Tanggal 5 jun 05 tarikh yang sangat bermakna buat kami, alhamdulillah setelah 4 tahun mendirikan baitul muslim ini, allah kurniakan kami dengan pelbagai berkat dan rezki. 2 puteri, ahna (3tahun) dan ahya (hampir 2 tahun) menjadi penyeri2 yang menyejukkan mata kami. Segala cabaran yang datangĀ ditempuhi bersama, saling membantu, saling menyintai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Makin lama mendirikan rumah tangga, makin byk yang dipelajari dalam mencari redha allah swt.Cinta yang makin kembang dan mekar ditambah pula dengan kasih sayang yang bertautan menjalinkan hubungan mahabbah dalam keluarga kami alhamdulillah. Ini rupanya ibrah dari cinta selepas perkahwinan yang berbeza dengan stereotype cinta hari ini, sebelum kawin bukan main itu ini, tapi lepas kawin kering ibarat perigi yang ketandusan air

Mohon doa antum moga keluarga yang dibina ini menjadi kelaurga yang sentiasa diberkati lagi memberkati mereka sekitarnya.

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kami di bumi jepun ini, satu pengalaman istimewa buat kami mengenali adik2, sahabat2 dan rakan2 sekitar dalam suka dan duka memperjuangkan ISLAM dimuka bumi allah.

Moga sentiasa dibantu Allah swt segala usaha kita dalam akademik, sahsiah dan tarbiyah, ameen ya rabbal alamin.
Baiti Jannati
KOMEN TERBARU