Ahya menerima ujian…ummi juga..

28 05 2009

bismillah

Harini anak2 dah mula masuk hoikuen setelah yasumi selama  3 hari.  Hisashiburi..anak2 sedikit menangis mungkin dah lama cuti jadi x biasa dengan keadaan tu. Dari Fukuoka Ahya kurang sihat, batuk2 kuat, lagi nafas pun berbunyi2 macam asma. Tadi jam 1130 sensei call kata suhu badan naik, then minta ambil bawak balik sebab dia risau kalau2 demam. Selepas mengayuh lebih kurang 5 minit ana sampai ke hoikuen. Ahya baru lepas makan. Kata sensei dia makan nasi sahaja, yang lain x makan. Lepas akhi balik lunch tadi, kami bawa ke klinik. Dapatlah 4 jenis ubat untuk makan selama 4 hari. Sebelum masuk kena buat test suhu badan di luar klinik. Bikkuri…kuarantin kana. Lani wabak selesema khinzir ni makin merebak di Jepun terutama Kobe. Alhamdulillah Dr kata Ahya tak apa2. Cuma nodo ga akai (kerongkongnya merah), kong2 (batuk2) then badan panas sikit. Lepas makan ubat Ahya dah tidur. Ahna macam biasa masih di hoikuen. Moga Ahya sabar hadapi ujian kesihatan dan ummi juga sabar jaga Ahya yang mungkin sedikit banyak ragamnya nanti..ameen

Harini patut ada nihonggo, tapi tadi call setsu san minta tukar esok. So, esok kelas pkl 1 petang. Ditemani Ahya yang dinasihatkan Dr supaya bercuti esok, moga2 ummi dapat belajar dengan baik, insyaAllah.

4 hari lepas kami ke Fukuoka. Tapi disebabkan ada sedikit masalah dengan kad kamera yang x dapat di trace oleh kom ni, maka tak dapat ana update berita di sana lagi. Jadi afwan ye bila entry ana xada gambar2 yang masuk. Tapi ana nak share youtube lagi. Satu penyampaian yang bagus dan sangat2 menarik. Video pun clear. Pada sesiapa yang suka memberi alasan, mencari2 pelindung atas kemungkaran yang ia lakukan, mempersoalkan itu dan ini, dan pada yang mula merasakan ‘annoying’ bila ada yang mengingatkan ia tentang Al Quran…dengar, fahamlah, dan terimalah…moga diberikan kefahaman dan keimanan…

kredit to jannah (utm) for sharing this video…very interesting






Kak Na dik Ya

15 03 2009

Salam semua,

Maaf agak sibuk kebelakangan ini, menguruskan sesuatu, insyaallah hasilnya akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Hari demi hari masa berlalu, melihat telatah anak2 yang semakin membesar. Ahna dah hampir masuk 3 tahun dan ahya pula hampir 2 tahun. Beberapa minggu lepas ahya baru ada checking untuk satu tahun 6 bulan, checking kesihatan yang takde kat malaysia. Salah satu kelebihan bagi anak2 yang membesar di Jepun ni ialah mereka akan sentiasa di perhatikan perkembangannya termasuk kesihatan kebolehan dan sebagainya. Layanan yang diterima seperti masyarakat Jepun biasa menunjukkan tiadanya sikap pilih kasih dalam perkhidmatan yang diberikan.

img_0059

Ahna dah banyak vocabulary dalam bahasa melayu dan jepun, dan mula menampilkan ciri2 sebagia anak sulung dalam keluarga. Kadang2 kami tergelak melihat bagaimana dia memujuk adiknya bila terjatuh atau menangis. Ada satu hari sambil mereka berdua main2 panjat2 dan ahya terjatuh dan menangis, terus ahna turun dan peluk adiknya, ” adik sakiiit?” kata ahna terus tepuk2 belakang adiknya :) Kadang2 bila nak tidur, dipanggil adiknya untuk tidur bersama dan adik ahya datang dan tidur atas riba kakaknya. Walaupun saiz dah lebih kurang sama, tapi kakak terus tepuk adiknya dengan kasih sayang sambil nashid “doi doi doi, adik nak tido..”. Ciri2 yang ada seperti namanya yang penyayang semakin jelas kelihatan alhamdulillah..

img_0022

Ahya pula yang cepat belajar dari kakaknya, makin petah berkata-kata, sampai kadang-kadang ummi babah pun tak faham apa yang mereka bicara :) Kalau tiba waktu makan contohnya, disuruh ambil surat khabar untuk jadikan alas, cepat ahya lari masuk bilik dan ambil dan hamparkan sebelum makan. Ahya juga suka gosok gigi dan basuh tangan guna sabun, “cabun cabun” mintak ahya untuk gunakan sabun sambil basuh tangan selepas makan ;) tengok je babah dan ummi gosok gigi, terus tepuk2 kita mintak berus gigi bersama kakak ahna..

img_0477

Anak2 memang mudah belajar dari apa yang kita laksanakan dan katakan dalam kehidupan seharian. Dari solat hingga ke makan, jika di ajar untuk sentiasa berdoa, mereka mudah untuk laksanakan sampai kadang2 tegur pula kita untuk berdoa dulu ;) .  Alhamdulillah atas penjagaan Allah terhadap jundi2 kami. Moga mereka kelak akan membesar menjadi anak2 yang solehah dan muslehah. Ameen  :)

Abu_S





happy birthday to ahya

25 08 2008

Harini 25 Ogos bersamaan dengan tarikh kelahiran ahya safiy (anak kedua kami). Genaplah setahun sudah ahya melihat dunia yang fana ni. Moga ahya akan selalu dalam lindungan Allah daripada syaitan yang direjam dan bakal menjadi mujahidah solehah(juga doa ummi dan babah buat kakak ahna)…ameen..

Kebetulan semalam ana dan suami ke Korakuen Garden piknik :P …tak sangka tarikhnya sama dengan tahun lepas pulak sewaktu kami jalan2 amik angin bersama rombongan natsu gathering dari tokyo… 24 Ogos…hehe…mulanya ana tak perasan tapi suami yang tiba2 ingatkan—-> memang pakar bab ingat tarikh ni :P

Saje ana tgk2 gambar lama masa ahya masih kecil. Besarnya dah anak ummi…

ahya sejurus lepas dilahirkan

5 hari setelah kelahiran

setelah hampir seminggu di hospital babah datang jemput ummi

aaa…ngantuknya… (summer)

mmm…selesanya (winter)

dah beberapa bulan dah time ni (spring)

keluar jln2 dengan babah, kakak dan mok (mok dtg jepun masa ni-haru)

ahya duk atas boyan mainan

ahya latest semalam 24 Ogos..dah ada gigi 2 batang, satu atas dan satu dibawah. Boleh memahami isyarat seperti “duduk”, “meh sini”, “nak…?”, bergerak bebas dan mula belajar berjalan… :)

ahya dan babah..sama tak muka kami..hehe

lokasi:korakuen, satu hari sebelum ahya lahir;)