Learn to control your heart

26 06 2009

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh :D .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!





PnK di Yamaguchi

26 05 2009

bismillah..

Salam dan selamat sejahtera semua…

aaaa…akhirnya….

uhhu~~~ tentu ada yg sebut macam kat atas tu bila masuk blog ana ni. Punyalah lame x update. Afwan bagi sesiapa yang sering bertandang tapi asyik tengok entry sama je. Baru2 ni (16&17 Mei) kami baru selesai program PnK a.k.a ISK bertempat di Yamaguchi. Dalam 4 jam gurai melalui highway dari tempat kami  di Okayama. Rombongan kami terdiri dari 3 buah mpv dengan kapasiti muatan penuh :d. Manakala peserta yang lain dari tempat berbeza berkumpul di lokasi program berjumlah kira2 43 orang keseluruhannya.

Alhamdulillah program terasa indah bagi kami..semangat ketika di UTM dahulu kembali menyinar. Allahlah yang merancang segalanya manakala kami hanyalah terdiri dari batang2 tubuh yang melaksanakannya itupun dengan kudrat yang dikurniakanNya. Program yang singkat itu padat dengan aktiviti dan pengisian. Untuk melihat secara roughly ana sertakan link youtube. Pada antum yang sudi sudi2kanlah untuk menonton…yoroshiku onegaishimasu

~manakah insan2 yg sudi bersama kami di sini? kami seperti sudah makin singkat masanya di sini…Ya Allah kurniakanlah kami pengganti yang lebih baik..ameen~





Intelligent Chair Tool (ICT)

2 03 2009

salam semua,

jazakallah dan terima kasih sudi singgah di MMSWR, alhamdulillah sudah melangkah ke bulan mac 2009. sungguh pantas masa berlalu, semoga ia tidak menjadi satu kerugian buat kita semua dalam menggunakan masa dengan sebaik baiknya. kesyukuran dipanjatkan pd Ilahi dengan izinnya dapat disiapkan hardware utk PhD.sebelum ni duk cari2 nama apa nak bagi, jadi sempena nama zaujah siti (CT), jadi alat ni dinamakan ICT, I dan CT gitu ;)

ICT

insyallah utk jangkamasa seterusnya ialah control dan communication serta validation experiment yang akan dibuat. dalam gambar di atas ni siap ada background biru macam dalam studio, sebab memang duk amik gambar alat ni utk masuk dalam conference paper.doakan moga diaccept nanti. semasa sibuk memasangkan, ana dibantu oleh saudara aliff afira yang kebetulan cuti, jadi dia la banyak memotong wayar, pasang skru, masuk angin, dsb, kiranya boleh masuk lab suzumori dah lepas ni. tima kasih aliff sekali lagi.

p2246404

semoga urusan kita dipermudahkan, urusan dunia dan akhirat, ameen

abu_s





research update

3 02 2009

salam semua hadirin sekalian,

saje mencelah dikala kesibukan duniawi yang sentiasa mengejar,semoga kesibukan ukhrawi sentiasa mendahului..ameen. sekarang seperti yang sedia maklum bahawa musim exam bagi student2 jepun dan juga waktu final presentation bg yang buat research, degree,master atau phd.minna ganbatte

ana sedar tak sedar sudah di semester yang ke 4 dan tak lama lagi akan melangkah ke tahun akhir pengajian, semester ke 5. cepat betul masa berlalu, dah hampir 2 tahun rupanya berada di negara matahari terbit ni.usia pun dah bertambah, uban pun dah ada, sakit2 belakang, sakit2 kepala tu peringatan allah bahawa kita ni hidup ada kesudahannya yang kita pun tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Teringat perginya seorang demi seorang saudara2 yang dekat, tertanya2 juga adakah kita juga bersedia bila allah akan jemput kita kembali.18hb januari, nama CIKGU BASRI yang sentiasa dipanggil oleh masyarakat, anak murid, kawan2 yang ana biasa panggil dengan panggilan AYAH LANG pulang kerahmatullah dengan cara yang sangat mudah dan tenang seperti diceritakan oleh adik2, ummi di malaysia.Maaf pada maklang dan keluarga krn tidak dapat membantu urusan jenazah atas kejauhan kita beratus2 kilometer. Semoga ayah lang digolongkan dalam ahli syurga yang kekal abadi. Perginya insan yang namanya sentiasa disebut2 dan sorang demi sorang menceritakan pengalamannya bersama arwah yg mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik dengan izin dr Allah swt.

Jazakumullah buat keluarga yang dicintai dan sentiasa di sayangi,siti dan anak2, ahna dan ahya yang sentiasa menjadi pohon2 semangat yang membuahkan buah2 cinta, kesabaran dan pengorbanan utk babah. allah sahaja yang dapat membalasnya. Uhibbukum fillah.Insyaallah betul seperti yang dikata, keluarga yang bermula dengan cara yang baik moga allah kekalkan dalam keadaan yang sentiasa baik..mawaddah sakinah wa rahmah.. ameen

dalam masa 2 tahun ni mungkin ramai yang tertanya apa aktiviti harian buat phd, emm satu soalan yang susah nak di jawab kalau tak mengalami sendiri :) tapi secara ringkas yang boleh dikongsikan ialah menghadirkan diri ke lab dan berusaha siapkan experiment yang dirancang. membuat report progress setiap bulan dan dibentangkan dalam kumpulan kecil.dalam satu semester juga mungkin ada 1 atau 2 kali perlu bentangkan progress research kita pada semua ahli dalam lab (sesi Zemi-seminar). phd student juga perlu amik kelas 12 kredit dan alhamdulillah semua kelas dah diambil dan lulus dengan baik. bantuan dari allah yang sangat besar.setiap semester juga ana amik subjek yang tak wajib diambil iaitu nihonggo.hmm..sangat menguji kesabaran disamping kesibukan lab harian.seperti biasa, kena buat kerja sekolah, ada test, ada hafal kanji, buat karangan, itu dan ini, sampai zaujah ana pun tegur supaya lebih focus pada research dari amik nihonggo ni. ana bukan apa, tapi sementara ada kudrat, rasanya nak belajar bahasa orang yang boleh digunakan pada masa akan datang, tapi insyaallah sem depan dah tak amik..sebab dah tiba masanya utk berenti :D insyaallah seperti student lain di okayama, final test kali ni bermula khamis ni 5hb, 12hb,16hb dan 18hb..doakan ya

sistem di sini mungkin lain dengan negara lain di mana syarat lulus phd ialah kena ada WAJIB journal paper. dari segi positifnya ya ia mengajar kita supaya percepatkan research experimen dan publishkan supaya dapat dinilai oleh ahli akademik yang lain

setakat ini alhamdulillah walaupun masih terkebelakang dari sahabat2 ana yang juga buat phd dan publish berbelas2 paper dan journal, ana baru berjaya publish satu journal paper dan 1 international conference dan 1 local conference. bulan januari yang baru lepas beberapa hari juga sibuk ana siapkan 1 lagi local conference dan 1 lagi international conference. alhamdulillah sudah di submit dan menanti penerimaan atau di reject :) bulan mac 1hb ni ada satu lagi paper conference yang perlu dihantar..dan dengan experimen yang masih belum menjanjikan data yang baik..allah sahaja tempat berharap, moga dimudahkan urusan hambanya.

sensei banyak menekan dan kita juga terpaksa untuk cuba sebaik mungkin tunjuk prestasi sebagai muslim di mata orang2 yang non muslim. dalam lab, ana rasa ahli2nya semua bujang dan ana sorang je yang dah ada anak 2 yang alhamdulillah kiut miut macam ummi nya. jadi keberadaan kita di lab bukan seperti mereka, yang boleh bangun tidur di sana (kamikaze buat kerja). insyaallah ana laksanakan yang termampu mungkin, baik untuk research, baik juga untuk keluarga dan baik untuk amal2 lain. semoga allah sentiasa golongkan dalam golongan yang sentiasa thabat dijalannya.

di bawah ni ana attachkan gambar alat yang direka dgn byk kelemahan. nama nya intellligent actuator, menggunakan pneumatic system.kenapa dinamakan intelligent? secara ringkas, dalam alat ni ada 5 elemen seperti yang di tanda,

1.PSoC circuit board, 2. encoder, 3. pressure sensor, 4. valves dan 5. laser rod.

dengan input data dari sensor, dan masukkan code algorithm dan control dalam PSoC, dia boleh gerak sendiri mengikut fungsi2 yang ditetapkan..hehe secara ringkas camtula..sapa ada minat, nak tau detail boleh cerita lain:)

cylinder

alat ini akan digunakan untuk final application -sebuah alat utk design kerusi..huhu dengar sangat pelik tapi itu adalah hakikatnya, sebuah research yang ana sendiri pun masih berusaha merialisasikannya.

so wallahualam, subuh dah masuk, nak solat dulu..doa dari antum sangat di harapkan, semoga kita smua selamat dunia dan akhirat dan allah mudahkan segala urusan kita.kita yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal padanya. kerana Dialah sebaik2 perancang yang mendahului perancangan2 kita..

bertemu di lain waktu..yang khilaf

abu_s





solat hajat

2 02 2009

Assalamualaikum wrh wbt

Lame menyepi, kini muncul lagi. afwan minkum…ana  sekarang cuba mencuri masa kerana agak sedikit sibuk. Ada taklif menjaga baby seorang saudara yang sedang bergelut dengan thesis dan kelasnya. InsyaAllah moga menjadi amal buat ana dan keluarga juga. Alhamdulillah ahna wa ahya tidaklah terlalu kekok dengan kehadiran baby. Mungkin adik Ahya chotto… :D sebab jeles tengok ummi pegang baby lain. Tapi mereka senang dan kadang kala merekalah juga yang tolong ana menjaganya. hihi.. kadang tersenyum sendiri teringat gelagat ahna yang kalut2 bawa botol susu bila baby tu nangis pastu dah sampai kat baby kakak jadi blur nak bagi susunya…ahna…ahna…semakin terlihat sifat2 yang terdapat pada namanya. Moga besarmu menjadi pejuang agama Allah bersama adik2mu yang lain sayang…doa ummi dan babah buat jundi2 kami…ameeen :)

sekarang minggu exam di sini.  berkesempatan itu kami telah anjurkan solat hajat dan tayangan perdana sikit malam tu. Hihi filem ape?…box office sepanjang masa :D (Sang murobbi).  Menarik cerita ini. Terasa semangat yang hilang muncul semula..uhuk..uhuk…besar kesan pada diri terutama pada sesiapa yang faham dan mahu mengerti..

Di bawah menunjukkan sekitar majlis tersebut yang di adakan di Tsushima Kaikan (dewan kecil) berhampiran kediaman kami.

solat hajat

setelah selesai solat


solat hajat-makan

makan sikit


solat hajat-dansei

antara adik2 lelaki Okayama

Majlis tamat jam 950 malam. 10 minit sebelum time terakhir limit pinjam tempat ;) . Tempat ni kami sewa dengan kadar 50 yen  (RM 2)sejam. Murah sangat siap dengan aircond, heater, dapur, toilet, blackboard, bantal alas duduk, meja, kerusi etc..

InsyaAllah moga tempat ini boleh terus dimanfaatkan dengan program2 yang bermanfaat buat semua. Buat adik2..gud luck, ganbatte kudasai ne…





borak ilmu sikit

12 12 2008

Buat pengunjung laman maya kami, afwan ya ana memang jarang sekali mengaupdate. Juga ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya isi kandungan ni tidak menepati citarasa kalian. Mungkin ada yang bertanya ana ni siapa? Apa yang nak ana sampaikan dengan blog ni? resipi je ke? anak2 je ke?..Hehe banyak manfaat sebenarnya. Tapi kadang2 tu sesuatu itu tidak  mesti disampaikan secara langsung demi menepati tujuannya kan? Allah sendiri bila ia ‘berkata2′ dengan kalamnya tidak mesti ayatnya itu direct, kasar, tegas dan keras untuk hamba2Nya….tetapi kekadang ia melayang jauh membawa kita berfikir dan mentadabbur kemudian barulah kita sedar… oh itu rupanya!

Kali ni ana nak sembang2 dengan antum. Hehe siapa ye antum ni? Antum semualah yang membaca tulisan ana ni.  Bila berkumpul dan berdiskusi tentang islam dengan insan2 terpilih, secara tak langsung bila kita menyampaikan sesuatu ia juga terkesan dalam hati kita kan? Antum yang biasa dengan ‘tabiat’ ni tahu maksud ana insyaAllah.  Baru2 ni kami sembang tafsir. Tiap2 minggu tafsir…huhu tak bosan ke?… insyaAllah tak bosan kalau kita pandai bawa—> huhu cabaran2

Kami bincang tentang nifaq. TAPI bukan infaq ye :D ana kadang2 pun terkonpius. Bila buat reading2 sikit mmm.. oh itu rupanya! :P . Dari pembacaan ana nifaq ni berlaku pada orang mukmin (baca: orang beriman) dan bukan orang muslim(baca: orang islam) umumnya. Maksudnya ia berlaku pada orang islam yang high level sikit, kiranya islam yang beriman yang betul2 percaya islam dan tahu tentang islam serta segala pembawaannya.Waaahh…takut tak? Mmmm..pada sesiapa yang berani kata diri beriman tu baik check ada  nifaq  ke tak dalam diri dia :p  termasuklah diri penulis nih.

Apa maksud nifaq?….cuba antum cari :P hehe….afwan dah lewat. Ana nak beradu dulu :P . Esok jadual pack. Masuk ofis lepas subuh then selesai kerja jam 12. Then nak kena prepare tuk petang punya meeting pkl 1, ada kena present plk, tasmi’ lagi huhu…  then malamnya ada meeting lagi pkl 8 smpi 10 kena present gak. ohho~… esokannya ada kelas nihonggo lagi…waduh…sibuk bangat… :P

Nanti ana sambung entry ni. Saje ana post dulu yang ni. Takmau buat draft sebab banyak draft ana berhabuk dalam ni. InsyaAllah atas taklifan menulis ni akan lebih menarik kudrat ana atas masa yang berbaki untuk mengupdate blog ni…

ok minna…oyasumi nasai…





PhD – Okayama University

17 07 2008

Buat julung-julung kalinya…

Alhamdulillah setelah bersama-sama zaujah memikirkan untuk buat blog ini, akhirnya ia terlaksana juga. Syukur pada Allah yang memudahkan dan memberi kudrat pada kami. Seringkali zaujah meminta ana untuk menukilkan sesuatu terutama perkembangan tentang pengajian ana di sini. Alhamdulillah kini ana masuk tahun ke dua PhD di bawah seliaan Prof Suzumori (seorang yang gemar tersenyum dan sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan baik pada ana :) ) subhanallah..andai islam mekar dalam hatinya betapa ia mampu menjadi insan contoh dengan akhlak yang baik dan akalnya yang bijaksana itu. Jauh dari sudut hati ana sungguh mengagumi beliau atas dasar akhlak, didikan dan bimbingan darinya.

Sentiasa ana teringat kata-kata sahabat tentang ketegasan dan strictnya sensei masing2…ah, betapa ana jauh dari suasana seperti itu. Namun, kebaikan Suzomori bukanlah suatu ruang untuk ana ambil kesempatan padanya. Hari demi hari ana makin terbiasa dengan disiplin dalam lab. InsyaAllah moga pengalaman yang diperolehi di sini bisa menjadi panduan berguna untuk ana kongsi bersama antum dan anak2 didik ana di bumi UTM nanti…

Pada sesiapa yang mungkin masih samar2 dengan bidang ana di sini…hehe..ade ke? :P . Ana menyambung pengajian dalam bidang system engineering, agak berbeza dari apa yang belajar masa degree zaman muda2 dulu (computer engineering). dah tua dah hehe..research ana sekarang untuk human- machine interaction dan di aplikasikan untuk alat design kerusi. agak complex system dia sbnrnya..di bwh adalah contoh simulation kerusi tersebut ;) ni link website lab ana, boleh singgah minum kopi. http://150.46.68.112/

Sepertimana yang zaujah ana laporkan sebelum ni, kami ke nagoya untuk ke conference di sana baru-baru ni (satu keluarga pegi teman). local conference je.. tapi kalau kira jam, macam naik kapal terbang balik malaysia, dekat2 5 jam nak ke sana..tapi ini merupakan pengalaman pertama ana present research sendiri dalam 2 bahasa, english dan broken nihonggo. sangat menarik dan dapat jumpa ramai orang termasuk staf UTM yang lain (satu department pulak tu).

Terbaru ana bersama pihak universiti (aktiviti selain kat lab je) buat xtvt dengan pelajar sekolah ( Sozan junior high school) di sebuah tempat rekreasi atau dalam bahasa jepunnya shizen no ie di Kibi,kira-kira 1 jam dari tempat tinggal ana. Program tersebut merupakan suatu program yang mana kita ryugakusei (international student) dijemput untuk menjadi fasilitator bahasa Inggeris. walaupun BI tak terer mana, ana bersama 17 lagi fasi lain (dari 14 negara yang berbeza) bersama dengan 120 orang pelajar menjayakan program tersebut. Ada skit presentation, debate, group discussion, introduce japan dan macam2 lagi. Boleh ana simpulkan bahawa nak belajar bahasa inggeris atau nak buat apa2 pun kena ada 3 benda

1. Jangan takut buat salah, mistakes are stepping stone for success

2. Jangan mudah mengalah, must have determination in learning

3. learning is fun, jadikan pembelajar suatu yang menyeronokkan

Disertakan beberapa gambar buat tatapan antum semua..

Insyaallah ada waktu boleh berkongsi lagi, wallahualam..





ISK in Okayama

9 07 2008

Pada hari ahad lepas telah berlangsungnya program ISK di Okayama khusus buat adik2 baru. Jazakumullahu khairan kathira kepada para penyampai2 yang begitu komited dalam usaha memberikan bahan yang bersesuaian demi mencelikkan hati para peserta. Juga setinggi penghargaan buat peserta yang sudi untuk menghadirkan diri, sungguhpun dibebani dengan kesibukan dan urusan harian..terima kasih..iro iro arigatou gozaimasu..

harapan dari ana moga peserta dalam memanfaatkan program tersebut dengan sebaiknya. Agar apa yang dikongsikan dan diperbincangkan dapat menjelaskan lagi tentang perana dan tanggungjawab anda. InsyaAllh jika ia difahami, ia tidak sekali akan menjadi suatu beban malah akan bertukar menjadi suatu nikmat yang tiada tandingannya. Di mana nikmat itu akan di balas Allah dengan sebaik-baik balasan. Ameen..

beberapa foto yang berkaitan boleh surf di flikr di bawah…douzo—>

klik lah link tu, dah try byk kali tapi x display …nanti cuba lagi, tapi gambar tu blh tgk just klik je





~nihonggo~

14 06 2008

Hari ini sabtu, macam biasa ana ada kelas nihonggo. Mula pkl 10 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. huhu arini terlewat 5 minit sampai, suami meeting di pagi hari, maka terlewat menghantar ana ke kelas. daijyoubu yo:

Nama sensei Yamamoto. Dah berusia tapi baik sangat orangnya. Ana belajar di sini x perlu bayaran.Free je. Best kan mereka layan orang asing. tak rasa diskriminasi pun sini. sama je… kalu di tanah airku…hurm…Allah yang lebih tahu..

petang ni ada BBQ dengan students Malaysia sini.. pastu lewat petang sikit nak gi taman permainan bawak jundi2 ku yang solehah ni bermain..selalu berkurung di rumah jek. alhamdulillah hujung minggu suami tersayang ada di rumah, boleh temani ke mana2. Jika tidak alamatnya x keluarlah sebab agar susah nak bergerak sorang2. Kadang2 ajak jugak students sini teman jalan2 tapi sekarang mereka banyak exam;)

kami berjalan-jalan di taman

Ahna merentas halangan sebelum naik gelongsor

Yeyyy.. tingginya gelongsor

Oklah, ape2 nanti update kemudian ye, insyaAllah kot2 ada gambar menarik untuk di kongsi…jya <–ada tambhn lagi insyaallah;)





Mari kita rapatkan ukhuwwah

13 06 2008

Malam ni ada halaqah dengan adik2 kat sini. insyaAllah sebagai suatu medan untuk saling merapatkan ukhuwwah antara kami dan berkongsi idea, pandangan, masalah dan pendapat berkaitan perkara2 tentang islam, agama yang kita anuti…

kadang kala kita sering lupa bahwa Allah itu sering melihat, memerhati lagi menyaksikan setiap amal perbuatan kita. Yang mana ianya nanti akan dipersoalkan kelak, sejauh mana dan sebanyak mana yang telah kita sumbangkan untuk islam. Untuk memakmurkan bumi ini dengan syariatNya dan untuk memartabatkan uluhiyahNya di muka bumi. Sang kerdil pasti berkata, “apalah sangat yang bisa aku lakukan, hanya insan yang lemah, pedulikanlah mereka dengan tingkah dan kelalaian mereka, sedang aku juga sibuk menghitung pekerjaanku”…sedang Allah dan malaikatNya di balik sana tetap mencatat dan terus memerhati kita…

maka timbul pula persoalan: Untuk apakah kita diciptakan di dunia? belajar setinggi gunung, merentasi awanan biru serta laut dalam demi mencari ilmu , sudah tentulah ilmu itu tidakkan habis… kerana Kalam Allah itu maha besar dan banyaknya…maka tuntutlah ilmu yang berguna, yang mana dengan ilmu itu makin menjadikan kita taqarrub padanYa, makin menambah iman dan amal kita, makin menyedarkan kita akan hakikat hidup di dunia…

‘pada yang masih mencari moga bertemu permata igauan’…ameen ya rabb