Burger & Bread

12 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… :)

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia :D ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya :P
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. :)

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe :D boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup :) . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan ;) .





Hand Made Chicken Nugget

28 08 2008

Tinggal di luar negara ni buat kita teringin makan macam2. Bila dah teringin dan ada keinginan yang kuat ia pula pasti akan mendorong anggota badan dan akal kita untuk cuba memenuhinya. Inilah kot antara impak positif yang cukup menyenangkan :P .. Terbaru ana cuba buat nugget pulak. Ada 2 version yang ana try dan kedua2 sedap cuma caranya saja yang berbeza. Ana tunjuk yang first try dulu, sedap tapi a bit leceh utk org yang ada toddler cam ana nih :P …Yang pasti menu begini pasti disukai anak2 termasuklah yang masih belum tumbuh gigi untuk mengunyah seperti ahya. Bagi ibu2 yang mahu mengalirkan kasih sayang antunna melalui masakan kepada anak2, inilah masanya….hehehe…sambil2 duk membentuk nugget tu, bacalah doa pengikat kasih sayang dalam keluarga antum serta berzikirlah moga rezeki tersebut menambah keberkatan pada kita…

chicken nugget

sumber: my mind

bahan-bahan:

  • 700 gram ayam minced
  • 200 gram serbuk roti
  • 2 biji telur
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • telur dan serbuk roti for coating

cara-cara:

  1. campurkan ayam, telur, lada sulah dan garam serta gaul sebati. pastikan benar2 rata sebelum masukkan serbuk roti
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti dan uli hingga sebati
  3. bentuklah mengikut kegemaran antum nugget ini. kreatifkan bentuk2nya supaya anak2 antum lebih berminat untuk makan nanti… :P
  4. celupkan dalam telur yg dipukul sedikit kemudian coat dengan srbuk roti. Ulanglah hingga selesai.
  5. gorengkan dalam minyak yg sederhana panas dan elakkan dari terlalu garing kerana ia boleh menyebabkan nugget antum menjadi kering dan tidak juicy.
  6. simpan yang berlebihan dalam peti sejuk beku serta dijadikan sebagai frozen food. Nah antum dah boleh buat frozen food sendiri. Boleh goreng bila2 saja nak makan

selamat mencube…. :)





Ayam masak lada

21 08 2008

Hari ni nak kongsi menu lauk yang susah nak bikin tapi suami suka sangat. Hehe bukan susah nak buat, tapi susah nak dapat bahannya kat jepun nih. Bahan utama yang mana kalau tak tanam tak dapatnyalah hehe…Alahmdulillah atas sifat pengasihnya Allah Dia berikan kami rezeki berupa lada merah besar, bawang merah dll. Pemberian dari kak Ike jiran indonesia tingkat bawah. Kebetulan suaminya pulang ke indonesia ada conference kat sana jadi apa lagi ambil peluang shopping lah :P . Jazakillah buat kak Ike sekeluarga..

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam potong sederhana kecil
  • 10 biji lada/cili besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 5 batang serai dititik
  • garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
  • minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:

  1. Basuh ayam hingga bersih, lumurkan garam kunyit dan goreng hingga setengah masak
  2. Tumbuk bersama lada, bawang putih dan merah, halia, lengkuas. Ana blend je seme takde lesung batu kat sini :)
  3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga pecah minyak dan berbau harum. Setelah itu boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  4. Kacau rata kemudian masukkanlah serai yg telah dititik bersama dengan sedikit garam dan gula. Perasakan ikut kegemaran antum.
  5. Biarkan ayam dalam kuali dengan api yang perlahan dan ditutup kualinya. Ini supaya rasa serai dapat meresap dalam ayam tu tadi. Sekiranya antum suka berkuah buleh masukkan sedikit air tapi tak perlu banyak sangat kerana ayam ni sesuai kering daripada berkuah. cukup sekadar mengelakkan ia dari hangit sahaja.

Inilah yang terakhir ana masak ayam ni kat sini kot. Sebab bawang kecik n lada besar dah abis… :(