Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

Hampir 2 minggu ana kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sentiasa juga hilang sebelum ini. Tapi ana biarkan dengan andaian ia tidak hilang jauh. Sungguhpun ia sesuatu yang begitu penting, dan amat penting, ana dengan rasa acuh tak acuh sekadar membiarkan masa berlalu dengan berharap akhirnya pasti bertemu jua…

Tapi kini kehilangannya agak berbeza. Bilamana setelah 2 minggu mencari2 masih juga belum bertemu… terdetik juga kerisauan dalam hati tapi ana masih agak tenang, tidak kalut dan terasa hilang punca. Masih berharap ia akan kembali ditemui seperti sebelumnya..

Harini ana  teruskan lagi proses mencari. Kerana kebimbangan mula menapak dalam diri ini. Kalau betul2 hilang ketika di luar rumah…tentu ana akan menyusahkan orang lain terutama akhi. Akhi juga sudah tolong carikan di kereta tapi tak juga ditemui. Ketika sedang menggeledah sekitar rumah, akhi pun tanya

Akhi   : ” Siti ada minta doa tak pada Allah supaya dimudahkan jumpa?”

Ana    : “Mmm…aah kan… Ya Allah jumpakanlah aku dengan *****ku”

Ana teruskan proses pencarian. Sambil2 tu kemas rumah :D . Akhirnya ketika hampir putus asa, ana cuba mencari ditempat yang agak mustahil. Dengan andaian mungkin di situ kalau2 anak buat main. Tiba2 terasa pulak nak buka beg plastik yang tersimpan cantik beberapa minggu lepas. Buka2…tiba2 ternampak objek berwarna hitam…Aaaaa~ alhamdulillah….jumpa jugak…

Subhanallah..betapa Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihi. Dengan meminta padanya pasti akan di kabulkan. Sebentar sahaja bermohon Allah telah membantu ana…atas kasih sayangnya Dia memudahkan segala urusan kita. Terkadang atas nikmat yang kita peroleh tanpa kita bermohon dan berhajat, jarang sekali kita syukuri kecuali atas apa yang kita benar2 hajati. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan perlu di peringatkan. Sebesar mana pun kita, sebanyak manapun pengalaman kita, se senior manapun kita, malah sehebat manapun kita, pasti akan ada masanya terlupa, tersilap dan tersalah..itulah hakikat insan yang pelupa lagi penuh kekurangan….

Beruntunglah bagi yang menginsafi dan berbahagialah…

About these ads
This entry was posted in TAZKEERAH and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

  1. wani says:

    ct…akak dah ada meat mincer tuh. tapi setakat mince ayam, akak larat la nak kayuh. Tapi bile mince daging kemain la liattttnye… ct mcm mane mince daging?

  2. ctaf05 says:

    oh yeke kak wani..mm ct xpernah minced daging kak. sebab x bape makan daging sangat…kalau buat meatball pun biasanya biasanya ganti ayam :D . hehe berat nak kayuh ye kak.. kak wani, ct x dapatlah nk masuk blog akak lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s