Musafir ke Nagoya day 1

8 11 2008

Hari ni bermulalah permusafiran kami satu keluarga ke Nagoya. Salah satu ken (negeri kanaa..) yang terdapat di Jepun ni. Perjalanan dengan menaiki shinkansen mengambil masa kira2 1 jam 45 minit. Bertolak dari jam 2.15 dan sampai kira2 jam 4 petang. Tentu ramai yang tertanya tujuan kami ke sini kan. Hehe… :D …ana cam biasalah tidaklah mempunyai urusan yang besar di sini melainkan suami ana je lah..

Untuk pengetahuan, akhi ada conference esok, (Sabtu) bertempat di Nagoya University. Kebetulan ada temannya yang bt phD di situ dan turut sama menyertai conference ni. Masa kt UTM dulu duk sebelah menyebelah je ofisnya.  Ana plk bercadang nak jumpa isterinya yang akan bersalin tak lama lagi di sini. Mungkin dapat share dan kongsi pengalaman bersalin nanti. Kalau untuk tatapan umum pula insyaAllah ana usahakan untuk kongsi secara maya sikit masa lagi—>trust me…alhamdulillah, its very interesting.

Get back to the story :D … SEtelah sampai sini kami perlu naik satu densha lagi utk sampai ke hotel yang di tempah. Tapi tak lama satu perhentian je. Cuma nak menukar ke densha tu n beli tiket then bergelak naik turun tangga tu mencabar jugalah since we bring our 2 adorable daughter together :P and the hand luggage. Masa nak beli tiket dgn mesin tu, akhi macam confius jgklah sebab nak choose the location just by looking at the mechine huhu… Tiba2 ada seorang nihonjin yg turut sama beli tiket sebelah perasan. Pastu dia tanyalah apa yg blh dibantu, dia tahu kot kami ni gaijin sebab tgk ana pakai tudung. Mulanya lepas dia tlg belikan tiket tu dia terus pergi ke densha dia tapi rupa2nya dia datang balik pastu kata nak tunjukkn jalan. Kami pun dengan rasa yang amat bersyukur pun….`onegaitashimasu` lah…hihi :

Perjalanan nak menuju ke densha tu penat gak…mulanya ana dukung ahya yang tertido tu pastu akhi amik sebab dia kesian tgk ana cam berat je… (huhu ahya berat lah sayang 10 kg lebih) Then ana tukar pimpin kak ahna berjalan. Naik turun tangga kadang2 ahna lambat. Last2 dukung gak lah :P . Yang nihonjin tu ah….antum tau2 jelah laju nye dia jalan. Lagi2 org kat kaw bandar lagi lah express.

Dipendekkan cerita kami pun sampai dan keluar dari eki tu dengan boleh tahan jugalah lelahnya hihi. Alhamdulillah akhi bawa peta hotel. Nihonjin ni dengan baik hatinya lagi bawa kami sampailah depan hotel tu. Ingat dekat nk berjalan, huuuu~ jauh…tapi tak pe, insyaAllah memberikan kami kesihatan yang baik. Sampai je hotel, ana pun amikla gambar akhi dengan nihonjin tu.

Alhamdulillah pertama sebab Allah hadirkan lelaki jepun tu as pembantu kami dengan izinnya.  Kedua sebab Allah mudahkan lisan akhi utk bertutur nihonggo dan berkomunikasi dengannya.  Ketiga sebab atas segala kesulitan dan kesusahan akhirnya kami tiba juga dan dengan selesa ke tempat penginapan. Maha Suci Allah segala puji, syukur dan keampunan hanya padaNya kita pohon.

wif suzuki san

babah to shinsetsu na Suzuki san

Malam tu after take a rest for a few hours, kami keluar jalan2 sambil cari2 kedai makan. Alhamdulillah dengan ada peta sangat memudahkan kami utk trace mana2 lokasi yang dikehendaki. Kebetulan hotel terletak agak ke tengah bandar jadi ia dilingkari dengan pelbagai kemudahan. Jadi as our dinner malam tu kami makan  kishimen udon. Macam udon yang pernah ana perkenalkan sebelum ni tapi dia lebih nipis dan lebar ala2 kue tiaw gitu.

kishimen udon

kishimen udon with tempura—> mine :P

kishimen udon

kishimen udon with vege & salad —> akhi punya

Lepas makan kami jalan2 sekitar hotel lepas tu habiskan masa dengan berehat. Akhi pula sibuk prepare presention utk keesokan harinya. Lewat juga lah tidur malamnya tu. Anak2 pun sama, mungkin terasa berada ditempat yang baru kot hehe :D sebenarnya banyak gambar yang kami ambil tapi tak muatlah nak masuk sini seme. Ana insyaAllah upload dlm fs atau flickr nanti. Nak upload la ni cam tak berapa buleh je sebab internet kat hotel ni lambat sikit berbanding kat rumah.

Hait…gitu dulu insyaAllah lepas ni menyusul berita seterusnya :)





Jalan2 bersama ahna wa ahya

4 11 2008

Petang tadi kebetulan ada adik datang rumah.  Saje ziarah lepas dia habis kelas. Teringat ana tertinggal basikal masa pergi buat projek karipap untuk kurosawa san punya matsuri (perayaan). Ana nak balik masa tu dah gelap, jadi akhi pun datang amik dengan kereta je kebetulan masa tu nak keluar cari barang… maka tertinggallah jitensha ana yang ada tempat duduk kakak dan adik.

Sekalian, nak pi amik barang2 yang turut tertinggal kat sana tu, kami berempat berjalanlah kaki menuju ke rumah macik Naziha ni. Sepanjang perjalanan sekitar 5- 10 minit tu, saje ana amik gambar2 yang di rasakan menarik mata ni…

hana

bunga apa ye ni? gomen…ana pun tak tau, yang pasti cantik bangat :D

hana

di sebalik kemerahan, terselit kesucian yang putih bersih…kirei desu ne..

hana

macam2 warna ada..

hana

yang ni warna nya pucat sikit, kelopak pun lain sikit

hana

mawar putih..

ahna & naziha

kakak & macik naziha on the way…

rumah naziha

nilah rumah macik naziha…penuh dengan ciri kejepunan kan…

ahna&ahya

hurm~…kakak dan adik main pasir lah pulak masa tunggu ummi amik beskal..

Tulah serba sedikit xtvt kami bersama petang tadi. Omoshiroi… InsyaAllah lepas ni ummi practise lagi bawak adik dan kakak naik beskal jalan2 ye… :P





Jom tengok padi kat Jepun

25 10 2008

Mase ni kami pi umah zakiah and husband untuk open house depa. Depan je umah tu ada sawah padi yang menguning. Betul2 tepi jalan. Mula2 sampai sini dulu memang rasa cam Subhanallah…menarik betul…tepi jalan2 besar tu biasa je ade sawah padi. Kat sini asal ada tanah je depa tanam padi. Kat kawasan umah ana ni pun banyak bendang2 padi walaupun bukanlah kawasan perkampungan.. huu~…

pokok padi

saujana mata memandang

bile boleh tuai ni???

gambar bersama :)

Info tentang beras jepun ni ana tak berapa ada maklumat sangat. Sebab tak berapa minat makan beras jepun. Satunya sebab dia mahal… :P hehe … tapi sebenarnya sebab rasa lainlah…tak kena bila makan dengan lauk pauk malaysia. Kalau nak makan dengan lauk pauk dia memang best. Kat umah ada beras jepun tapi x selau masak. Gune bila rasa nk makan style jepun je.. Ini pun, skill masakan sini masih tak belajar lagi. Usahkan nak asah, nak start pun belum :D . InsyaAllah sedang ke arah itu.  Baru merisik2 resipi jepun la ni ;)