warkah buatmu…

3 02 2009

Happy belated birthday buatmu sayang…

Moga hari2 yang mendatang membawa 1001 rahmat yang sentiasa disyukuri. Menambah iman dan amal bersulam taqwa yang berpanjangan terhadap Rabbmu yang kau kasihi.Menjadi insan,anak, suami, babah serta hamba yang soleh wa musleh, penerang dan sinar buat kami menelusuri kehidupan sementara ini. Semoga segala urusanmu dipermudahkan lagi dilancarkan Allah swt…ameen..

kek abang

Abang,

Kira-kira 3 tahun hidup bersama, banyak yang dapat Siti belajar darimu. Terutama sikap abang yang lemah lembut lagi tenang. Sabar dan sentiasa cuba memahami. Sungguhpun sibuk di lab abang tetap sanggup luangkan masa bantu Siti jaga permata2 hati kita. Berat dan banyak sekalipun urusan yang abang perlu buat, jika rasa ada yang memerlukan tentu abang usahakan untuk bantu…

Kadang2 Siti rasa sayu dengan sifat sabarmu. Atas tindakan teman2 yang kadang tidak matang. insan2 yang tidak mengenal erti hormat serta individu2 yang mementingkan diri. Abang jarang melatah…tenang…malah sentiasa merendahkan diri. Yang nyata abang semampu mungkin sentiasa cuba membuat orang senang dengan sikapmu..

Namun,

KITA tahu jalan ini tidak mudah. Kerana bukan dunia yang kita cari. KITA tidak melangkah demi mengejar debu2 yang bertebaran. Kita tidak berlari demi sehampar tanah yang bakal sirna. KITA tidak berlumba demi menggapai awan biru yang melangit tinggi. Kita tahu matlamat kita. Tanggungjawab kita.

Kita pernah melalui detik2 sukar dengan taklifan ini. Abang tahu ada yang mencoret di blog mereka tentang kita. Abang juga tahu insan2 yang mencemuh kita. Tetapi abang tak pernah membalas. Layananmu sama..seperti mula2 dikenali. Tapi kadang2 jauh disudut hati Siti bangga kerana usaha kita tidak sia2. Ada perubahan di sini..ada sinar yang semakin menerangi bumi ini…ada jiwa yang semakin hidup dengan NurNya…Semua itu atas kurniaan Allah pada bumi ini…mungkin bukan atas usaha kita yang kerdil… kan sayang…

Kini,

Kematangan abang makin terserlah. Sentiasa sikap dan sifatmu kami kagumi. meniti usiamu yang semakin dewasa, moga dikau senantiasa berada dalam rahmat Allah. Moga setiap amal kita membawa keberkahan yang berpanjangan…moga kita dijauhkan dari sifat WAHN (cinta dunia dan takut mati)

Terima kasih kerana menjadi zaujku..

ahabbakallah min ajlihi ahbabtani..

siti mariam, ahna safiy, ahya safiy

okayama, japan.





Hari Lahir Macik Hajar dan kenduri Macik Ina

2 07 2008

Alhamdulillah hari sabtu lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran adik sehalaqah, Hajar. Orang yang manis, ceria dan suka tersenyum. Hajar gemar membantu ana :) kadang2 tolong tengokkan dan jagakan ahya dan ahna. Mungkin kerana biasa bermain dengan si kecil membuatkannya tidak kekok melayan jundi2 ana. Ana senang dengan perwatakan yang penyabar dan bersopan dengan kanak2, insyaAllah menjadi panduan juga buat ana melayan keletah cahaya mata ini.

Bersamaan 28 hb Jun lepas genaplah umur hajar 23 tahun..heheh dah berumur dah hajar ni ;) kata hajar ada beberapa adik2 yang turut menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan yang sama. Terdahulu zahira juga menyambut besday. maaf ye akak tak datang ke fracasso…berhalangan waktu itu..gomen..

pada 29 hb iaitu keesokan harinya pula Ina buat kenduri di rumahnya. Jadi ana bawakan kek buat hajar semasa menghadiri kenduri ina. serba sedikit dari ana sekeluarga buatnya. harap hajar suka. Seronok main deco2 ni rupanya :P ..

first time makan ceri fresh masa hias kek tu. Subhanallah sedap yang fresh ni…hehe kadang2 teringat masa kanak2 makan buah ‘ceri malaysia’.. kecil je, pastu rasanya berbiji2..kadang2 terfikir juga, betul ke buah ceri ni? hehe…

oklah itu sahaja sedikit sebanyak acara kami pada hujung minggu lepas..