jzkk pada abang yang sudi tolong..iro iro arigatou ne..

order1

Keseluruhan before packing

order1pekkecik

Setelah masuk packing kecik2 buat omiyage (buah tangan)

order1pekbesar

Sebelum serah pada tuan empunya diri (ibu Tertia)

Next…

muffin choc pisang

Siap baking..tunggu sejuk sikit sebelum paking

order2pek

okes cukup2 20 biji masuk dalam :)

Next…order3roti

roti

order3brownies

tak best gambar ni huhu…bekas dah salotip..xleh nak bukak dah..- tiru cara kak ina deco…hehe tapi tak cantik cam akak punya .

order3muffin

muffin…

Semua tu ana masukkan sekali dalam beg kertas yang very presentable. Mulanya nak letak gambarnya tapi macam entry ni banyak sangat gambarnya. Cukuplah dulu ye…





~western sikit~

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Mengambil semangat mengurangkan makan nasi dek kerana stok beras siam dah xde kat Jepun nih :D , kami sekeluarga terpaksalah mempelbagaikan menu harian. Kadang2 makan nasi, kadang2 makan roti, kadang2 makan mee…hehe :)

Ni nak share menu western sikit. Alhamdulilah kenyang tapi tak melampau sangat. InsyaAllah juga lebih sihat sebab masak gune olive oil then bakar saje.

western lunch

Lemon rosemary chicken with mushroom soup, Challah & slice bread- emm tersopak sikit ayamnye..kemana lah hilang tu :D

challah

Challah – kredit to Norzakiah :) the one who made it! :)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Dirujuk di sini

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato -
1 carrot
1 biji bawang besar dibelah 4
sedikit madu
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar,carrot dan tomato.
  4. Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan  carrot ke dalam ayam tadi.Boleh juga cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  6. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
    Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Hidangkan..bersama mashroom soup dan roti kegemaran

Mushroom soup ala pizza
Sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

Untuk resipi Challah tu dalam eigo. Itupun ana rujuk kat fp Norzakiah aka Zek. Bagi yang berminat boleh rujuk sini ye.

Alhamdulillah suatu kombinasi yang best untuk ketiga2 nya. if rasa x cukup masa nak buat semua on time, buleh je beli roti slice tuk makan dengan soup dan ayam tu. But ana susume pada sesiapa yang nak tukar selera ke, trylah…insyaAllah enak bangat :)






Cannery Row

4 02 2009

Bismilllahirrohmanirrohim…

Sempena birthday  akhi baru2 ni kami pergi makan tempat haritu. Yang dia bawa ana untuk ana punya birthday. But now suppose to be my treat la :D . Tapi untuk entry kali ni just nak share menu dia yang special sebab sebelum ni gambar gune hp..kali ni guna kamera :)

side dishes cannery row

salmon, salad, kacang buncis, cendawan, labu dan ikan all cooked with olive oil.  boleh amik banyak mana mahu makan

pizza cannery row

seafood pizza- rasa yang sungguh menarik sebab luar dia crunchy but dalamnya gebu je.

cream sauce pasta

cream sauce pasta- best ! kakak makan banyak..tak aci  :P

Dulu kami makan nasi pilaf. Tapi kali ni tukar menu lain. Dah selesai makan seme akhi kata makan masa birthday ana dulu lagi special la :P hehe…sebab masa tu first time datang jadi depa sini layan special la. Siap buat menu khas untuk kami.. subhanallah…alhamdulllah….Allahuakbar!





research update

3 02 2009

salam semua hadirin sekalian,

saje mencelah dikala kesibukan duniawi yang sentiasa mengejar,semoga kesibukan ukhrawi sentiasa mendahului..ameen. sekarang seperti yang sedia maklum bahawa musim exam bagi student2 jepun dan juga waktu final presentation bg yang buat research, degree,master atau phd.minna ganbatte

ana sedar tak sedar sudah di semester yang ke 4 dan tak lama lagi akan melangkah ke tahun akhir pengajian, semester ke 5. cepat betul masa berlalu, dah hampir 2 tahun rupanya berada di negara matahari terbit ni.usia pun dah bertambah, uban pun dah ada, sakit2 belakang, sakit2 kepala tu peringatan allah bahawa kita ni hidup ada kesudahannya yang kita pun tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Teringat perginya seorang demi seorang saudara2 yang dekat, tertanya2 juga adakah kita juga bersedia bila allah akan jemput kita kembali.18hb januari, nama CIKGU BASRI yang sentiasa dipanggil oleh masyarakat, anak murid, kawan2 yang ana biasa panggil dengan panggilan AYAH LANG pulang kerahmatullah dengan cara yang sangat mudah dan tenang seperti diceritakan oleh adik2, ummi di malaysia.Maaf pada maklang dan keluarga krn tidak dapat membantu urusan jenazah atas kejauhan kita beratus2 kilometer. Semoga ayah lang digolongkan dalam ahli syurga yang kekal abadi. Perginya insan yang namanya sentiasa disebut2 dan sorang demi sorang menceritakan pengalamannya bersama arwah yg mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik dengan izin dr Allah swt.

Jazakumullah buat keluarga yang dicintai dan sentiasa di sayangi,siti dan anak2, ahna dan ahya yang sentiasa menjadi pohon2 semangat yang membuahkan buah2 cinta, kesabaran dan pengorbanan utk babah. allah sahaja yang dapat membalasnya. Uhibbukum fillah.Insyaallah betul seperti yang dikata, keluarga yang bermula dengan cara yang baik moga allah kekalkan dalam keadaan yang sentiasa baik..mawaddah sakinah wa rahmah.. ameen

dalam masa 2 tahun ni mungkin ramai yang tertanya apa aktiviti harian buat phd, emm satu soalan yang susah nak di jawab kalau tak mengalami sendiri :) tapi secara ringkas yang boleh dikongsikan ialah menghadirkan diri ke lab dan berusaha siapkan experiment yang dirancang. membuat report progress setiap bulan dan dibentangkan dalam kumpulan kecil.dalam satu semester juga mungkin ada 1 atau 2 kali perlu bentangkan progress research kita pada semua ahli dalam lab (sesi Zemi-seminar). phd student juga perlu amik kelas 12 kredit dan alhamdulillah semua kelas dah diambil dan lulus dengan baik. bantuan dari allah yang sangat besar.setiap semester juga ana amik subjek yang tak wajib diambil iaitu nihonggo.hmm..sangat menguji kesabaran disamping kesibukan lab harian.seperti biasa, kena buat kerja sekolah, ada test, ada hafal kanji, buat karangan, itu dan ini, sampai zaujah ana pun tegur supaya lebih focus pada research dari amik nihonggo ni. ana bukan apa, tapi sementara ada kudrat, rasanya nak belajar bahasa orang yang boleh digunakan pada masa akan datang, tapi insyaallah sem depan dah tak amik..sebab dah tiba masanya utk berenti :D insyaallah seperti student lain di okayama, final test kali ni bermula khamis ni 5hb, 12hb,16hb dan 18hb..doakan ya

sistem di sini mungkin lain dengan negara lain di mana syarat lulus phd ialah kena ada WAJIB journal paper. dari segi positifnya ya ia mengajar kita supaya percepatkan research experimen dan publishkan supaya dapat dinilai oleh ahli akademik yang lain

setakat ini alhamdulillah walaupun masih terkebelakang dari sahabat2 ana yang juga buat phd dan publish berbelas2 paper dan journal, ana baru berjaya publish satu journal paper dan 1 international conference dan 1 local conference. bulan januari yang baru lepas beberapa hari juga sibuk ana siapkan 1 lagi local conference dan 1 lagi international conference. alhamdulillah sudah di submit dan menanti penerimaan atau di reject :) bulan mac 1hb ni ada satu lagi paper conference yang perlu dihantar..dan dengan experimen yang masih belum menjanjikan data yang baik..allah sahaja tempat berharap, moga dimudahkan urusan hambanya.

sensei banyak menekan dan kita juga terpaksa untuk cuba sebaik mungkin tunjuk prestasi sebagai muslim di mata orang2 yang non muslim. dalam lab, ana rasa ahli2nya semua bujang dan ana sorang je yang dah ada anak 2 yang alhamdulillah kiut miut macam ummi nya. jadi keberadaan kita di lab bukan seperti mereka, yang boleh bangun tidur di sana (kamikaze buat kerja). insyaallah ana laksanakan yang termampu mungkin, baik untuk research, baik juga untuk keluarga dan baik untuk amal2 lain. semoga allah sentiasa golongkan dalam golongan yang sentiasa thabat dijalannya.

di bawah ni ana attachkan gambar alat yang direka dgn byk kelemahan. nama nya intellligent actuator, menggunakan pneumatic system.kenapa dinamakan intelligent? secara ringkas, dalam alat ni ada 5 elemen seperti yang di tanda,

1.PSoC circuit board, 2. encoder, 3. pressure sensor, 4. valves dan 5. laser rod.

dengan input data dari sensor, dan masukkan code algorithm dan control dalam PSoC, dia boleh gerak sendiri mengikut fungsi2 yang ditetapkan..hehe secara ringkas camtula..sapa ada minat, nak tau detail boleh cerita lain:)

cylinder

alat ini akan digunakan untuk final application -sebuah alat utk design kerusi..huhu dengar sangat pelik tapi itu adalah hakikatnya, sebuah research yang ana sendiri pun masih berusaha merialisasikannya.

so wallahualam, subuh dah masuk, nak solat dulu..doa dari antum sangat di harapkan, semoga kita smua selamat dunia dan akhirat dan allah mudahkan segala urusan kita.kita yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal padanya. kerana Dialah sebaik2 perancang yang mendahului perancangan2 kita..

bertemu di lain waktu..yang khilaf

abu_s





warkah buatmu…

3 02 2009

Happy belated birthday buatmu sayang…

Moga hari2 yang mendatang membawa 1001 rahmat yang sentiasa disyukuri. Menambah iman dan amal bersulam taqwa yang berpanjangan terhadap Rabbmu yang kau kasihi.Menjadi insan,anak, suami, babah serta hamba yang soleh wa musleh, penerang dan sinar buat kami menelusuri kehidupan sementara ini. Semoga segala urusanmu dipermudahkan lagi dilancarkan Allah swt…ameen..

kek abang

Abang,

Kira-kira 3 tahun hidup bersama, banyak yang dapat Siti belajar darimu. Terutama sikap abang yang lemah lembut lagi tenang. Sabar dan sentiasa cuba memahami. Sungguhpun sibuk di lab abang tetap sanggup luangkan masa bantu Siti jaga permata2 hati kita. Berat dan banyak sekalipun urusan yang abang perlu buat, jika rasa ada yang memerlukan tentu abang usahakan untuk bantu…

Kadang2 Siti rasa sayu dengan sifat sabarmu. Atas tindakan teman2 yang kadang tidak matang. insan2 yang tidak mengenal erti hormat serta individu2 yang mementingkan diri. Abang jarang melatah…tenang…malah sentiasa merendahkan diri. Yang nyata abang semampu mungkin sentiasa cuba membuat orang senang dengan sikapmu..

Namun,

KITA tahu jalan ini tidak mudah. Kerana bukan dunia yang kita cari. KITA tidak melangkah demi mengejar debu2 yang bertebaran. Kita tidak berlari demi sehampar tanah yang bakal sirna. KITA tidak berlumba demi menggapai awan biru yang melangit tinggi. Kita tahu matlamat kita. Tanggungjawab kita.

Kita pernah melalui detik2 sukar dengan taklifan ini. Abang tahu ada yang mencoret di blog mereka tentang kita. Abang juga tahu insan2 yang mencemuh kita. Tetapi abang tak pernah membalas. Layananmu sama..seperti mula2 dikenali. Tapi kadang2 jauh disudut hati Siti bangga kerana usaha kita tidak sia2. Ada perubahan di sini..ada sinar yang semakin menerangi bumi ini…ada jiwa yang semakin hidup dengan NurNya…Semua itu atas kurniaan Allah pada bumi ini…mungkin bukan atas usaha kita yang kerdil… kan sayang…

Kini,

Kematangan abang makin terserlah. Sentiasa sikap dan sifatmu kami kagumi. meniti usiamu yang semakin dewasa, moga dikau senantiasa berada dalam rahmat Allah. Moga setiap amal kita membawa keberkahan yang berpanjangan…moga kita dijauhkan dari sifat WAHN (cinta dunia dan takut mati)

Terima kasih kerana menjadi zaujku..

ahabbakallah min ajlihi ahbabtani..

siti mariam, ahna safiy, ahya safiy

okayama, japan.





solat hajat

2 02 2009

Assalamualaikum wrh wbt

Lame menyepi, kini muncul lagi. afwan minkum…ana  sekarang cuba mencuri masa kerana agak sedikit sibuk. Ada taklif menjaga baby seorang saudara yang sedang bergelut dengan thesis dan kelasnya. InsyaAllah moga menjadi amal buat ana dan keluarga juga. Alhamdulillah ahna wa ahya tidaklah terlalu kekok dengan kehadiran baby. Mungkin adik Ahya chotto… :D sebab jeles tengok ummi pegang baby lain. Tapi mereka senang dan kadang kala merekalah juga yang tolong ana menjaganya. hihi.. kadang tersenyum sendiri teringat gelagat ahna yang kalut2 bawa botol susu bila baby tu nangis pastu dah sampai kat baby kakak jadi blur nak bagi susunya…ahna…ahna…semakin terlihat sifat2 yang terdapat pada namanya. Moga besarmu menjadi pejuang agama Allah bersama adik2mu yang lain sayang…doa ummi dan babah buat jundi2 kami…ameeen :)

sekarang minggu exam di sini.  berkesempatan itu kami telah anjurkan solat hajat dan tayangan perdana sikit malam tu. Hihi filem ape?…box office sepanjang masa :D (Sang murobbi).  Menarik cerita ini. Terasa semangat yang hilang muncul semula..uhuk..uhuk…besar kesan pada diri terutama pada sesiapa yang faham dan mahu mengerti..

Di bawah menunjukkan sekitar majlis tersebut yang di adakan di Tsushima Kaikan (dewan kecil) berhampiran kediaman kami.

solat hajat

setelah selesai solat


solat hajat-makan

makan sikit


solat hajat-dansei

antara adik2 lelaki Okayama

Majlis tamat jam 950 malam. 10 minit sebelum time terakhir limit pinjam tempat ;) . Tempat ni kami sewa dengan kadar 50 yen  (RM 2)sejam. Murah sangat siap dengan aircond, heater, dapur, toilet, blackboard, bantal alas duduk, meja, kerusi etc..

InsyaAllah moga tempat ini boleh terus dimanfaatkan dengan program2 yang bermanfaat buat semua. Buat adik2..gud luck, ganbatte kudasai ne…