Learn to control your heart

26 06 2009

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh :D .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!





Ahya menerima ujian…ummi juga..

28 05 2009

bismillah

Harini anak2 dah mula masuk hoikuen setelah yasumi selama  3 hari.  Hisashiburi..anak2 sedikit menangis mungkin dah lama cuti jadi x biasa dengan keadaan tu. Dari Fukuoka Ahya kurang sihat, batuk2 kuat, lagi nafas pun berbunyi2 macam asma. Tadi jam 1130 sensei call kata suhu badan naik, then minta ambil bawak balik sebab dia risau kalau2 demam. Selepas mengayuh lebih kurang 5 minit ana sampai ke hoikuen. Ahya baru lepas makan. Kata sensei dia makan nasi sahaja, yang lain x makan. Lepas akhi balik lunch tadi, kami bawa ke klinik. Dapatlah 4 jenis ubat untuk makan selama 4 hari. Sebelum masuk kena buat test suhu badan di luar klinik. Bikkuri…kuarantin kana. Lani wabak selesema khinzir ni makin merebak di Jepun terutama Kobe. Alhamdulillah Dr kata Ahya tak apa2. Cuma nodo ga akai (kerongkongnya merah), kong2 (batuk2) then badan panas sikit. Lepas makan ubat Ahya dah tidur. Ahna macam biasa masih di hoikuen. Moga Ahya sabar hadapi ujian kesihatan dan ummi juga sabar jaga Ahya yang mungkin sedikit banyak ragamnya nanti..ameen

Harini patut ada nihonggo, tapi tadi call setsu san minta tukar esok. So, esok kelas pkl 1 petang. Ditemani Ahya yang dinasihatkan Dr supaya bercuti esok, moga2 ummi dapat belajar dengan baik, insyaAllah.

4 hari lepas kami ke Fukuoka. Tapi disebabkan ada sedikit masalah dengan kad kamera yang x dapat di trace oleh kom ni, maka tak dapat ana update berita di sana lagi. Jadi afwan ye bila entry ana xada gambar2 yang masuk. Tapi ana nak share youtube lagi. Satu penyampaian yang bagus dan sangat2 menarik. Video pun clear. Pada sesiapa yang suka memberi alasan, mencari2 pelindung atas kemungkaran yang ia lakukan, mempersoalkan itu dan ini, dan pada yang mula merasakan ‘annoying’ bila ada yang mengingatkan ia tentang Al Quran…dengar, fahamlah, dan terimalah…moga diberikan kefahaman dan keimanan…

kredit to jannah (utm) for sharing this video…very interesting






Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

29 03 2009

Hampir 2 minggu ana kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sentiasa juga hilang sebelum ini. Tapi ana biarkan dengan andaian ia tidak hilang jauh. Sungguhpun ia sesuatu yang begitu penting, dan amat penting, ana dengan rasa acuh tak acuh sekadar membiarkan masa berlalu dengan berharap akhirnya pasti bertemu jua…

Tapi kini kehilangannya agak berbeza. Bilamana setelah 2 minggu mencari2 masih juga belum bertemu… terdetik juga kerisauan dalam hati tapi ana masih agak tenang, tidak kalut dan terasa hilang punca. Masih berharap ia akan kembali ditemui seperti sebelumnya..

Harini ana  teruskan lagi proses mencari. Kerana kebimbangan mula menapak dalam diri ini. Kalau betul2 hilang ketika di luar rumah…tentu ana akan menyusahkan orang lain terutama akhi. Akhi juga sudah tolong carikan di kereta tapi tak juga ditemui. Ketika sedang menggeledah sekitar rumah, akhi pun tanya

Akhi   : ” Siti ada minta doa tak pada Allah supaya dimudahkan jumpa?”

Ana    : “Mmm…aah kan… Ya Allah jumpakanlah aku dengan *****ku”

Ana teruskan proses pencarian. Sambil2 tu kemas rumah :D . Akhirnya ketika hampir putus asa, ana cuba mencari ditempat yang agak mustahil. Dengan andaian mungkin di situ kalau2 anak buat main. Tiba2 terasa pulak nak buka beg plastik yang tersimpan cantik beberapa minggu lepas. Buka2…tiba2 ternampak objek berwarna hitam…Aaaaa~ alhamdulillah….jumpa jugak…

Subhanallah..betapa Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihi. Dengan meminta padanya pasti akan di kabulkan. Sebentar sahaja bermohon Allah telah membantu ana…atas kasih sayangnya Dia memudahkan segala urusan kita. Terkadang atas nikmat yang kita peroleh tanpa kita bermohon dan berhajat, jarang sekali kita syukuri kecuali atas apa yang kita benar2 hajati. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan perlu di peringatkan. Sebesar mana pun kita, sebanyak manapun pengalaman kita, se senior manapun kita, malah sehebat manapun kita, pasti akan ada masanya terlupa, tersilap dan tersalah..itulah hakikat insan yang pelupa lagi penuh kekurangan….

Beruntunglah bagi yang menginsafi dan berbahagialah…





Dulu, kini dan selamanya~

20 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Buat pengunjung yang budiman. Kali ini ana tak post tentang makanan. Bila dengar perkataan makanan hati ana terasa sedikit sebak :) . Hehe tapi semangat untuk berkongsi tidak pernah pudar. Ana menyukai bidang ini, insyaAllah selagi mana ia bukan sesuatu yang memberikan keburukan dan kemudaratan ana akan teruskan. Cuma pada antum yang diluar sana jangan salah tanggap terhadap ana. Hidup ana bukan segala-galanya seperti dalam wordpress ini. Malah ia lebih luas dari itu. Ana kongsikan apa yang sesuai dan simpankan apa tidak perlu.

Kali ni ana mengimbau memori lama yang menjadi nostalgia. Sebagai tazkeerah buat diri juga bagi yang mahu menyorot rentetan tulisan ana. Khas ana tujukan buat akh seperjuangan 2001-2006 di bumi penuh ilmu dan tarbiyah itu….nada yang sinonim yang sentiasa menjadi halwa telinga dan semangat kita….

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Berada di waqi berbeza dan jauh dari zon selesa, banyak memberi pengalaman dan pengajaran bermakna buat ana. Namun tak kurang, ia juga bisa menjadi suatu ujian yang sungguh menggugah hati. Kadang2 terfikir seolah2 kami tercampak ke suatu kawasan baru yang sungguh terpencil. Terpencil dari sinaran itu. Lantas sedikit demi sedikit cahaya itu di anugerahkanNya. Kemudian kami harus bekerja dan terus bekerja.Dan ketahuilah bahawa semakin banyak usaha kita taburkan untuk taklifan ini maka akan semakin banyaklah ujian2 dan dugaan yang bakal menimpa. Ia mungkin sedikit melukai hati, mungkin sedikit mencalar peribadi, mungkin sedikit melumpuh pergerakan,  malahan mungkin juga mampu merebahkan kita! Na’uzubillahiminzalik.

Kadangkala berada bersama akh, ana rindukan biah itu. Biah di mana diri ini terbina. Di bumi penuh ilmu itu. Ana mencari lantas menjumpainya di sana.  bersama teman2 dan kakak2 yang sungguh akhlaknya menjadi pujian dari pertama ditemui hingga ukhuwah terus terjalin. Akhlak mereka menjadi ikutan. Kemudian ia diserikan dengan ilmu, materi2 yang menambah perbaikan dalam hati. Adab sebagai akh terserlah di dalam rumah mahupun di luar..ana benar2 kagum…mereka penuh dengan senyuman. mendidik hati penuh dengan kelembutan. Kadang2 halaqah itu cerminannya naqibah bukan materi semata. rindunya mahu bertemu naqibah kerana ukhuwwah dan kerana biah.

Lantas ana sendiri terfikir, kalaulah mahu ditulis ataupun di power pointkan bahan2 yang pernah ana dapat dulu mungkin tak terdaya aqal ini. Kehebatan akh ketika itu tidak hanya terserlah pada bahan penyampaiannya semata2 tetapi terletak pada bait tutur katanya dan kekuatan ukhuwwah mereka. Semangat ukhuwwah tetap mekar di medan tarbiyah  ketika itu. Mengapa seorang yang sakit dalam HAQ kita, kita semua terasa sakitnya juga… Mengapa air mata sentiasa mengalir saat kita semua bersama2 mengembeling tenaga di bumi itu? kerana, dalam ukhuwwah dan sahabat yang soleh itu, ada bekalan…yakni bekalan sepanjang jalan kita…

Ana teringat materi pertama yang ana dapat sewaktu ikut HAQ. Ia berkaitan SYUKUR. Suatu bahan yang di sampaikan oleh seorang naqibah dengan begitu penuh kasih sayang. Kelembutan dan keakraban naqibah jadi daya tarikan utama. ketika itu kami tak tahu masalah ummat. kami tak kenal ISK atau IPK.  Tapi kami ikut HAQ dengan rasa ingin tahu, rasa ingin mencontohi juga rasa ingin menjadi…menjadi seseorang…seseorang yang istimewa. Kadang2 HAQ yang kami ikuti materi di sampaikan oleh naqibah hinggakan air matanya bercucuran. Sedih pilu nya kadang2 meresap dalam hati. kesungguhannya membentuk peribadi kami, membentuk akhlak, membentuk perilaku.

mama Arfah…

ana rindukan mama.  Ana hamburkan duka lara hati ni dalam genangan air mata sambil mengingati mama. mengingat jerit perih mama bersama kami. Kadangkala ana rasa tiada tempat mengadu. Kerana dahulu ukhuwwah sesama akh begitu kuat. Kita sering tampung menampung. Sering sokong menyokong. Mama, rindu berada dalam pelukan mama sambil mama membisik kata2 penguat semangat untuk menghadapi tiap ujian yang menimpa. Mama terlalu pengasih pada anak2mu yang kerdil hinggakan bila menyampaikan sesuatu materi, mama sendiri bisa menangis. Bila berbicara mama menggunakan bahasa yang indah. Bahasa kasih sayang. Mama sentiasa tersenyum..tersenyum sepanjang masa. Bila menyampaikan sesuatu mama senang menggenggam tangan kami. Bila keluar ke taman sambil tadabbur alam, mama memimpin tangan dan memeluk kami…bagaimana mama bisa ana lupakan…

Namun di sebalik kejauhan dari mama,  Allah mengurniakan ana seorang teman yang soleh lagi penyayang. Dialah yang menjadi tempat hamburan sedih pilu hati. Sabar dan tenang memberikan bahunya dan lemah lembut tangannya membelai tatkala ana terasa berat dan getirnya ujian dalam jalan ini. Sungguhpun dugaan yang diterimanya lebih besar, dia tetap tenang…sabar… Kata2nya sentiasa menenangkan..setenang wajah dan perilakunya. Ana beruntung atas anugerah ini. Bila membaca tulisannya ana tahu dia seorang yang menjaga bahasanya. Sentiasa memuliakan ikh, walaupun kadangkala bahasa ikh sedikit sebanyak kurang digemarinya, dia tidak cepat melatah. Senang membiarkan masa dan pengalaman mentarbiyah mereka. Sesungguhnya baitul muslim itu terbina dengan kefahaman yang benar oleh kedua2 pihak.  Dan kita pasti akan merasa keistimewaan baitul muslim yang suci lagi terpelihara. Jazakallah buatmu…suamiku…

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(2:216)

Ya Allah atas segala ujian dan kesedihan yang ku alami, dari ’saudara’ ku sendiri mahupun insan2 lain, aku mohon Kau lindungi hatiku dengan sifat sabar. Lagi tenang dan lapang dada ini. Moga senyuman sentiasa menjadi perhiasan dan kekuatanku dalam ukhuwwah yang terbina. moga Dikau menjadikan keluargaku sebuah usrah yang diberkati lagi dirahmati…Dalam mencari mawaddah, sakinah wa rahmah di bumi Mu yang sementara ini….Ameen..

SMM





borak ilmu sikit

12 12 2008

Buat pengunjung laman maya kami, afwan ya ana memang jarang sekali mengaupdate. Juga ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya isi kandungan ni tidak menepati citarasa kalian. Mungkin ada yang bertanya ana ni siapa? Apa yang nak ana sampaikan dengan blog ni? resipi je ke? anak2 je ke?..Hehe banyak manfaat sebenarnya. Tapi kadang2 tu sesuatu itu tidak  mesti disampaikan secara langsung demi menepati tujuannya kan? Allah sendiri bila ia ‘berkata2′ dengan kalamnya tidak mesti ayatnya itu direct, kasar, tegas dan keras untuk hamba2Nya….tetapi kekadang ia melayang jauh membawa kita berfikir dan mentadabbur kemudian barulah kita sedar… oh itu rupanya!

Kali ni ana nak sembang2 dengan antum. Hehe siapa ye antum ni? Antum semualah yang membaca tulisan ana ni.  Bila berkumpul dan berdiskusi tentang islam dengan insan2 terpilih, secara tak langsung bila kita menyampaikan sesuatu ia juga terkesan dalam hati kita kan? Antum yang biasa dengan ‘tabiat’ ni tahu maksud ana insyaAllah.  Baru2 ni kami sembang tafsir. Tiap2 minggu tafsir…huhu tak bosan ke?… insyaAllah tak bosan kalau kita pandai bawa—> huhu cabaran2

Kami bincang tentang nifaq. TAPI bukan infaq ye :D ana kadang2 pun terkonpius. Bila buat reading2 sikit mmm.. oh itu rupanya! :P . Dari pembacaan ana nifaq ni berlaku pada orang mukmin (baca: orang beriman) dan bukan orang muslim(baca: orang islam) umumnya. Maksudnya ia berlaku pada orang islam yang high level sikit, kiranya islam yang beriman yang betul2 percaya islam dan tahu tentang islam serta segala pembawaannya.Waaahh…takut tak? Mmmm..pada sesiapa yang berani kata diri beriman tu baik check ada  nifaq  ke tak dalam diri dia :p  termasuklah diri penulis nih.

Apa maksud nifaq?….cuba antum cari :P hehe….afwan dah lewat. Ana nak beradu dulu :P . Esok jadual pack. Masuk ofis lepas subuh then selesai kerja jam 12. Then nak kena prepare tuk petang punya meeting pkl 1, ada kena present plk, tasmi’ lagi huhu…  then malamnya ada meeting lagi pkl 8 smpi 10 kena present gak. ohho~… esokannya ada kelas nihonggo lagi…waduh…sibuk bangat… :P

Nanti ana sambung entry ni. Saje ana post dulu yang ni. Takmau buat draft sebab banyak draft ana berhabuk dalam ni. InsyaAllah atas taklifan menulis ni akan lebih menarik kudrat ana atas masa yang berbaki untuk mengupdate blog ni…

ok minna…oyasumi nasai…





Ramadhan Mengubat Kelemahan Iman

18 09 2008

Sejak Ramadhan berkunjung tak pernah lagi rasanya ana post something kat sini. Agak sibuk sedikit dengan beberapa tugas.huhu….nak cerita kat sini macam tak muat pulak nanti hehe…

Saja ana nak attachkan artikel yg ana siapkan sempena Ramadhan yang mulia ni. Moga bermanfaat buat semua dan bisa menjadi  panduan dan bacaan yang berguna buat kita semua…

Tetamu mulia setiap tahun datang lagi. Membawa 1001 kebaikan, keberkahan, rahmat, keampunan dan kegembiraan. Pada sesiapa yang menantikannya ia akan menjadi sesuatu yang benar-benar didambakan. Namun, pada sesiapa yang tidak memahaminya ia akan menjadi sesuatu yang tidak bernilai dan langsung tidak diendahkan. Segalanya terserah kepada bagaimana seseorang itu memahami serta menghayati erti Ramadhan itu sendiri.

Jika umat Islam pada hari ini menghayati falsafah dan hikmah di sebalik kewajipan berpuasa, nescaya setiap individu Muslim akan membuat persediaan rapi menyambut kedatangan Ramadan. Mereka akan berlumba-lumba memanfaatkan Ramadan dengan sebaik mungkin, serta bulan ini akan menjadi bulan yang paling bermakna dalam hidupnya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan meyakini ganjaranNya nescaya diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Puasa adalah jalan untuk menyeksa musuh utama manusia seperti pandangan Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmuk al-Fatawa Jilid 25 halaman 246, beliau berkata:

Tanpa ragu lagi darah itu dihasilkan daripada makanan dan minuman, saluran di mana syaitan mengalir (iaitu darah) menjadi luas apabila makan. Tetapi jika seseorang itu berpuasa, saluran itu menjadi sempit, jadi hati terdorong untuk membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.”

Puasa menjadi ibadat yang sangat berkesan kepada keperibadian seseorang. Selain itu, ia juga salah satu cara paling mudah untuk menghapuskan dosa lama yang berkarat dalam jiwa insan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Melainkan puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku dan hanya Aku yang layak menentukan ganjarannya. Mereka adalah orang yang berpuasa dengan meninggalkan kehendak nafsu syahwat dan makan kerana mematuhi perintah-Ku.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Ramadan adalah bulan bersejarah seperti mana kita menyambut peringatan penting dalam hidup kita. Sudah tentu persediaan yang rapi sudah dirancang. Sebelum tirainya terbuka, ramai Muslimin yang mengulang kaji bagaimana cara berpuasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mereka mengambil peluang belajar setiap sekali setahun mendidik jiwa supaya tunduk dan patuh dengan ibadat puasa. Tetapi ada juga berpuasa atas desakan persekitaran, bukan kerana imannya. Boleh jadi tiada dirasa kenikmatan ketika berpuasa kerana tidak pasti dengan matlamat berpuasa.

Berpuasa cara Nabi SAW tidak sama dengan puasa orang yang berdiet kerana kecantikan dan kesihatan atau orang yang hanya meninggalkan makan dan minum saja tetapi tidak dapat mengawal lidahnya daripada mengumpat, menghasut, memfitnah dan bercakap keji.

Puasa Rasulullah SAW diisi dengan tadarus al-Quran, malamnya pula tarawih dan qiamullail. Kerana Ramadan itu bulan ibadat, maka kerja yang dilakukan seharian juga dianggap ibadat. Sungguh besar ganjaran Ramadan bagi hamba Allah yang mengambil peluang keemasan ini.

Seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Semua amalan manusia akan dilipat gandakan pahalanya, satu kebaikan akan dibalas sebanyak 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, sampai pada kadar menurut kehendak Allah.”

Jika pekerja mengharapkan bonus akhir tahun, paling kurang sebulan gaji. Adakah wujud manusia yang percaya apabila anda akan diberikan bonus lebih 700 kali daripada gaji sebulan? Kenapa tidak percaya jika Allah yang menjanjikannya? Tepuk dada tanyalah iman.

Tanpa kita sedari Ramadhan sebagai madrasah tarbiyah iman terpamer dan terbukti dengan pelbagai ruang ibadah yang terdapat di dalamnya. Oleh sebab itulah di katakan bahawa untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga      menghidupkan sunnah dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:

Pertama

Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

Kedua

Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, berkata kotor, berkata yang sia-sia, berdusta, mengumpat, mengadu domba, berkata jijik, bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah serta memperbanyakkan membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

Ketiga

Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

Keempat

Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

Kelima

Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti di waktu berbuka? Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

Keenam

Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya sekiranya segala syarat, sunnah dan adab dalam berpuasa itu dipelihara sudah tentu ia membuahkan iman yg mekar dalam dada. Menumbuh dan mewarnai hari para hamba yang mengasihi Ilahi. Benarlah bahawa biah tarbiyah yang terdapat dalam bulan Ramadhan itu amat istimewa dan berharga andai  ia benar-benar dihayati dan dimanfaatkan

sumber:

Tajdid Iman ; Dr Juanda Jaya

Majmuk al-Fatawa ; Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah

al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi ; Sheikh Said Hawwa





IMAN SEMUT…

16 07 2008

pada yang pernah ikuti ISK, renung-renungkanlah kebenarannya….

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya kepada semut : “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup
untuk kamu”.Semut pun menjawab :
“Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di
atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : “Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : “Kalau kamu makan hanya
sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan
sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut : “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan
sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.Jawab
semut : “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya
daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu
masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan
aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya
tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur
orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada
orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke
rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur
untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di
INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,
50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan
bertanya kepadanya : “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam
yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap
kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian : ” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Dipetik dari posting mujahid…





ah! siapa kata jalan ini dihampar permaidani merah?

14 07 2008

Lama rasanya tidak update blog ini. Adakah kesibukan menjadi alasan? Mungkin ya …mungkin tidak…mungkin juga faktor panas yang begitu menguji..ditambah pula dengan air cond yang rosak dan tidak berfungsi…hehe di samping ahna dan ahya yang gemar juga menekan-nekan kunci keyboard ini…ah, apa sahaja bisa jadi alasan…bila alasan yang mahu diberikan…:)

Beberapa hari ini banyak perkara yang berlaku. Suka duka, jerit perih, pahit maung, derita sengsara…..semuanya terangkum dalam beberapa hari yang ana tinggalkan dari nukilan ini. Atas apa sahaja yang menimpa diri dan keluarga ana sentiasa muhasabah dan kembali pada ‘title’ di atas. Antum pernah tahu tentang red carpet tak? Tengok camana artis2 yang mendamba populariti dunia terkinjal-kinjal berjalan dengan megah atas red carpet tu, then orang2 sekeliling duk tepuk tangan dan mengagung-agungkan mereka…mana mungkin wahai sahabat sekalian….mana mungkin jalan dakwah seperti itu…

Jalan dakwah penuh onak dan duri, penuh liku, penuh ranjau, penuh mehnah dan tribulasi, penuh dugaan, penuh kesusahan, penuh kepayahan…oleh sebab itu siapa yang mahu berada dalam jalan ini??????siapa???? Jalan ini tidak seronok, tiada ruang untuk berpoya-poya, tiada ruang enjoy, tiada ruang kenikmatan dunia yang menipu…inilah gambaran sebenar bagi siapa yang memahami…yang hanya benar2 memahami

Menghadapi ujian memikul tanggungjawab ini bisa mengalirkan air mata, namun kepada siapakah kita kembali kalau bukan pada Allah. Ya Allah aku sedih melihat adik-adikku yang terlalai dan leka namun masih tidak menyedarinya tapi aku lagi sedih bila mereka tidak mahu menerimanya… ya…sebersungguh mana pun kita perbuat, hidayah itu milik Allah. Allah hanya akan beri bila Dia mahu berikan. Tapi sekurang-kurangnya kita perbuat sesuatu, kita menegur jika salah. Seringkali kita tidak menegur kerana kita takut dia makin jauh dari islam. AH! itu alasan. Alasan bagi hati dan iman yang lemah. Alasan bagi si pengecut!

Bahkan telah tercatat dalam hadith ke-34, kewajipan mencegah kemungkaran samada dengan tangan, lidah dan hati (selemah2 iman), jadi apa lagi alasan yang mampu kita berikan? seringkali manusia itu tahu tentang amar ma’ruf nahi mungkar. Tapi ramai yang mahu ber amal ma’ruf sahaja tapi tidak berani untuk nahi mungkar. Tepuk dada tanyalah iman.

Buat suami tercinta…

Moga kita sentiasa dalam kesabaran atas segala penentangan yang dihadapi samada secara terang-terangan mahupun bersembunyi, atas penghinaan, dipermainkan dan diperlekehkan serta dipersendakan. Diri ini akan sentiasa bersama dan menjadi penemanmu sepanjang hayat insyaAllh. Ketabahan dan kesungguhanmu menjadi inspirasiku….

wahai sahabat dan teman…

Ana mendambakan doa dari antum semua, agar turut sama bermohon pada Allah moga diberikan kami kekuatan dan ketabahan mengharungi perjuangan ini. Sesungguhnya perjuangan ini bukanlah satu perjuangan menentang orang kafir musyrik tapi perjuangan menentang amalan dan jahiliyah dalam diri…

buat adik2ku yang teristimewa…

janganlah merasakan dirimu terasing dari teman2 mu yang lain dek kerana kesedaranmu akan tugas dan tanggungjawabmu pada islam..yakinlah bahawa inilah jalan kita…tetapkanlah pendirian dan teguhkanlah iman…moga hatimu sentiasa dalam pengawasan Allah SWT…ameeenn





Memerhati, mendengar dan berfikir…

1 07 2008

Hari ni tanggal 1/7/2008…dah lebih setahun berada disini, banyak pengalaman yang dapat namun tak kurang juga ujian yang perlu untuk ditempuhi. Menghadapi pelbagai kerenah manusia, perubahan alam dan suasana, juga syaitan musuh ketat yang senantiasa mengintai ruang mencuri hati ini dari ketaatan pada Ilahi. Terkadang ana berfikir sendirian, terdapat segelintir manusia yang berkata-kata dan berfikir serta bertindak seolah-olah diluar kecerdikan akalnya —> sayang sekali bila akal yang dianugerahkanNya itu hanya diguna untuk memerhati, mendengar dan berfikir tentang ilmu duniawi semata-mata. Agama jadi suatu yang terasing, jauh dari amalan dan perbuatan harian. Juga jauh dari keinginan hati untuk mempelajari ilmunya…

Ana bertanya sendiri…

  • Mengapa manusia lebih berminat bila bercakap tentang harta yang berupa kereta yang mengancam, rumah yang besar, kelengkapan yang pelbagai, alat-alatan canggih dan berteknologi….tapi tidak berminat berbincang tentang agama dan permasalahan umat?
  • Mengapa manusia mengejar pangkat dan kedudukan di sisi manusia lain tetapi tidak memikirkan kedudukan diri dan amalnya di sisi tuhan?
  • Mengapa manusia mahu kelihatan dirinya cantik dan elegant pada pandangan manusia lain namun tidak memelihara kecantikannya pada pandangan mata tuhan?
  • Mengapa manusia merasakan hipokrit bila perlu berbuat kebaikan sedangkan hatinya jauh dari kemahuan untuk berbuat kebaikan tersebut?—> bertuhankan nafsu atau Allahkah dia? kehendak nafsu atau hukum tuhankah yang diikutinya?
  • Mengapa manusia berasa bangga dengan budaya barat yang di ikutinya namun tidak merasa alpa dengan syariat islam yang ditinggalkannya?

Mengapa…mengapa….dan mengapa….???

Banyak lagi persoalan yang bersarang diminda. Ana cuba untuk mencari akan jawapan segala persoalan di atas. dengan pengamatan ana yang masih mencari ilmu ini, ana dapat simpulkan satu jawapan… iaitulah TABIR ataupun HIJAB. Hijab ini bukanlah tudung yang menjadi kewajiban wanita muslim yang telah baligh itu, tetapi hijab ini adalah tabir, iaitu tabir yang wujud menutupi hati manusia. Ia menutupi hati-hati manusia ini daripada hakikat kekuasaan Tuhannya, Rabbnya, Maliknya dan Penguasa dirinya..

Apabila hati itu telah tertabir, maka ia tertutup. Tertutup dari merasa kekuasaan Tuhannya, tertutup dari merasa takut akan balasan Tuhannya, juga tertutup dari melihat segala hikmah penciptaan oleh Tuhannya. Nafsu mengambil tempat di hati. Bermaharajalela dengan menjadi neraca pengukur segala pertimbangan akalnya. Setiap kealpaan yang kurang digemari hatinya (nafsu) di bangkitkan dan dipersoalkan dengan lantang, perbuatan dan jasadnya mula membawanya jauh dari merasakan ma’iyatullah (kesertaan Allah) dalam segenap ruang lingkup hidupnya.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah RASA bukan TAHU. Ramai diantara kita yang tahu Allah maha berkuasa dan maha berat seksaanNya namun berapa ramai yang benar2 dapat merasainya, takut akanNya dan menjaga diri dari perkara yang dimurkaiNya. Kita dibuai angan2 dan mimpi yang tak berkesudahan. Merasakan umur masih muda dan ingin menjelajah dunia mencari kenikmatan, bukan untuk menyebar islam! Tahu diri mempunyai 2 tugas utama (ISK) iaitu untuk beribadah dan sbg khalifah, namun tidak mempunyai perasaan untuk berbuat demikian. Alangkah sadisnya suasana seperti ini….jika kita masih lagi bermimpi…

Bangkitlah wahai saudara ,sahabat, teman dan adik2 ku sekalian..gunakan matamu untuk memerhati, telingamu untuk mendengar dan akalmu untuk berfikir dan zahirkanlah ilmumu yang benar melalui anggota badanmu untuk berbuat…berbuat apa yang seharusnya kau perbuat….

AQ dan Sunnah adalah panduan kita dalam melayari hidup di dunia penuh mehnah dan tribulasi ini…bukan sebagai alat melempias nafsu kita atau mewujud persengketaan…kasih sayang umat islam lebih penting dari perselisihan…

Siti Mariam, Okayama, Jepun

(9.59 am, Tue)