Ramadhan mulia yang semakin hampir ini mungkin ramai yang terfikir2 apa menu nak buat bila time nak berbuka nanti. Tapi mungkin bagi teman2 yang berada di malaysia tak perlu runsing memikirkannya kerana mudah didapati dan boleh di beli di mana2. Namun bagi kami diperantauan kenalah perah idea ni kalau nak makan hehehe
.
Dengarnya barang kat malaysia dah naik… Makanan juga dah semakin mahal sekarang. Jadi bagi antunna yang berkelapangan dan ingin berjimat apa kata kita cuba buat sendiri pulak. Mari menambah kasih sayang dalam keluarga , dIsamping kita giat menyusun strategi amalan dan pencapaian ruhiyah peribadi…. nak?
cendol
bahan-bahan: (6-7 orang)
- 2 cawan tepung beras
- 6 cawan air/ air pandan
- 3 sudu kecil air kapur
- sedikit garam
- perasa pandan & pewarna hijau – bg yg tiada air pandan
cara-cara:
1. Campurkan keseluruhan bahan2 dan kacau sebati
2. Masak di atas dapur dengan api perlahan dan sentiasa di kacau
3. Sementara menunggu adunan memekat, sediakan tempat dan peralatan untuk menekan adunan menjadi bentuk2 seperti cendol. Acuan berlubang di atas dan bekas berisi air sejuk di bawahnya
4. Rupa adunan yang telah sedia untuk ditekan adalah seperti ini
5. Ambil beberapa senduk dan mulalah menekan pada acuan berlubang tadi
6. Inilah rupa cendol yang terhasil. Hehe..cendol ana ni debab2 sikit rupanya..
7. Setelah siap, sebaiknya dibungkus dalam plastik bersama dengan airnya sekali dan disejukkan dalam peti ais sementara menunggu waktu nak makan. Tapi kalau nak makan terus pun buleh cuma bimbang tak berapa pejal lagi..









KOMEN TERBARU