Mengumumkan~

15 03 2009

bismillahirrohmanirrohim…

InsyaAllah sedikit penguman ringkas dan padat dari ana :D . Seperti yang akhi ada beritahu pada posting yang lepas, kami agak sibuk kebelakangan ni….sibuk di alam maya :P . Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu, tercapai jugak niat dan perancangan kami untuk buat satu lagi webpage khusus untuk xtvt jualan dan produk2 kami. Jadi untuk melihat tawaran2 menarik kami sila ke sini ya.

banner-siap-5

Uhhu~ bermain dan bergurau senda dengan wordpress ni mencabar juge :D … tiba2 teringat balik masa belajar kat UTM dulu, masa kelas kom&multimedia. Main coding2 nih.. tidaklah gemar sangat…kabur je pandangan mata. Tapi alhamdulillah ilmu yang dipelajari itu berguna juga akhirnya..Juga jzkk buat akhi yang sangat banyak membantu dan beri tunjuk ajar. Tak terbuat ana tanpanya serta tanpa IzinNya.

InsyaAllah untuk perkembangan xtvt harian kami dan anak2 ana akan terus paparkan di MSMR. Doakan kami sekeluarga semoga sentiasa kuat dan tabah..

wassalam

SMM





Kak Na dik Ya

15 03 2009

Salam semua,

Maaf agak sibuk kebelakangan ini, menguruskan sesuatu, insyaallah hasilnya akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Hari demi hari masa berlalu, melihat telatah anak2 yang semakin membesar. Ahna dah hampir masuk 3 tahun dan ahya pula hampir 2 tahun. Beberapa minggu lepas ahya baru ada checking untuk satu tahun 6 bulan, checking kesihatan yang takde kat malaysia. Salah satu kelebihan bagi anak2 yang membesar di Jepun ni ialah mereka akan sentiasa di perhatikan perkembangannya termasuk kesihatan kebolehan dan sebagainya. Layanan yang diterima seperti masyarakat Jepun biasa menunjukkan tiadanya sikap pilih kasih dalam perkhidmatan yang diberikan.

img_0059

Ahna dah banyak vocabulary dalam bahasa melayu dan jepun, dan mula menampilkan ciri2 sebagia anak sulung dalam keluarga. Kadang2 kami tergelak melihat bagaimana dia memujuk adiknya bila terjatuh atau menangis. Ada satu hari sambil mereka berdua main2 panjat2 dan ahya terjatuh dan menangis, terus ahna turun dan peluk adiknya, ” adik sakiiit?” kata ahna terus tepuk2 belakang adiknya :) Kadang2 bila nak tidur, dipanggil adiknya untuk tidur bersama dan adik ahya datang dan tidur atas riba kakaknya. Walaupun saiz dah lebih kurang sama, tapi kakak terus tepuk adiknya dengan kasih sayang sambil nashid “doi doi doi, adik nak tido..”. Ciri2 yang ada seperti namanya yang penyayang semakin jelas kelihatan alhamdulillah..

img_0022

Ahya pula yang cepat belajar dari kakaknya, makin petah berkata-kata, sampai kadang-kadang ummi babah pun tak faham apa yang mereka bicara :) Kalau tiba waktu makan contohnya, disuruh ambil surat khabar untuk jadikan alas, cepat ahya lari masuk bilik dan ambil dan hamparkan sebelum makan. Ahya juga suka gosok gigi dan basuh tangan guna sabun, “cabun cabun” mintak ahya untuk gunakan sabun sambil basuh tangan selepas makan ;) tengok je babah dan ummi gosok gigi, terus tepuk2 kita mintak berus gigi bersama kakak ahna..

img_0477

Anak2 memang mudah belajar dari apa yang kita laksanakan dan katakan dalam kehidupan seharian. Dari solat hingga ke makan, jika di ajar untuk sentiasa berdoa, mereka mudah untuk laksanakan sampai kadang2 tegur pula kita untuk berdoa dulu ;) .  Alhamdulillah atas penjagaan Allah terhadap jundi2 kami. Moga mereka kelak akan membesar menjadi anak2 yang solehah dan muslehah. Ameen  :)

Abu_S