Burger & Bread

12 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… :)

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia :D ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya :P
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. :)

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe :D boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup :) . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan ;) .





Breakfast

6 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Garlic bread with mushroom soup and Coffee Radix

breakfast

our breakfast- easy & yummy

Harini awal2 dah defrost ayam lepas subuh. Gara2 nak buatkan mushroom soup yang menjadi kegemaran ahna wa ahya. Rasa2 ana sepengalaman ana bikin sarapan buat mereka inilah yang agaknya mereka makan sampai tak mau berenti.Start sarapan bersama  sampai babah dah pi lab pun masih minta ummi tambahkan bowl demi bowl. Akhirnya sebab mngenangkan kain yang perlu di jemur dan tetamu yang bakal datang tepaksa stopkan depa makan :D .  Bagi antum yang anaknya kurang mau makan mungkin blh cuba. Resipi macam yang dah di post sebelum ni ye.

mushroom soup

oishi mushroom soup- tottemo mcm pizza hut. Pada yang xmau pegi atau boikot ke bulehlah buat sendiri je..kantan desu!

Garlic bread ni pulak sangatlah di gemari akhi dan ahna wa ahya. Tengah2 ummi toast pun depa dah makan yang sedang dihidang (b4 kami sama2 bersarapan) :P . Tapi yang peliknya ahna ni suke makan tengahnya saje. Yang kulit dia crunchy tu dia tak mau. Jadi lepas dia korek yang tengah tu dia letaklah balik. heheh.. :D kami lah yang kena habiskan part dia tu.

garlic bread

my style of garlic bread

Sebenarnya ana cari2 juga resipi garlic bread ni. Tapi mostly jenis yang mcm renyah juga nak buat. Disebabkan nak sediakan something yang cepat, mudah dan taste ok, ana try adjust sendiri je. So this is my version of garlic bread :)

Bahan2:

  • Roti France – anytype, kalau xde gune je apa2 roti yg mau :D
  • Butter
  • Garlic Powder
  • Dried parsley

Cara2

  1. Potong roti menjadi slice yang dikehendaki- ana buat kira2 kurang sikit dari 1 inci
  2. Sapukan butter pada kedua2 permukaan roti
  3. Taburkan garlic powder pada kedua2 permukaan- bergantung pada byk mana rasa garlic yg antum mahu
  4. Sprinkle dried parsley a bit on both side
  5. Then toast mcm biasa kat bread toaster ikut garing yg anda mahu. Jangan garing sampai jadi cam rusk lah :D . Cukup sekadar crunchy di keliling buat a bit soft di tengah2 nya.
  6. Cicah ngan mushroom soup…subhanallah hebatnya keindahan makanan ciptaan Allah…

Jom try dan menambah2kan rasa syukur kita terhadapNya… Alhamdulillah :)





~western sikit~

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Mengambil semangat mengurangkan makan nasi dek kerana stok beras siam dah xde kat Jepun nih :D , kami sekeluarga terpaksalah mempelbagaikan menu harian. Kadang2 makan nasi, kadang2 makan roti, kadang2 makan mee…hehe :)

Ni nak share menu western sikit. Alhamdulilah kenyang tapi tak melampau sangat. InsyaAllah juga lebih sihat sebab masak gune olive oil then bakar saje.

western lunch

Lemon rosemary chicken with mushroom soup, Challah & slice bread- emm tersopak sikit ayamnye..kemana lah hilang tu :D

challah

Challah – kredit to Norzakiah :) the one who made it! :)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Dirujuk di sini

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato -
1 carrot
1 biji bawang besar dibelah 4
sedikit madu
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar,carrot dan tomato.
  4. Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan  carrot ke dalam ayam tadi.Boleh juga cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  6. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
    Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Hidangkan..bersama mashroom soup dan roti kegemaran

Mushroom soup ala pizza
Sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

Untuk resipi Challah tu dalam eigo. Itupun ana rujuk kat fp Norzakiah aka Zek. Bagi yang berminat boleh rujuk sini ye.

Alhamdulillah suatu kombinasi yang best untuk ketiga2 nya. if rasa x cukup masa nak buat semua on time, buleh je beli roti slice tuk makan dengan soup dan ayam tu. But ana susume pada sesiapa yang nak tukar selera ke, trylah…insyaAllah enak bangat :)






hisashiburi…

15 01 2009

assalamualaikum buat semua pengunjung MMSR …afwan,gomen, sorry sebab lame x update. Perlu nyatakan sebab ke? hehe…xpayah pun x pe kan.. :D

sekarang tengah winter di sini. Tapi tak berapa ada salji kat tempat ana. But still sejuk…kadang2 sampai sakit kepala jadinya..xtvt pun agak terbatas sekarang. Banyak berkurung je..hibernate sikit ;) . Anak2 masih belum sembuh sepenuhnya. Lepas muntah2 mereka batuk kuat dan flu pulak. insyaAllah semakin sembuh setelah bertarung juga secara psiko nak bagi makan ubat kat depa ni.

Cooking, baking and so on juga tak berapa jalan sekarang. Hehe…kesejukan turut sama membekukan tulang 4 keratku. hihi… :) . Tapi oleh sebab menyahut seruan diri sendiri untuk berjimat sempena kenaikan harga barang yang mendadak (beras, daging dan ayam  halal&import, etc) kena jugalah gagahkan diriku ini. uhhu…

Buat pengetahuan semua juga ana dah stop bergerai..ekonomi meleset hihi :P . Nak test xtvt lain yang lebih menarik lak. Mmmm…tapi sebab masih dalam eksperimen x bisa dedahkan lagi ape xtvt tebaru ana ni. InsyaAllah dengan hilangnya tugas ana duk cooking2 makin memberikan dan menyediakan ruang serta masa yg lbh tuk xtvt baru ni..

Untuk cuci2 mata ana share same kat sini beberapa hasil baking yang lepas. x dapat nak buat entry by day. Apa2 pun jooom tgk!

red bean stolen

RED BEAN STOLEN / FLOWER


cinnamon roll

CINNAMON ROLL WITH CHEESE FROSTING


tuna roll

TUNA ROLL WITH CHEESE INSIDE

Ini kuncu-kuncu roti :D . Itupun yang ana teringat nak amik gambarnya. Yang tak sempat tak dapat nk share. Nanti insyaAllah kita share dishes lak ye.





Tuna & Curry Puff

24 11 2008

Bila buka freezer selalu ternampak puff pastry yang di beli tak lama dulu. Masa jumpa dulu terus beli walaupun dalam fikiran masih belum jelas nak bikin apa dengan pastry tu.  Tapi bila tengok dalam deep freezer plk ternampak inti karipap  yang berlebihan masa buat karipap frozen dulu. Hmm~ bukak dalam kabinet pulak nampak tuna yang dalam tin tu cantik tersusun tin2nya.. :D ….Aaaaa cam dah berlegar2 dalam kepala. Hihi ni projek untuk lunch ni sebenarnya. Masak ala kadar sebab malam kena niaga nasi siang2 tak boleh makan berat nanti badan pun jadi berat :P .

Dengan menggunakan 3 keping kulit pastry tu ana potong menjadi 12 keping pastry kecil. Pastu isi inti tuna dan inti karipap. Tuna tu ana guna yang dalam tin je campur sama bawang besar, lada sulah dan mayonis. Isikanlah pastry anda dengan filling yang disukai.  Tekan2 sekeliling dengan garfu agar bercantum dan bakarlah macam biasa. Suhu dia tinggi sikit dalam 230 degree untuk dalam 25 minit lebih kurang. Resipi ana tak sertakanlah sebab mudah sangat.  :P

puff

Tuna & curry puff dengan bentuk yang pelbagai, ada segitiga, segi4sama & segi4tepat :P

Rangup sekali puff ni. Antum boleh isi dengan apa sahaja filling kegemaran termasuklah dengan sesuatu yang manis2 atau sebaliknya.  Kalau kat malaysia jenama KAWAN yang terkenal ye. Bagi yang berminat bolehlah mencuba sebagai breakfast anda di pagi hari mahupun untuk minum petang :)





2 roti dalam 1 hari

24 11 2008

Minggu lepas masa duk sibuk bergerai di rumah ;)   sempat juga ana bagi makcik yang tolong ajar ana buat roti tempoh hari tu rasa Nasi Beriani. Masa beri tu terangkanlah kat makcik tu ini masakan ala2 paki, then terang jugak lauk ayam kurma n acar tu. huhu.. bila tang kurma tu menarik sikit sebab sebutannya macam nihonggo.

kurma   = masakan kurma kita

kuruma = kerete (nihonggo)

So makcik tu pun kata dia mesti cepat ingat sebab kalau nak ingat lauk tu ingatlah sebutan ‘kereta’ tu :D lucu je makcik ni..hehe kawaii. Esokannya makcik tu pun pulangkan roti pada kami. Banyak pulak tu. Roti Perancis tapi sori sangat2 sebab ana memang lupe nama dia sebab bila dah di sebut lidah nihon ni lain macam bunyinya. Masa tu pulak akhi yang tolong tanyakan sebab ana ni nak bercakap tak berapa lancar sangat lagi :P . Teringat Croissant tu kalau depa ni sebut jadi ‘kuro san’ ( = en. Kuro). Jadi lama ana berfikir ape tu roti ‘kuro san’. Bila dah diterangkan barulah ana tahu oh itu rupanya kuro san… :P . Opsss lagi satu gambarnya xde. huhu tapi ana ganti dengan roti macik tu bagi jugak tapi roti lain. :)

Kebetulan pada hari macik ni bagi roti, ana pun on the way tengah buat roti.  Buat roti bun yang ada pelbagai inti (kacang, kaya & tuna). Jom tengok gambar ;)

roti kacang, kaya & tuna

bun berinti kacang, kaya & tuna (ana punya)

sweet green pea bread

sweet green peas bread (macik punya)

2 jenis roti

watashi no vs kimura san no pan desu

Untuk resipi ni ana ambil kat MyResipi. Nak masukkan kat sini susah sikit. Selalu tak dapat masuk dah sekarang. Tapi sekiranya antum berada di negara lain cuba try rasanya xde masalah. kat jepun ni je kami2 ni hadapi masalah sikit. :)   Tapi kalau  ana dapat masuk lepas ni, insyaAllah ana masukkan nanti. :)





Carrot cake

24 11 2008

Dulu masa mule2 dengar kek lobak merah cam tak percaya pulak boleh wujud.. hehe :D sebab dalam fikiran ni guna carrot tu buat sayur je. Tapi sejak datang sini pernah rasa yang di beri oleh teman indonesia. Boleh tahan jugak rasanya. Siap dengan cream cheese frosting lagi. Tak lama pastu borak2 dengan adik wani sambil jenguk2 blog dia katanya kek tu kegemaran familynya pulak. Lagi terasa teruja nak buat. Bila dah terpedaya dengan omongan dik wani nih ana pun cubalah buat sendiri ikut resipinya. Dan inilah hasilnya…. :)

carrot cake

carrot cake

carrot

2 rupa carrot yang berbeza, ana gune yang warna lebih gelap tu yang warna oren tu saiz carrot biasa seperti yang kita boleh dapat kat Malaysia

Alhamdulillah memang enak macam yang Wani katalah. Rasa lembab dan mewah dengan walnut dan raisin. Akhi yang tak berapa gemar carrot cake pun kata sedap. :) Pada yang sudi untuk mencuba, ana sertakan resipi ambil dari adik  wani ni.

Bahan-bahan ( 8″ x 8″ x3″ square)

bahan A

1 1/4 cup minyak sayuran (klu xde, blh guna minyak masak)
4 biji telur gred B
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut panggang-chopped
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (klu ganti buah lain yg masam2 sket pn ok i.e nenas kiub dlm tin)

bahan B

250 gm tepung high protein (tpg gandum pn blh)
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam (jika perlu)

Cara-caranya:

  1. panaskan oven 180C, alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak.
  2. utk bhn A, pukul telur hingga kembang, masukkan kedua-dua gula, pukul hingga gula hancur. masukkan minyak dan sebatikan.
  3. masukkan chopped walnuts, raisin dan carrot. sebatikan guna senduk kayu.
  4. akhir sekali, masukkan bhn2 B yg telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan tadi.
  5. sebatikan adunan dengan menggunakan senduk kayu.
  6. tuang adunan ke dalam loyang pembakar, bakar selama 45 minit atau hingga masak.

Bahan Cream Cheese Frosting: /- yg ni ana tak buat

250 gm cream cheese
120 gula icing (biasanya wani akan kurangkan ikut kemanisan)
sedikit butter
sedikit perahan lemon

Cara-caranya:

  1. putar cream cheese, masukkan gula icing yg telah diayak sedikit2. ikut kemanisan yg dikehendaki. masukkan butter(ikut consistency adunan-jika perlu, tambah.) masukkan perahan lemon.
  2. hiaslah kek anda!
  3. *jika anda mempunyai Food Processor(FP), boleh terus masukkan semua bhn frosting ke dalam FP dan blend hingga sebati.




Breakfast

13 11 2008

Sebenarnya lama dah nak post tapi selalu benar tertangguh. Walaupun rasanya senang je nak buat tetap banyak je halangan yang menyebabkannya tak terlaksana. Hehe… :) .. sibuk duk bt benda lain… :P Nak share breakfast dan lunch kami yang lepas. Sebelum ni memang teringin nak makan roti ni bila tgk dlm blog kak Min. So, ada kesempatan ana pun buatlah..

roti

Tak taulah nak buh nama apa kat roti ni tapi rasanya sedap. Lain sikit sebab dia mix banyak benda. Ada kaya (ana bikin sendiri kat umah), air pandan dan crust kat atas dia tu. Teksturnya gebu sekali, bau yang harum dan rangup pada bahagian atasnya.

sumber: Kak Min

150 g bread flour

150 g Hong Kong flour /- im using 300g bread flour for this recipe

2 teaspoon instant yeast

35 g granulated sugar

1/2 teaspoon salt

1 tablespoon milk powder/- no need coz im using fresh milk

3 tablespoon kaya

1 large egg

About 3 tablespoon pandan juice/- ana guna perisa pandan je

100 ml water/- im using fresh milk

20 g shortening

130 g raisins

Topping – 30 g butter, 30 g sugar, 60 g plain flour.

Method :

Mix all dry ingredients, from flour up to milk powder. Add the wet ingredient – kaya, egg (beat first with the pandan juice) and water. Mix well, I use speed 3 to 4 on my mixer using my dough hook. Add the shortening. Continue mixing, mine took about 20 minutes until the dough is elastic and won’t stick to the side of the bowl. Adjust the dough, if it is too soft add more flour, if it is too tough, add more water (room temperature or better still, cold water). About 5 minutes before the dough is done, mix in the raisins.

Oil the bowl and dough, cover with plastic clingwrap. Let it ferment for about an hour until it grows to double its size.

In the mean time, prepare the topping by mixing all the ingredients together and keep in the fridge. After an hour, punch down the dough. Transfer to a bread pan, let it rise again for another 45 minutes. Brush the top with milk or egg, and sprinkle the topping generously.

Bake at 175 C for 30 minutes.

Look how wonderful it turn out, the inside is soft and the topping is crunchy.





.:Lemang a.k.a pulut santan roll:.

1 11 2008

~hmmm~ betapa terlewatnya ana menghabiskan sisa2 syawal yang berbaki. Alhamdulillah masih berkesempatan juga. Syukur padaNya yang memberikan izin serta kemudahan. Sebenarnya masa 1 syawal dulu teringin sangat2 nak makan lemang. Itu lepas dok surf resepi lemang perantau yang kelihatannya agak rumit tapi sebenarnya boleh dibuat hehe :P . Tapi disebabkan masa raya tu  banyak dah masak sebab buat open house, tak kesampaianlah hasrat dihati. Apapun alhamdulillah… akhirnya buleh juga rasa lemang kat bumi jepun ni.

masih berada dalam aluminium foil —> ganti buluh :P

Sebenarnya nak buh nama lemang pun malu…huhu…sebab tak macam buat lemang yang sebenarnya. Tu yang letak nama pulut santan roll tu. Sebab nak dapat bentuk bulat tu kemain ana menggeleknya menggunakan ‘tikar sushi’ yang buat gulung sushi tu. Alhamdulillah Allah bagi idea dan kesenangan begitu pulak :D . Tang daun pisang tu pulak, suami yang susah payah amikkan. Tu pun bukan sembarangan. Lama dah kami perhatikan. Pokoknya seperti tak bertuan sebab tiada penempatan sekitarnya dan ada cam semak samun sikit.  Syukur kat jepun ni ada beras pulut, tapi bentuknya kiut miut cam beras dia tulah. Tak pe asalkan rasa sama. Cuma….hm~ tang buluh tu yang tak de tu. Kalau ada pun…manalah tempatnya ana nak bakar. Bukannya boleh nak buat pembakaran terbuka macam kat kampung2 kita kan…dame desu yo!!! :(

ni gambar bila dah buang aluminium foil tu.  Satu gulung ni ahna makan dengan adik je tau… suke betul depa :)

Mungkin ramai yang  pelik kenapalah ana ni  sanggup pi amik daun pisang buat ni. Kan senang je kalau buat ala kadar. Tenggek je pulut sama santan dan garam masak cam biasa then kepal2…jadilah lemang…huhu~

Ana ni dah terikut2 sikit dengan tarbiyah ibuku…ecceh bahasa arab lak :P . Takde, bagi sesiapa yang tak kenal ana lagi, ana ni asal kampung…betul2 kampung…mak ana ni tegas orangnya…hehe..tapi sayang mok. Dia tegas nak didik ana kat dapur supaya buat kerja dengan betul :P . Ana bongsu dalam family pastu pulak abang2 semua lelaki. Jadi anak dia yang sorang ni lah yang kena bljar selok belok dapur ni. Ingat masa sekolah rendah dah kena siapkan lunch n kemas rumah sebab mak dgn abang pergi ke ladang. Tunggu mereka balik dengan makanan yag siap terhidang. Ayah ana dah lama meninggal, sejak ana berusia 15 bulan lagi…maklah susah payah besarkan kami 5 beradik…ish…cite lain pulak :P

Berbalik pada masak2 tadi. Ana teringat, ada suatu  masa tu ana silap taruk beras pulut dalam pengukus masa nak buat ketupat palas. Silapnya pada skill je sebab tak berlembut, pakai bubuh je then siap gaul2 lagi…huuu~…mak ana marah (marah2 sayang ;) ) masa tu, pastu suruh keluarkan seme then dia pun tunjuklah cara yang sebetulnya.  Aduh susahnya lah… Dalam hati ana dok fikir, kenapalah nak kena ada cara yang betul? bila dah masak sama jugak, kunyah2 then masuk mulut ke perut juga perginya…hikhikhik :D

Tapi rupa2nya tak sama…tottemo chigaimasu!!!. Ni mungkin aura yang mungkin dapat dirasai bagi orang yang memang suka masak lah kot :P . Memang sebenarnya cara penyediaan sesuatu makanan tu akan mempengaruhi rasa dia.  Walaupun bahan yang digunakan sama, tapi sekiranya antum masak cara lain tentu rasa dia berbeza. Hmm…siapa tak caya buleh try :D . Contoh mudah antum perap ayam dengan rempah yang sama, then satu antum kukus lagi satu bakar. cuba tgk lain tak dia punya rasa?… ;)

ni yang dah siap potong. Kami makan bersama rendang ayam dan serunding ummi kirim sempena raya tempoh hari.

Banyak ana celoteh entry kali ni. Oklah pada sesiapa yang sudi ataupun nak try lemang perantau versi pulut santan roll ana ni, blh try resipi ni…

sumber : Noorma Musa

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar garam (paras rata)
  • 1 sudu besar gula (paras rata) – optional
  • air secukup nya

Cara membuat:

  • Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam
  • Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap)
  • Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
  • Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan secukup rata
  • Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.
  • Kemudian ambil daun pisang, letakkan pulut atas nya dan gulung padat2 jd bentuk silinder, hujungnya diikat kemas2–> ana guna penggulung sushi utk btk yang lebih sekata
  • Kemudian gulung dlm aluminium foil, masukkan dlm oven pd suhu 180′C-200′C selama 45 min – tujuannya supaya pulut td padat (leik)
  • Kemudian keluarkan dr oven..buka foil, letakkan semula supaya daun pisang tadi agak garing (jika suka lemang yg garing kulitnya) –> ana tak minat garing so tak buat yang step ni
  • Keluarkan dr oven, sejukkan sket..boleh lah dipotong dan dinikmati bersama rendang/kari

Siti/-  kadang2 ana  terfikit batapa peraturan itu amat penting. Sebab dengan peraturanlah maka jati diri sesuatu itu terbentuk. Macam kita kan, hidup ada peraturan berlandaskan Al Quran dan hukum tuhan barulah ia benar2 bisa melahirkan muslim yang menepati fikrah islam….hmm~….






Pasta Aglio Olio?

27 10 2008

Bila rasa nak cepat masak dan makan sedap serta berkhasiat, biasanya ana pilih buat pasta sebegini. Mudah, cepat dan tanpa Kolesterol :) . Pada yang mungkin ingin beralih arah dari makan nasi seperti biasa mungkin antum boleh cuba menu ini. Banyak versi aglio olio ni. Tapi yang ni ana buat based on bahan yang ada dan yang mudah masuk mulut. Kebetulan ahna kalau makanan yang cam mee2 ni minat betul. Mudahlah makannya. Adik pulak macam biasa tak banyak hal, makan je apa yang ada :D

spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • 3 ikat spaghetti – celur seperti yang terdapat pada arahan pek
  • 15 ekor udang – dibuang kulitnya
  • 6 ketul scallop -buang telur dan sekitarnya
  • 1 batang carrot – potong memanjang / dadu
  • 3 biji capsicum hijau -potong kasar
  • 5 ulas bawnag putih – cincang
  • 1/2 cawan extra virgin olive oil
  • garam secukup rasa
  • basil, oregano, parsley dan lada hitam

Cara-cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan udang dan scallop, kacau rata kemudian masukkan carrot
  • kacau rata dan biarkan ia layu sedikit. Masukkan capsicum diikuti dengan garam serta lada hitam
  • gaul rata. Setelah sebati masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya kira2 1 cawan kedalam tumisan tadi
  • masukkan basil, oregano dan parsley, gaul sebentar dan sedia untuk dinikmati
  • sedap dimakan ketika panas2.
  • selamat mencuba




Roll cake & Muffin

25 10 2008

Bila petang2 lepas asar selalu fikir2 nak buat apa. So bila angin rajin dah datang tu macam2 nak buat :P . Antara yang selalu dan suka ana buat nilah dia. Roll cake atau mungkin ada yang lebih kenal sebagai bahulu gulung. Asalnya resipi ni guna cappucino. Tapi ana just guna instant coffee je.

coffee roll cake

Hurm~…cakap pasal roll cake ni, ni leh kegemaran anak2 dan suami. Biasa sekali buat tu 2 roll terus. Lebih mudah dan dapat banyak. Resipi ni kalau ikutkan cam bahulu gulung sebab adunan dia sama cam buat bahulu. Ana kalau hidang ni utk teatime atau cemilan ahna, mmm….kena sorok dalam peti ais tu. 2 @ 3 potong tak cukup!! :D . Kalau ikutkan ahna, mau dia habis separuh gulung. Suami pun enjoy makan roll cake. Nah…! para isteri solehah dan ibu mithali, apalagi meh try buat ni insyaAllah anda akan menyukainya… :)

sumber: Yani

Bahan-bahan ( 30×30cm )

cecair capuccino

  • 4 sudu besar capuccino
  • 2 sudu besar air panas

Kek span

  • 4 biji telur(L saiz)
  • 60g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu besar cecair capuccino

Sirap

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas

Krim capuccino

  • 200ml fresh cream
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar cecair capuccino

Cara-cara

  1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
  2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
  3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau meringue
  4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
  5. Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
  6. Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
  7. Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit
  9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. alaskan kek dengan kertas minyak. Spray bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
  10. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim
  11. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven plate. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yg dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

blueberry muffin

Buat muffin ni saje je nak bawak gi ziarah family yang baru datang.Tapi tak jadi pulak… sebab mase tu husband sibuk sangat.  Rupa muffin ni biasa je, rasa pun ok. Untuk deco tu ana saje drizzlekan sos coklat atas dia then tabur choc rice wana wani tu…Nak abiskan stoknya  mase  buat biskut raya aritu.  Ni resipi dia

sumber: Yani

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • blueberry jem secukupnya.

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
  6. Hiaslah mengikut kreativiti anda. :)




Mexican Bun? Roti Boy? Roti Papa? Kaku Shiti Pan?

24 10 2008

aaaa~ ada rasa cam blur tak tengok tajuk kata atas tu? … Tapi yang pastinya is tetap berkisar tentang suatu perkara yang sama iaitu roti… :P

Kali ni try buat roti lagi. Nama dia adalah seperti di atas tula…tak tau mane yang betul. Yang pasti antum buhlah mana2 yang rasa sesuai hihi… Kaku Shiti Pan tu adik2 halaqah ana sini yang buh..ewah3x…sesedap rasa je depa ni kan…hehe…tu sebenarnya maksud dia —> Roti Kak Siti. BIla namaku di katakanakan, gitulah bunyinya…hmmm bijak2 adik ni kan… :D

Nama tu dapat masa depa ni datang umah buat suprise tulah :P ..hikhik…best punya surprise…hihi ok ni resipi untuk roti kali ni. Cubalah..insyaAllah tak mengecewakan kerana rasa dia memang sedap :)

bun yang dah siap buh filling dan pipe topping-kosong-

yang ni saje sprinkle badam cincang atas dia

ni baru dikeluarkan dari oven

sumber: lilydvaley

bahan2 (17 biji)

Filling

  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar

Topping

  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum

Doh Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.




Roti canai

23 10 2008

Sebenarnya ni  masuk kali ke dua buat roti canai kat Nihon ni. First attempt failed. Huhu…biasalah, siapa kata nak berjaya tu mudah. Tapi yang baru try ni alhamdulillah menjadi. Dengan kesabaran dan ikut sepertimana yang ditunjuk ajarkan.  Uli punya uli pukul 2 baru ana tido masa tu..hihi :) seronok jugaklah. Akhi pun suka. Dulu teringat masa kat UTM duk pi restoran Noor nak sarapan roti canai, la ni takpelah susah susah pun boleh buat sendiri dah… :D

Pada sesiapa yang nak mencuba tu silakanlah ye. Ana susume (promote). Sedap, lembut dan rangup. Tak perlu skill tebar menebar sangat, just tarik2 pun menjadi…

roti canai

Untuk sarapan roti canai ni ana buat kuah dal dan kari ayam. Suami pun sama tolong tebar2 hehe…Ni ana sertakan resipi dia

sumber : Joayee

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 telur-50gm
  • *3 sb susu pekat-60gm
  • *1 sk garam-6gm
  • *1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter
  • 1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
  9. ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
  10. ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.
  11. panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.
  12. doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 days
  13. tips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli  & rest di ulang 3 kali.




meh buat CINNAMON TWIST BREAD

15 10 2008

cinnamon twist bread

sumber : Rinn chan
Ingredients:
400gm high protein flour
12gm instant dried yeast
1gm bread improver ( used 1/2 teaspn)
6gm salt (used 1 teaspn)
50gm egg (used 1 med size egg)
48gm caster sugar
12gm milk powder (used 2 tablespn)
60gm margarine
190gm water
1 egg yolk, to brush

To sprinkle :
Mix 1 teaspn cinnamon powder and 3 teaspn caster sugar (I used brown sugar)

campuran serbuk kayu manis dan gula

Method :
1. In a large bowl mix together flour, yeast, milk powder, sugar, salt and bread improver. Mix well.
2. While mixing, add in egg and margarine consecutively.
3. Add in water little at a time making into crumble. Knead until dough is formed and not sticky.
4. Cover the dough with plastic film and let rest for 10 mins.
5. Divide dough into 8 equal small dough and round them. Proof for 5 mins. Cover with plastic again.
6. Using hand roll each small dough into a long sausage shape. Do rolling and rest 3 mins for 3 times until dough length reach about 18cm-20cm.
7. Twist the dough as the diagrams shown below and place on pre-dusted baking tray. Proof for 10 mins or until doubled the size.
8. Brush surface with egg yolk and sprinkle mixture of sugar and cinnamon powder.
9. Bake at 190 Deg Cel for 10mins – 15 mins or until golden brown.

ana skip langkah 1-4 tu. Ana buh seme bhn dlm bread maker then tunggu siap. Pastu bahagikan pada 8 bahagian, bulat2kan then rehatkan :P

gulung doh memanjang lebh kurang mcm cara2 di atas

untuk twist, satu hujung pegang static then satu hujung lagi gulung pada satu arah sahaja (depan/blkg)

rapatkan hujung antara hujung utk twistkan dia

pegang hujung yang bercantum tadi utk proses seterusnya

rapatkan hujung yang bercantum dengan hujung bulat

selitkan/masukkan hujung yang bercantum kedalam ruang hujung lagi satu

inilah rupa yang dah siap di twistkan :P

lepas proof gune oven 40°C selama 30 minit, ana make up sikit dia dengan kuning telur, pastu taburkan bahan sprinkle then selit2kan kismis sikit :) . Pastu boleh bakar.

ni rupe dia yang baru keluar oven … selmat mencube :D





Cendol…step by step

29 08 2008

Ramadhan mulia yang semakin hampir ini mungkin ramai yang terfikir2 apa menu nak buat bila time nak berbuka nanti. Tapi mungkin bagi teman2 yang berada di malaysia tak perlu runsing memikirkannya kerana mudah didapati dan boleh di beli di mana2. Namun bagi kami diperantauan kenalah perah idea ni kalau nak makan hehehe :P .

Dengarnya barang kat malaysia dah naik… Makanan juga dah semakin mahal sekarang. Jadi bagi antunna yang berkelapangan dan ingin berjimat apa kata kita cuba buat sendiri pulak. Mari menambah kasih sayang dalam keluarga , dIsamping kita giat menyusun strategi amalan dan pencapaian ruhiyah peribadi…. nak? :)

cendol

bahan-bahan: (6-7 orang)

  • 2 cawan tepung beras
  • 6 cawan air/ air pandan
  • 3 sudu kecil air kapur
  • sedikit garam
  • perasa pandan & pewarna hijau – bg yg tiada air pandan

cara-cara:

1. Campurkan keseluruhan bahan2 dan kacau sebati

2. Masak di atas dapur dengan api perlahan dan sentiasa di kacau

3. Sementara menunggu adunan memekat, sediakan tempat dan peralatan untuk menekan adunan menjadi bentuk2 seperti cendol. Acuan berlubang di atas dan bekas berisi air sejuk di bawahnya

4. Rupa adunan yang telah sedia untuk ditekan adalah seperti ini

5. Ambil beberapa senduk dan mulalah menekan pada acuan berlubang tadi

6. Inilah rupa cendol yang terhasil. Hehe..cendol ana ni debab2 sikit rupanya.. :D

7. Setelah siap, sebaiknya dibungkus dalam plastik bersama dengan airnya sekali dan disejukkan dalam peti ais sementara menunggu waktu nak makan. Tapi kalau nak makan terus pun buleh cuma bimbang tak berapa pejal lagi..