Order

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Minggu ni penuh order yang perlu disiapkan..Mmm xde iklan apa2 pon tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki. Dolu2 buka gerai nasi lani buka kedai roti n kek lah pulak. Tutup bisness nasik2 ni kes beras siam dah xde…adakah kami kena makan beras jepun vs lauk pauk melayu…alahai…xkenanye rase…tapi kalau dah memang suratan yang tak biasa pun boleh jadi biasa kan :D .

Ana dapat tempahan dari orang indonesia yang nak pi ski. Kebetulan Akak ni dah nak kembali setelah selesai projek dia di sini selama 4 bulan gurai. Sebagai meraikan teman2 yang lain  dia orderlah dari ana. Siapalah yang telah mempromote ana kat orang Okayama nih :-/ . Jazakumullah padanya/mereka :)

Ibu Tertia order muffin pisang (30), muffin choc (30) dan roti tuna cheese (30).  Then teman akhi dari Nigeria order muffin choc pisang(20). Pastu ibu Tertia ni order lagi untuk labmate dan sensei dia muffin coffee choc(10), brownies choc strawbery(10), roti tuna cheese(10), roti sosej cheese (10). Ayyo…time prepare entry ni kepala rasa pening2 gitu (:|  Jom nengok hasilnya..pening ana masa ni..cam nak pitam pun ada…jzkk pada abang yang sudi tolong..iro iro arigatou ne..

order1

Keseluruhan before packing

order1pekkecik

Setelah masuk packing kecik2 buat omiyage (buah tangan)

order1pekbesar

Sebelum serah pada tuan empunya diri (ibu Tertia)

Next…

muffin choc pisang

Siap baking..tunggu sejuk sikit sebelum paking

order2pek

okes cukup2 20 biji masuk dalam :)

Next…order3roti

roti

order3brownies

tak best gambar ni huhu…bekas dah salotip..xleh nak bukak dah..- tiru cara kak ina deco…hehe tapi tak cantik cam akak punya .

order3muffin

muffin…

Semua tu ana masukkan sekali dalam beg kertas yang very presentable. Mulanya nak letak gambarnya tapi macam entry ni banyak sangat gambarnya. Cukuplah dulu ye…





~western sikit~

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Mengambil semangat mengurangkan makan nasi dek kerana stok beras siam dah xde kat Jepun nih :D , kami sekeluarga terpaksalah mempelbagaikan menu harian. Kadang2 makan nasi, kadang2 makan roti, kadang2 makan mee…hehe :)

Ni nak share menu western sikit. Alhamdulilah kenyang tapi tak melampau sangat. InsyaAllah juga lebih sihat sebab masak gune olive oil then bakar saje.

western lunch

Lemon rosemary chicken with mushroom soup, Challah & slice bread- emm tersopak sikit ayamnye..kemana lah hilang tu :D

challah

Challah – kredit to Norzakiah :) the one who made it! :)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Dirujuk di sini

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato -
1 carrot
1 biji bawang besar dibelah 4
sedikit madu
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar,carrot dan tomato.
  4. Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan  carrot ke dalam ayam tadi.Boleh juga cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  6. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
    Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Hidangkan..bersama mashroom soup dan roti kegemaran

Mushroom soup ala pizza
Sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

Untuk resipi Challah tu dalam eigo. Itupun ana rujuk kat fp Norzakiah aka Zek. Bagi yang berminat boleh rujuk sini ye.

Alhamdulillah suatu kombinasi yang best untuk ketiga2 nya. if rasa x cukup masa nak buat semua on time, buleh je beli roti slice tuk makan dengan soup dan ayam tu. But ana susume pada sesiapa yang nak tukar selera ke, trylah…insyaAllah enak bangat :)






Cannery Row

4 02 2009

Bismilllahirrohmanirrohim…

Sempena birthday  akhi baru2 ni kami pergi makan tempat haritu. Yang dia bawa ana untuk ana punya birthday. But now suppose to be my treat la :D . Tapi untuk entry kali ni just nak share menu dia yang special sebab sebelum ni gambar gune hp..kali ni guna kamera :)

side dishes cannery row

salmon, salad, kacang buncis, cendawan, labu dan ikan all cooked with olive oil.  boleh amik banyak mana mahu makan

pizza cannery row

seafood pizza- rasa yang sungguh menarik sebab luar dia crunchy but dalamnya gebu je.

cream sauce pasta

cream sauce pasta- best ! kakak makan banyak..tak aci  :P

Dulu kami makan nasi pilaf. Tapi kali ni tukar menu lain. Dah selesai makan seme akhi kata makan masa birthday ana dulu lagi special la :P hehe…sebab masa tu first time datang jadi depa sini layan special la. Siap buat menu khas untuk kami.. subhanallah…alhamdulllah….Allahuakbar!





research update

3 02 2009

salam semua hadirin sekalian,

saje mencelah dikala kesibukan duniawi yang sentiasa mengejar,semoga kesibukan ukhrawi sentiasa mendahului..ameen. sekarang seperti yang sedia maklum bahawa musim exam bagi student2 jepun dan juga waktu final presentation bg yang buat research, degree,master atau phd.minna ganbatte

ana sedar tak sedar sudah di semester yang ke 4 dan tak lama lagi akan melangkah ke tahun akhir pengajian, semester ke 5. cepat betul masa berlalu, dah hampir 2 tahun rupanya berada di negara matahari terbit ni.usia pun dah bertambah, uban pun dah ada, sakit2 belakang, sakit2 kepala tu peringatan allah bahawa kita ni hidup ada kesudahannya yang kita pun tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Teringat perginya seorang demi seorang saudara2 yang dekat, tertanya2 juga adakah kita juga bersedia bila allah akan jemput kita kembali.18hb januari, nama CIKGU BASRI yang sentiasa dipanggil oleh masyarakat, anak murid, kawan2 yang ana biasa panggil dengan panggilan AYAH LANG pulang kerahmatullah dengan cara yang sangat mudah dan tenang seperti diceritakan oleh adik2, ummi di malaysia.Maaf pada maklang dan keluarga krn tidak dapat membantu urusan jenazah atas kejauhan kita beratus2 kilometer. Semoga ayah lang digolongkan dalam ahli syurga yang kekal abadi. Perginya insan yang namanya sentiasa disebut2 dan sorang demi sorang menceritakan pengalamannya bersama arwah yg mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik dengan izin dr Allah swt.

Jazakumullah buat keluarga yang dicintai dan sentiasa di sayangi,siti dan anak2, ahna dan ahya yang sentiasa menjadi pohon2 semangat yang membuahkan buah2 cinta, kesabaran dan pengorbanan utk babah. allah sahaja yang dapat membalasnya. Uhibbukum fillah.Insyaallah betul seperti yang dikata, keluarga yang bermula dengan cara yang baik moga allah kekalkan dalam keadaan yang sentiasa baik..mawaddah sakinah wa rahmah.. ameen

dalam masa 2 tahun ni mungkin ramai yang tertanya apa aktiviti harian buat phd, emm satu soalan yang susah nak di jawab kalau tak mengalami sendiri :) tapi secara ringkas yang boleh dikongsikan ialah menghadirkan diri ke lab dan berusaha siapkan experiment yang dirancang. membuat report progress setiap bulan dan dibentangkan dalam kumpulan kecil.dalam satu semester juga mungkin ada 1 atau 2 kali perlu bentangkan progress research kita pada semua ahli dalam lab (sesi Zemi-seminar). phd student juga perlu amik kelas 12 kredit dan alhamdulillah semua kelas dah diambil dan lulus dengan baik. bantuan dari allah yang sangat besar.setiap semester juga ana amik subjek yang tak wajib diambil iaitu nihonggo.hmm..sangat menguji kesabaran disamping kesibukan lab harian.seperti biasa, kena buat kerja sekolah, ada test, ada hafal kanji, buat karangan, itu dan ini, sampai zaujah ana pun tegur supaya lebih focus pada research dari amik nihonggo ni. ana bukan apa, tapi sementara ada kudrat, rasanya nak belajar bahasa orang yang boleh digunakan pada masa akan datang, tapi insyaallah sem depan dah tak amik..sebab dah tiba masanya utk berenti :D insyaallah seperti student lain di okayama, final test kali ni bermula khamis ni 5hb, 12hb,16hb dan 18hb..doakan ya

sistem di sini mungkin lain dengan negara lain di mana syarat lulus phd ialah kena ada WAJIB journal paper. dari segi positifnya ya ia mengajar kita supaya percepatkan research experimen dan publishkan supaya dapat dinilai oleh ahli akademik yang lain

setakat ini alhamdulillah walaupun masih terkebelakang dari sahabat2 ana yang juga buat phd dan publish berbelas2 paper dan journal, ana baru berjaya publish satu journal paper dan 1 international conference dan 1 local conference. bulan januari yang baru lepas beberapa hari juga sibuk ana siapkan 1 lagi local conference dan 1 lagi international conference. alhamdulillah sudah di submit dan menanti penerimaan atau di reject :) bulan mac 1hb ni ada satu lagi paper conference yang perlu dihantar..dan dengan experimen yang masih belum menjanjikan data yang baik..allah sahaja tempat berharap, moga dimudahkan urusan hambanya.

sensei banyak menekan dan kita juga terpaksa untuk cuba sebaik mungkin tunjuk prestasi sebagai muslim di mata orang2 yang non muslim. dalam lab, ana rasa ahli2nya semua bujang dan ana sorang je yang dah ada anak 2 yang alhamdulillah kiut miut macam ummi nya. jadi keberadaan kita di lab bukan seperti mereka, yang boleh bangun tidur di sana (kamikaze buat kerja). insyaallah ana laksanakan yang termampu mungkin, baik untuk research, baik juga untuk keluarga dan baik untuk amal2 lain. semoga allah sentiasa golongkan dalam golongan yang sentiasa thabat dijalannya.

di bawah ni ana attachkan gambar alat yang direka dgn byk kelemahan. nama nya intellligent actuator, menggunakan pneumatic system.kenapa dinamakan intelligent? secara ringkas, dalam alat ni ada 5 elemen seperti yang di tanda,

1.PSoC circuit board, 2. encoder, 3. pressure sensor, 4. valves dan 5. laser rod.

dengan input data dari sensor, dan masukkan code algorithm dan control dalam PSoC, dia boleh gerak sendiri mengikut fungsi2 yang ditetapkan..hehe secara ringkas camtula..sapa ada minat, nak tau detail boleh cerita lain:)

cylinder

alat ini akan digunakan untuk final application -sebuah alat utk design kerusi..huhu dengar sangat pelik tapi itu adalah hakikatnya, sebuah research yang ana sendiri pun masih berusaha merialisasikannya.

so wallahualam, subuh dah masuk, nak solat dulu..doa dari antum sangat di harapkan, semoga kita smua selamat dunia dan akhirat dan allah mudahkan segala urusan kita.kita yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal padanya. kerana Dialah sebaik2 perancang yang mendahului perancangan2 kita..

bertemu di lain waktu..yang khilaf

abu_s





warkah buatmu…

3 02 2009

Happy belated birthday buatmu sayang…

Moga hari2 yang mendatang membawa 1001 rahmat yang sentiasa disyukuri. Menambah iman dan amal bersulam taqwa yang berpanjangan terhadap Rabbmu yang kau kasihi.Menjadi insan,anak, suami, babah serta hamba yang soleh wa musleh, penerang dan sinar buat kami menelusuri kehidupan sementara ini. Semoga segala urusanmu dipermudahkan lagi dilancarkan Allah swt…ameen..

kek abang

Abang,

Kira-kira 3 tahun hidup bersama, banyak yang dapat Siti belajar darimu. Terutama sikap abang yang lemah lembut lagi tenang. Sabar dan sentiasa cuba memahami. Sungguhpun sibuk di lab abang tetap sanggup luangkan masa bantu Siti jaga permata2 hati kita. Berat dan banyak sekalipun urusan yang abang perlu buat, jika rasa ada yang memerlukan tentu abang usahakan untuk bantu…

Kadang2 Siti rasa sayu dengan sifat sabarmu. Atas tindakan teman2 yang kadang tidak matang. insan2 yang tidak mengenal erti hormat serta individu2 yang mementingkan diri. Abang jarang melatah…tenang…malah sentiasa merendahkan diri. Yang nyata abang semampu mungkin sentiasa cuba membuat orang senang dengan sikapmu..

Namun,

KITA tahu jalan ini tidak mudah. Kerana bukan dunia yang kita cari. KITA tidak melangkah demi mengejar debu2 yang bertebaran. Kita tidak berlari demi sehampar tanah yang bakal sirna. KITA tidak berlumba demi menggapai awan biru yang melangit tinggi. Kita tahu matlamat kita. Tanggungjawab kita.

Kita pernah melalui detik2 sukar dengan taklifan ini. Abang tahu ada yang mencoret di blog mereka tentang kita. Abang juga tahu insan2 yang mencemuh kita. Tetapi abang tak pernah membalas. Layananmu sama..seperti mula2 dikenali. Tapi kadang2 jauh disudut hati Siti bangga kerana usaha kita tidak sia2. Ada perubahan di sini..ada sinar yang semakin menerangi bumi ini…ada jiwa yang semakin hidup dengan NurNya…Semua itu atas kurniaan Allah pada bumi ini…mungkin bukan atas usaha kita yang kerdil… kan sayang…

Kini,

Kematangan abang makin terserlah. Sentiasa sikap dan sifatmu kami kagumi. meniti usiamu yang semakin dewasa, moga dikau senantiasa berada dalam rahmat Allah. Moga setiap amal kita membawa keberkahan yang berpanjangan…moga kita dijauhkan dari sifat WAHN (cinta dunia dan takut mati)

Terima kasih kerana menjadi zaujku..

ahabbakallah min ajlihi ahbabtani..

siti mariam, ahna safiy, ahya safiy

okayama, japan.





solat hajat

2 02 2009

Assalamualaikum wrh wbt

Lame menyepi, kini muncul lagi. afwan minkum…ana  sekarang cuba mencuri masa kerana agak sedikit sibuk. Ada taklif menjaga baby seorang saudara yang sedang bergelut dengan thesis dan kelasnya. InsyaAllah moga menjadi amal buat ana dan keluarga juga. Alhamdulillah ahna wa ahya tidaklah terlalu kekok dengan kehadiran baby. Mungkin adik Ahya chotto… :D sebab jeles tengok ummi pegang baby lain. Tapi mereka senang dan kadang kala merekalah juga yang tolong ana menjaganya. hihi.. kadang tersenyum sendiri teringat gelagat ahna yang kalut2 bawa botol susu bila baby tu nangis pastu dah sampai kat baby kakak jadi blur nak bagi susunya…ahna…ahna…semakin terlihat sifat2 yang terdapat pada namanya. Moga besarmu menjadi pejuang agama Allah bersama adik2mu yang lain sayang…doa ummi dan babah buat jundi2 kami…ameeen :)

sekarang minggu exam di sini.  berkesempatan itu kami telah anjurkan solat hajat dan tayangan perdana sikit malam tu. Hihi filem ape?…box office sepanjang masa :D (Sang murobbi).  Menarik cerita ini. Terasa semangat yang hilang muncul semula..uhuk..uhuk…besar kesan pada diri terutama pada sesiapa yang faham dan mahu mengerti..

Di bawah menunjukkan sekitar majlis tersebut yang di adakan di Tsushima Kaikan (dewan kecil) berhampiran kediaman kami.

solat hajat

setelah selesai solat


solat hajat-makan

makan sikit


solat hajat-dansei

antara adik2 lelaki Okayama

Majlis tamat jam 950 malam. 10 minit sebelum time terakhir limit pinjam tempat ;) . Tempat ni kami sewa dengan kadar 50 yen  (RM 2)sejam. Murah sangat siap dengan aircond, heater, dapur, toilet, blackboard, bantal alas duduk, meja, kerusi etc..

InsyaAllah moga tempat ini boleh terus dimanfaatkan dengan program2 yang bermanfaat buat semua. Buat adik2..gud luck, ganbatte kudasai ne…





Ichigo Gari

18 01 2009

Sekarang sudah bermula ichigo gari rupanya. Dulu2 ingatkan masa musim bunga baru start tapi bila akhi call rupanya dah bermula dan berakhir bila hujung musim bunga nanti…naruhodo… :)

ichigo

gambar yang beli…

Walaupun kedinginan pergi juga sekali ke sana. Lokasi terletak berhampiran Okayama Airport. Ramai juga orang yang datang tapi mostly nihonjin lah. kami je family gaijin (orang asing) kat sana. Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu kalau nak makan ichigo ni selalu beli je kat market. Untuk bilangan tak sampai 20 biji harga dia dalam RM 15- 25 (¥300-500) .  sebab dapat makan sikit kami pun decide pergi ke sana. Seorang masuk kena bayar RM 75 (¥ 1500)then makanlah sebanyak mana yang nak selama 40 minit gurai. Alhamdulillah puaslah rasa. Dah balik dari inchigo gari ni takdelah rasa nak makan lagi stoberi :P

Ana x sempat ambil gambar dlm kawasan penanaman tu. Sebab nak kejar masa hihi :P   lagi pulak berkecah sikit sebab kena pegang bekas yang ada susu pekat (buat cicah) …belengas sikit tangannya.  So just share gambar yg ada saje ye.

ahya ichigo

hai…saya suke sangat makan buah ni. kalau bagi sebiji kat saya tiba2 je nanti hilang masuk mulut…hikhik :D





hisashiburi…

15 01 2009

assalamualaikum buat semua pengunjung MMSR …afwan,gomen, sorry sebab lame x update. Perlu nyatakan sebab ke? hehe…xpayah pun x pe kan.. :D

sekarang tengah winter di sini. Tapi tak berapa ada salji kat tempat ana. But still sejuk…kadang2 sampai sakit kepala jadinya..xtvt pun agak terbatas sekarang. Banyak berkurung je..hibernate sikit ;) . Anak2 masih belum sembuh sepenuhnya. Lepas muntah2 mereka batuk kuat dan flu pulak. insyaAllah semakin sembuh setelah bertarung juga secara psiko nak bagi makan ubat kat depa ni.

Cooking, baking and so on juga tak berapa jalan sekarang. Hehe…kesejukan turut sama membekukan tulang 4 keratku. hihi… :) . Tapi oleh sebab menyahut seruan diri sendiri untuk berjimat sempena kenaikan harga barang yang mendadak (beras, daging dan ayam  halal&import, etc) kena jugalah gagahkan diriku ini. uhhu…

Buat pengetahuan semua juga ana dah stop bergerai..ekonomi meleset hihi :P . Nak test xtvt lain yang lebih menarik lak. Mmmm…tapi sebab masih dalam eksperimen x bisa dedahkan lagi ape xtvt tebaru ana ni. InsyaAllah dengan hilangnya tugas ana duk cooking2 makin memberikan dan menyediakan ruang serta masa yg lbh tuk xtvt baru ni..

Untuk cuci2 mata ana share same kat sini beberapa hasil baking yang lepas. x dapat nak buat entry by day. Apa2 pun jooom tgk!

red bean stolen

RED BEAN STOLEN / FLOWER


cinnamon roll

CINNAMON ROLL WITH CHEESE FROSTING


tuna roll

TUNA ROLL WITH CHEESE INSIDE

Ini kuncu-kuncu roti :D . Itupun yang ana teringat nak amik gambarnya. Yang tak sempat tak dapat nk share. Nanti insyaAllah kita share dishes lak ye.





Kaze?

22 12 2008

~Hurm~ …harini mencabar sikit bagi ana di rumah.  Bukan sebab kena prepare untuk bergerai sebab kami off kejap, student dah cuti la ni. Tapi sebab  Ahna…huhu…

Semalam kami  keluar amik2 angin macam biasa tapi kakak pulak yang jadi luar biasa. Baliknya ok lagi tapi masa tengah tidur tu tiba2 dia muntah. Banyaknya…..ana yang baru terlelap tu tiba2 Allah izin terbangun dan tengok Ahna dah menggigil2 masa tu. Ana kejutkan akhi  then kami  pun apa lagi shouji shimasu lah..

Dalam kedingin fuyu ni kira2 jam 10 malam akhi yang masa tu dah terkena muntah kakak tu bergegas kemas mofu (pelapik tilam supaya lebih hangat) , cadar dan tilam. Tilam yang dah basah tu dikeringkan dengan heater kemudian bersihkan muntah2 yang melekat pada mofu, selimut dan cadar. Ana pulak terpaksalah mandikan kakak sebab dia dah lenjun masa tu. Walaupun gigil2 terpaksa mandikan sebab muntahnya terlalu banyak.

Jadi malam tadi boleh tahan jugaklah sebab kena basuh sesuatu yang tebal then takde pengganti. As mofu kami guna selimut tebal buat alas kakak tidur. Sudah dalam rencana Allah dia muntah lagi masa tengah tidur malam tu. Ana perasan pun masa bangun subuh.  Pastu kakak diarhea plk…habis baju tidur dia n selimut tebal tu. Awal2 pagi dah mandikan dia lagi. Dah siap mandi dan bersih kakak minta susu. Ana pun buatlah susu untuk dia then sambil2 tu ngadap kom ni.  Tiba2 kakak panggil ana…dia muntah lagi dengan byknya ketika susu yang diminum masih berbaki dalam cup dia. Terus muntahnya kena selimut lain yang baru ana buat tutp badannya dan terus jatuh ke carpet.

Ana bersihkan Ahna, tukar bajunya …kesian ana tengok dia tentu penat muntah2 dan sakit perut  :( . Tapi dia tetap ceria macam biasa dan masih tersenyum lepas dia muntah2 tu walaupun matanya redup je. Bimbangnya ana pada dia terus ajak akhi ke klinik. Jadi harini ahna kena makan ubat. Bukan main tak suka dia sampai nangis2.  Dr plk pesan tak boleh bagi susu. ~ohho~ mencabar ni sebab sehari beberapacup jugaklah ahna minum. Apalah alasan nak bagi bila dia minta susu nanti???

sehingga entry ni ditulis ana masih membasuh cadar, selimut, mofu dan pakaian ahna. Disebabkan semuanya takde yang reserve jadi terpaksa basuh dan keringkan hari ni juga walaupun kena keringkan dengan heater sepanjang hari agar dapat guna untuk malam ni  ;) .

Ahna wa ahya dah pun tertidur, baru sahaja. Tadi masa menulis2 ni dia masih atas riba ana minta nak tidur. Then bila ana minta dia tidur kat tilam sama adik dia pun pergi sendiri.  Nak sambung kemas2 umah yang sedikit berantakan harini. …

Jya minna… :)





What my daughters doing during my baking time?

16 12 2008

Jom tgk apa Ahna wa Ahya bikin masa ana sibuk di dapur ;) . Di tambah pula dengan suhu yang semakin dingin ni.

ahna wa ahya dalam selimut

khusyuknya mereka berdua ni…buat pe tu? dalam selimut lagi ni – early in the morning..look at their eyes :P

ahna wa ahya tgk katun

~ohho~ tgk tv rupanya – persiapan rapi lengkap dengan selimut dan heater ketika menonton ;)

ahna wa ahya menonton

watching in their  playroom

Inilah serba sedikit tentang anak2 kami. Awal2 pagi memang bagus rancangan kanak2 untuk mereka tonton. Sekiranya nanti mereka ada rezeki ke hoikuen mungkin xtvt mereka lebih banyak dan teratur. Moga Allah permudahkan urusan permohonan hoikuen mereka,  insyaAllah..





My office time

15 12 2008

Sebelum ni ana pernah kata masuk ofis selepas subuh then terus kerja non stop hingga pkl 12 kan… ingat tak?  so, insyaAllah nak cerita tentang tugas ana kat ofis ni. Ana part time  hari Jumaat saja. Satu hari seminggu, lebih kurang 6 jam sehari. Selain daripada ni ana part time juga tapi biasa on off masuk ofis (kerja tak banyak). Cuma hari Jumaat ni ana kena concentrate lebih sikit.

Mula2 dulu taihen jugaklah :)   sebab lepas subuh kan. Anak2 lagi kadang2 dah terjaga nak itu dan ini. Kena pastikan mereka ok  juga sebab bila ana mula kerja ana dah tak dapat tumpu perhatian pada mereka. Tapi alhamdulillah kadang2 akhi tolong jagakan anak2 sebelum pergi lab. Kalau dah time dalam pkl 930 am akhi gi lab dan tinggalkan anak2 pada ana sambil2 ana  berkerja tu…taihen deshou! :P

Walau bagaimanapun sekarang alhamdulillah anak2 tak banyak ragam sangat. Kebetulan tempat kerja ana ada TV jadi boleh bagi tengok cite kanak2. Bagus rancangannya ada nanyi2 lagu yang comel, belajar eigo dan nihonggo… ~tanoshikatta~.  Sambil ana berkerja tu kadang2 blh juga layan ahna wa ahya ikut rancangan tu. Kebetulan bila akhi tinggalkan anak2 pada ana, boss xada atau erti kata lainnya selalu boss keluar ofis lbh kurang jam 9 pagi then balik2 je pkl 12 lebih. Mmmm…blh katakan ofis tu ana dan anak2 jelah yang ada. Boss ana tak buat kerja. Dia manager & urus perkara lain. Ana sorang je yang kerja. Sebab tu xpe kerja ngan anak2 asalkan kerja siap dan dia tak tertunggu hasilnya. Sebab bila pkl 12 boss akan masuk ofis semula untuk ‘angkut ‘ hasil kerja ana tu untuk dipasarkan atau dihantar ke tempat pemborong :P .

ahha~ ni serba sedikit hasil  kerja ana  sepanjang 6 jam di dalam ofis…

roll sosej wholewheat

wholewheat roll sosej- macam roll sosej biasa tapi ana guna tepung wholewheat campur dengan tepung roti

cheese tuna bun

cheese tuna bun – ana sprinkle sikit sama rosemary n parsley

cheese sosej bread

cheese sosej bread – macam roll sosej tapi rupa lain sikit plus cheese n sos cili

roll sosej

roll sosej- original recipe

tuna puff

tuna puff - filling with hot tuna mayo

hasil kerjaku (roti)

siap! - antara hasil kerja pada hari tertentu…nanti boss ana tolong bawa ni ke pembeli n pemborong :P

Mmm…nilah part time ana.  Di rumah sendiri :) . hihi… my boss is my husband, very nice n kind person… InsyaAllh kami siapkn roti2 ni untuk orang2 yang solat jumaat.  Simple je kerja ni tapi meletihkan juga ye… ~uhhu~.

Well that’s all the story of my baking time which is one of the xtvts in my busiest day in a week.  :)







samb…

13 12 2008

Alhamdulillah, jazakillah angah Azie for the response ;) . insyaAllah betullah yang macam angah cakap tu.  Ada satu link untuk sesiapa nak tahu tentang pertanyaan ana sebelum ni. Sila ke sini

Hari ni ana yasumi (absent) dari kelas nihonggo.  Hari ni juga Allah uji sedikit dengan tahap kesihatan yang kurang baik.  Kepala berat. ~uhhu~ ada ulser dalam mulut..besar bangat…bisa sakit kepala dibuatnya sebab berdenyut2 rasa dari gusi, gigi, pipi hingga ke kepala. Masa meeting semalam pun bila sesi penyampaian ana bercakap lain bunyinya yang keluar, terpaksa tahan sakit bila berselisih dengan gigi. Adik2 ana yang soleheh lagi baik hati ni pun mencadangkanlah pelbagai petua yang menarik dan baru pertama kali singgah ke fikiran ana. Antara perbualan kami :

Zahira : “ha…kak ct sakit ulser ye? Buh ubat gigi “

Ana : “eh, yeke? tak pernah dengar pun…cepat baik ke cam tu?”

Zahira : “takdelah tapi rasa sejuk ….tak sakit ” :P

Naziha : “buh garam kak…pedih, memang sakit sangat..tapi cepat baik” ;)

Ana : “mmm akak nangis lah tahan sakit buh garam sebab dulu2 buat mcm tu jugak…tapi tak sanggup je rasa…besar semacam ni”

Hajar : “hajar kalau sakit tu buh majerin best dia rasa licin je taklah sakit sangat” :D

Ana : “Akak nanti ralit termakan pulak marjerinnya nanti ” :P

sementara tu Fareha, Nadia dan Ina memerhati dan mendengar petua2 ni. Macam2 adik2 ana ni.  Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang begitu baik. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa ada hikmah yang tersembunyi padanya. Mungkin juga ini  sebagai penghapus dosa ana terhadapNya dan moga ana terdidik dengan sifat sabar atas setiap ujian dari Allah SWT.Ameen…Pada tuan rumah..Nadiah & Arif…jazakumullah khairan atas lokasi dan makanan yang sedap ;) . InsyaAllah pasni boleh kami bertandang ke sana lagi :) hihi.

Malam ni jam dah menunjukkan pukul 10.27pm  waktu jepun. Anak2 dah pun melabuhkan mata masing2. Esok masih ada taklifan menanti kami.  Kepala ana pun masih lagi terasa berat. Tapi memandang ada ruang dan kesempatan ana update lagi blog ni. InsyaAllah entry lain menyusul selepas ini. Tapi maybe lain kategori dia la :P . Kasi variety sikit :D . Ana suka menulis cuma bila ia melibat sesuatu yang memerlukan percernaan dan pengamatan kadang2 ana tak berapa dapat nak meluangkan masa. Kalau yang simple mungkin tak ambil masa yang lama. Jadi kalau antum masuk2 pastu asyik nampak makanan je…gomenne…sebab senang nak masuk entry camtu :P . Tapi janganlah pula ada di antara antum yang fikir dunia kami ni cuma makanan… hidup untuk makan…ngak…tidak begitu insyaAllah.  Ia cuma suatu ilmu baru untuk ana telusuri terutama yang bergelar wanita, isteri dan ibu. Yang bertanggungjawab terhadap anak2 dan suaminya dalam urusan rumahtangga.  Kemudian atas ilmu yang indah ini ana ambil jalan untuk kongsikannya bersama yang lain moga memberikan kebaikan. ;)

ok, ana stop sini dulu ye. nak prepare entry lain ;)

jya!





borak ilmu sikit

12 12 2008

Buat pengunjung laman maya kami, afwan ya ana memang jarang sekali mengaupdate. Juga ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya isi kandungan ni tidak menepati citarasa kalian. Mungkin ada yang bertanya ana ni siapa? Apa yang nak ana sampaikan dengan blog ni? resipi je ke? anak2 je ke?..Hehe banyak manfaat sebenarnya. Tapi kadang2 tu sesuatu itu tidak  mesti disampaikan secara langsung demi menepati tujuannya kan? Allah sendiri bila ia ‘berkata2′ dengan kalamnya tidak mesti ayatnya itu direct, kasar, tegas dan keras untuk hamba2Nya….tetapi kekadang ia melayang jauh membawa kita berfikir dan mentadabbur kemudian barulah kita sedar… oh itu rupanya!

Kali ni ana nak sembang2 dengan antum. Hehe siapa ye antum ni? Antum semualah yang membaca tulisan ana ni.  Bila berkumpul dan berdiskusi tentang islam dengan insan2 terpilih, secara tak langsung bila kita menyampaikan sesuatu ia juga terkesan dalam hati kita kan? Antum yang biasa dengan ‘tabiat’ ni tahu maksud ana insyaAllah.  Baru2 ni kami sembang tafsir. Tiap2 minggu tafsir…huhu tak bosan ke?… insyaAllah tak bosan kalau kita pandai bawa—> huhu cabaran2

Kami bincang tentang nifaq. TAPI bukan infaq ye :D ana kadang2 pun terkonpius. Bila buat reading2 sikit mmm.. oh itu rupanya! :P . Dari pembacaan ana nifaq ni berlaku pada orang mukmin (baca: orang beriman) dan bukan orang muslim(baca: orang islam) umumnya. Maksudnya ia berlaku pada orang islam yang high level sikit, kiranya islam yang beriman yang betul2 percaya islam dan tahu tentang islam serta segala pembawaannya.Waaahh…takut tak? Mmmm..pada sesiapa yang berani kata diri beriman tu baik check ada  nifaq  ke tak dalam diri dia :p  termasuklah diri penulis nih.

Apa maksud nifaq?….cuba antum cari :P hehe….afwan dah lewat. Ana nak beradu dulu :P . Esok jadual pack. Masuk ofis lepas subuh then selesai kerja jam 12. Then nak kena prepare tuk petang punya meeting pkl 1, ada kena present plk, tasmi’ lagi huhu…  then malamnya ada meeting lagi pkl 8 smpi 10 kena present gak. ohho~… esokannya ada kelas nihonggo lagi…waduh…sibuk bangat… :P

Nanti ana sambung entry ni. Saje ana post dulu yang ni. Takmau buat draft sebab banyak draft ana berhabuk dalam ni. InsyaAllah atas taklifan menulis ni akan lebih menarik kudrat ana atas masa yang berbaki untuk mengupdate blog ni…

ok minna…oyasumi nasai…





Tuna & Curry Puff

24 11 2008

Bila buka freezer selalu ternampak puff pastry yang di beli tak lama dulu. Masa jumpa dulu terus beli walaupun dalam fikiran masih belum jelas nak bikin apa dengan pastry tu.  Tapi bila tengok dalam deep freezer plk ternampak inti karipap  yang berlebihan masa buat karipap frozen dulu. Hmm~ bukak dalam kabinet pulak nampak tuna yang dalam tin tu cantik tersusun tin2nya.. :D ….Aaaaa cam dah berlegar2 dalam kepala. Hihi ni projek untuk lunch ni sebenarnya. Masak ala kadar sebab malam kena niaga nasi siang2 tak boleh makan berat nanti badan pun jadi berat :P .

Dengan menggunakan 3 keping kulit pastry tu ana potong menjadi 12 keping pastry kecil. Pastu isi inti tuna dan inti karipap. Tuna tu ana guna yang dalam tin je campur sama bawang besar, lada sulah dan mayonis. Isikanlah pastry anda dengan filling yang disukai.  Tekan2 sekeliling dengan garfu agar bercantum dan bakarlah macam biasa. Suhu dia tinggi sikit dalam 230 degree untuk dalam 25 minit lebih kurang. Resipi ana tak sertakanlah sebab mudah sangat.  :P

puff

Tuna & curry puff dengan bentuk yang pelbagai, ada segitiga, segi4sama & segi4tepat :P

Rangup sekali puff ni. Antum boleh isi dengan apa sahaja filling kegemaran termasuklah dengan sesuatu yang manis2 atau sebaliknya.  Kalau kat malaysia jenama KAWAN yang terkenal ye. Bagi yang berminat bolehlah mencuba sebagai breakfast anda di pagi hari mahupun untuk minum petang :)





2 roti dalam 1 hari

24 11 2008

Minggu lepas masa duk sibuk bergerai di rumah ;)   sempat juga ana bagi makcik yang tolong ajar ana buat roti tempoh hari tu rasa Nasi Beriani. Masa beri tu terangkanlah kat makcik tu ini masakan ala2 paki, then terang jugak lauk ayam kurma n acar tu. huhu.. bila tang kurma tu menarik sikit sebab sebutannya macam nihonggo.

kurma   = masakan kurma kita

kuruma = kerete (nihonggo)

So makcik tu pun kata dia mesti cepat ingat sebab kalau nak ingat lauk tu ingatlah sebutan ‘kereta’ tu :D lucu je makcik ni..hehe kawaii. Esokannya makcik tu pun pulangkan roti pada kami. Banyak pulak tu. Roti Perancis tapi sori sangat2 sebab ana memang lupe nama dia sebab bila dah di sebut lidah nihon ni lain macam bunyinya. Masa tu pulak akhi yang tolong tanyakan sebab ana ni nak bercakap tak berapa lancar sangat lagi :P . Teringat Croissant tu kalau depa ni sebut jadi ‘kuro san’ ( = en. Kuro). Jadi lama ana berfikir ape tu roti ‘kuro san’. Bila dah diterangkan barulah ana tahu oh itu rupanya kuro san… :P . Opsss lagi satu gambarnya xde. huhu tapi ana ganti dengan roti macik tu bagi jugak tapi roti lain. :)

Kebetulan pada hari macik ni bagi roti, ana pun on the way tengah buat roti.  Buat roti bun yang ada pelbagai inti (kacang, kaya & tuna). Jom tengok gambar ;)

roti kacang, kaya & tuna

bun berinti kacang, kaya & tuna (ana punya)

sweet green pea bread

sweet green peas bread (macik punya)

2 jenis roti

watashi no vs kimura san no pan desu

Untuk resipi ni ana ambil kat MyResipi. Nak masukkan kat sini susah sikit. Selalu tak dapat masuk dah sekarang. Tapi sekiranya antum berada di negara lain cuba try rasanya xde masalah. kat jepun ni je kami2 ni hadapi masalah sikit. :)   Tapi kalau  ana dapat masuk lepas ni, insyaAllah ana masukkan nanti. :)