***kiwi***

24 06 2008

Berada di bumi nihon ni memberikan seribu satu pengalaman yang menarik. Benarlah bahawa di mana kita berpijak di situlah bumi bertuah, menandakan bahawa berkah Allah terhadap alam milikNya..betapa rezeki yang diberikanNya itu banyak dan luas, seluas alam maya pada…moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur padaNya dan menambah iman, amal dan taqwa sebelum kita bertemuNya suatu masa nanti..ameen..

Sikit ana nak kongsikan bersama antum, buah kegemaran ana ketika ni :) .. subhanallah, sedap rasanya. Kaya dengan vitamin C. InsyaAllah baik untuk kesihatan hehe..

kiwi gold

yang ni dah siap nak makan ;)

Di sini buah-buahan ikut musim macam Malaysia juga. Nanti musim panas akan ada satu buah sedap juga.InsyaAllah tiba masa nanti ana perkenalkan juga pada antum. Kiwi Gold ni tak besar sangat, macam saiz kiwi biasa cuma dia lonjong sikit je..hmmm harga sebiji dalam 90 yen gurai = lebih kurang RM 2.70 (huhu dekat sama dengan harga baru minyak kat tanah airku)

itu je kot tentang buah kiwi ni. Afwanlah…tak tahu apa nama dia dalam nihonggo ;) nanti kalau tahu ana maklumkan. ..