Intelligent Chair Tool (ICT)

2 03 2009

salam semua,

jazakallah dan terima kasih sudi singgah di MMSWR, alhamdulillah sudah melangkah ke bulan mac 2009. sungguh pantas masa berlalu, semoga ia tidak menjadi satu kerugian buat kita semua dalam menggunakan masa dengan sebaik baiknya. kesyukuran dipanjatkan pd Ilahi dengan izinnya dapat disiapkan hardware utk PhD.sebelum ni duk cari2 nama apa nak bagi, jadi sempena nama zaujah siti (CT), jadi alat ni dinamakan ICT, I dan CT gitu ;)

ICT

insyallah utk jangkamasa seterusnya ialah control dan communication serta validation experiment yang akan dibuat. dalam gambar di atas ni siap ada background biru macam dalam studio, sebab memang duk amik gambar alat ni utk masuk dalam conference paper.doakan moga diaccept nanti. semasa sibuk memasangkan, ana dibantu oleh saudara aliff afira yang kebetulan cuti, jadi dia la banyak memotong wayar, pasang skru, masuk angin, dsb, kiranya boleh masuk lab suzumori dah lepas ni. tima kasih aliff sekali lagi.

p2246404

semoga urusan kita dipermudahkan, urusan dunia dan akhirat, ameen

abu_s