Musafir ke Nagoya final day

10 11 2008

Hari ketiga di nagoya, kami check out lewat sikit. Sepatutnya jam 10 tapi lewat setengah jam. Kalau lewat lagi kena tambah another 10% of charged. Pagi tu sarapan roti sandwich yang husband  prepared. Lepas siap berkemas semua kami kemudian di jemput oleh saudara Emran suami kepada kak yus yang juga staf UTM. Kak Yus sambung phD di nagoya Universiti juga manakala husbandnya ikut menemani dan maybe akan sambung kerjanya di sini sikit masa lagi.

Anak2 kak Yus ada 3 orang. 2 lelaki 1 perempuan. Mula2 nya ahna macam ambil masa jugalah nak berkawan, tapi akhirnya makin mesra pulak mereka. Hehe…kecik2 je tau kawan budak lelaki beso2 tak buleh :P

zoo nagoya

bersama keluarga Kak Yus

Lepas luch rumah Kak Yus mereka bawa kami melawat Zoo yang terletak berhampiran rumahnya. Banyak sangat haiwan2 menarik kat sana. Nanti tgk gambar kat Fs ye. Selain itu sekarang kn musim autumn jadi banyaklah dedaun yang berwarna warni dapat dilihat di sini.

kouyou in nagoya

gambar ni ambil masa naik tren kat dalam kawasan zoo tu…tanoshikatta! :D

zoo nagoya

time ni nak balik dah, bergambar diluar pintu masuk zoo

Tinggal di Nagoya ni menurut kata family Kak Yus & Kak Lin mudah, sebab banyak kedai halan yang buleh makan. Bahan mentah yang halal pun senang dapat dan dekat kedainya. Jauh di sudut hati jeles je dengar hikhik..  :P InsyaAllah ada masa nak berkunjung lagi ke sini. Terima kasih tak terhingga buat 2 buah keluarga UTM yang sudi melayan kami sewaktu berada di Nagoya. Maaf atas segala kekhilafan ketika kita bersama. Kami amat gembira dan terharu dengan kesudian mereka meluangkan masa yang begitu banyak buat kami. Iro iro arigatou…ada rezeki jumpa lagi ye..datanglah Okayama plk ye Kak Lin & Kak Yus…

shinkansen

kakak dan adik dalam Shinkansen (bullet train)

Malam tu kira jam 7.35 malam kami bertolak dari eki Nagoya pulang ke Okayama. Alhamdulillah mudah perjalanan kami. Malam tu dinner kebab yang sempat ditapau sebelum ke eki…oishikatta desu!! sedap~ :)

p/s – pada para pegunjung dan teman yang budiman bolehlah ke Fs kami utk melihat gambar yang sempat menjadi memori kami bersama. InsyaAllah ana sedang upload. Proses bergantung kepada kelajuan internet. Banyak nak upload nih…hehe tunggu ye…