Learn to control your heart

26 06 2009

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh :D .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!





Ulang tahun ke 4

6 06 2009

Tanggal 5 jun 05 tarikh yang sangat bermakna buat kami, alhamdulillah setelah 4 tahun mendirikan baitul muslim ini, allah kurniakan kami dengan pelbagai berkat dan rezki. 2 puteri, ahna (3tahun) dan ahya (hampir 2 tahun) menjadi penyeri2 yang menyejukkan mata kami. Segala cabaran yang datang  ditempuhi bersama, saling membantu, saling menyintai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

berdua

Makin lama mendirikan rumah tangga, makin byk yang dipelajari dalam mencari redha allah swt.Cinta yang makin kembang dan mekar ditambah pula dengan kasih sayang yang bertautan menjalinkan hubungan mahabbah dalam keluarga kami alhamdulillah. Ini rupanya ibrah dari cinta selepas perkahwinan yang berbeza dengan stereotype cinta hari ini, sebelum kawin bukan main itu ini, tapi lepas kawin kering ibarat perigi yang ketandusan air :)

samurai

Mohon doa antum moga keluarga yang dibina ini menjadi kelaurga yang sentiasa diberkati lagi memberkati mereka sekitarnya.

canon24may 794

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kami di bumi jepun ini, satu pengalaman istimewa buat kami mengenali adik2, sahabat2 dan rakan2 sekitar dalam suka dan duka memperjuangkan ISLAM dimuka bumi allah.

canon24may 172

Moga sentiasa dibantu Allah swt segala usaha kita dalam akademik, sahsiah dan tarbiyah, ameen ya rabbal alamin.

Baiti Jannati :)





Praktikal…

5 06 2009

bismillahirrohmanirrohim

Semalam hari Khamis..macam biasa ada kelas bahasa Jepun. Esok sabtu ada kelas juga tapi di Kouminkan. Hari Rabu pun ada kelas di daigaku. Tapi cuma sejam, pembelajaran pun ringan dan mudah tangkap dan faham. Sensei sebut sebiji2 butir katanya. Tak sedar masa cepat berlalu. hari Khamis pun seronok..dengan Setsu san. Biasa kelas ni akan ambil masa 3 jam lebih. Pun rasa masa cepat berlalu. Seronok agaknya belajar ye. Tapi sebab banyak sangat kadang2 rasa berat juga. Ditambah dengan shukudai (homework) yang perlu disiapkan. Bayangkan untuk tulis diary ana ambil masa dalam 3 jam gurai!….susahnya rasa nak buat ayat.. hehe :d . Sebenarnya Setsu san memang agak banyak input bila dia ajar ana. Kadang2 memang tak tertangkap. Walaupun dia blh speaking, masyaAllah mahalnya dia nak translate  nihonggo dia ke eigo. :P . Cara pengajaran pun lain. Dia tak  bagi ana rujuk buku. Dia tanya soalan, suruh ana dengar dan jawab balik. taihen2…. :)

Semalam masa dia sampai rumah, tiba2 ajak ana walking2. Keluar rumah. Mulanya agak blur juga. Pastu naik kerete dengan dia pergi ke kawasan daigaku. Cuba teka apa yang ana kena buat? huhu…. Disebabkan sekarang ana sedang belajar arah dan jalan, maka dia minta ana cari sesuatu fakulti semua tu dalam bahasa jepun. Dia akan ikut sahaja, then ana kena pandai2 sendiri tanya orang lain dan faham arah yang orang tu sampaikan. Jauh kena jalan kaki dong!!! Tapi seronoklah…ingat masa time duk UTM dulu gi kelas yang jauh2 tu pun jalan kaki gak… 2 @ 3 km gurai… :d

Semalam kena cari 4 fakulti. Oklah…blh belajar byk vocab then boleh tahu tempat2 dalam dai. Sempat jugalah dalam misi mencari (but bukan menyelamat :P ) tu, lalu depan akhi punya bangunan… Tapi orang yang di damba takde depan mata :) .  Habis tugasan outdoor ni kami belajar macam biasa kat rumah ana. Setsu san ajar ana cepat memandangkan masa ana kat sini dah tak lama. Dia budjet nak habiskan juga buku II nihonggo tu sebelum ana balik Malaysia nanti.  Boleh ke ana fokus ye…insyaALlah kan..hanya Allahlah yang beri kekuatan..moga Allah berikan kesudahan yang terbaik buat ana dan kazoku di sini. ameen

setsu san

Setsu san