Hari kedua di Nagoya. Paginya kami keluar hotel awal. Sebab akhi nak present jam 11.35 pagi. Sebelum tu kami dijemput ke rumah saudara Ridzuan Ahmad, salah seorang staf UTM yang turut menyambung phD di Jepun ni. Tiba kira2 jam 9 pagi di rumahnya, kami sarapan sikit then akhi bersama saudara Ridzuan pun berjalan kaki menuju ke universiti berkenaan. Ana pun tinggallah bersama dengan isteri beliau yang merupakan seorang Doktor kesihatan di Malaysia dulu. Kini semakin aktif mengasah skill masak2 memasak.. Hehe jangan marah ye kak Lin
. Kak lin ni orangnya comel je, tapi nampak muka DR lah hehe, anaknya nurul Izzati kiut bangat, fotogenik. Pandai bergaya amik gambar…hehe rindu si izzati yang kawaii…

husband masa present ketika conference
Sebenarnya kami sarapan dah pagi tu di hotel. Ala kadar jelah. Bawa bekal tuna , cili, bawang dan timun—> cam pi piknik pulak gakkai kali ni
. Tapi Subhanallah…kak lin prepared karipap pusing dan donut.. Hebatlah DR Azlinda nih, lunch pulak sediakan Soto lagi…Alhamdulillah rezeki Allah mencurah2 buat kami. Kak Lin dah hamil 6 bulan. Moga segala urusan kak Lin dipermudahkan dan dilancarkan nanti ameen..
Sementara tunggu husband balik, ana pun mengisilah masa untuk bertaaruf dengan lebih dekat lagi kak Lin dan si comel Izzati. Ahna dan Ahya pun dapat kawan baru harini. Seronok bermain sampai habis bersepah mainan kat rumah kak Lin…gomenne…excited betul mereka kerana masing2 jumpa kawan baru

nilah dia izzati chan nye… with adik ahya

ahna dan izzati
Petangnya setelah selesai conference, lunch dan solat, keluarga saudara Ridzuan dengan bermurah hatinya membawa kami melawat Akuarium yang sangat luas, besar dan menarik. Nama apa ye ana dah lupe. Macam2 ikan buleh tgk dalam tu atau lebih spesifik lagi spesis hidupan laut. Ikan, pingu, dolphin,ketam, udang, etc…byk tak tersenarai. Nanti blh tgk gambar ana upload dalam fs ye. Nak masuk sini seme tak sesuai.

antara gambar yang di ambil di tempat tersebut
Selesai menjamu mata dengan keindahan ciptaan Allah yang Maha Hebat ini kami seterusnya pulang kembali ke rumah kak Lin untuk dinner, dan solat. Kira2 jam 8 malam kami bergerak keluar semula. Ana sangka mereka mahu menghantar kami kembali ke hotel, rupa2nya kami di bawa lagi melawat suatu tempat yang begitu mengagumkan…hehe teka ape dia
… kami pergi ke suatu kawasan menara yang penuh dengan lampu2. Ia bukan sekadar lampu biasa tapi macam2 bentuk. Macam taman jadinya sebab ia membentuk pokok, haiwan, tumbuhan2 kecil, bunga dan sebagainya. Ada yang seolah2 sebuah tayangan video bila ia membentuk objek yang bergerak dipaparkan di layar besar sisi bangunan. Indah sungguh, atas kehebatan aqal ciptaan Allah maka manusia bisa secerdik itu mencipta sesuatu yang begitu mempersonakan.. hebat kan kuasa tuhan?..
.
Kami selesai di situ kira2 jam 10 malam. Sebab tiba2 semua lampu tu padam!!! bikkuri shimashita! seme orang terkejut. Mungkin dia black out kot hehe… menurut kak Lin pesta lampu2 ni akan berterusan selama 2 bulan sepanjang fuyu (winter) ni…

grabbed from kak Lin
Malam tu akhi dah penat sangat. Setelah tiba kembali ke hotel, akhi lebih awal berehat. Ana kemudian surf internet sambil2 melayan anak2 yang nak menonton dan bermain. Mereka berdua tidur lambat betul…hmm~penatnya ummi nak layan kakak dan adik ni
. masing2 seronok sangat bermain atas katil. Ummi dah tersengguk pun mereka masih seronok bermain. Mungkin sebab rumah kat Okayama style Jepun tidur atas futon, anak2 jadi excited bila ada katil ni hihi:D . Bila dah rasa tak tertahan nak perhatikan mereka, akhi akhirnya terjaga dan layan ahna plk. Ana dah berjaya tidurkan ahya masa tu alhamdulillah…dengan umminya sekali terlena. Kata akhi ahna malam tu tido pkl 2 pagi, macam2 kena layan katanya…hehe…kakak2…kesian babah…
KOMEN TERBARU