Kak Na dik Ya

15 03 2009

Salam semua,

Maaf agak sibuk kebelakangan ini, menguruskan sesuatu, insyaallah hasilnya akan dipaparkan dalam masa terdekat.

Hari demi hari masa berlalu, melihat telatah anak2 yang semakin membesar. Ahna dah hampir masuk 3 tahun dan ahya pula hampir 2 tahun. Beberapa minggu lepas ahya baru ada checking untuk satu tahun 6 bulan, checking kesihatan yang takde kat malaysia. Salah satu kelebihan bagi anak2 yang membesar di Jepun ni ialah mereka akan sentiasa di perhatikan perkembangannya termasuk kesihatan kebolehan dan sebagainya. Layanan yang diterima seperti masyarakat Jepun biasa menunjukkan tiadanya sikap pilih kasih dalam perkhidmatan yang diberikan.

img_0059

Ahna dah banyak vocabulary dalam bahasa melayu dan jepun, dan mula menampilkan ciri2 sebagia anak sulung dalam keluarga. Kadang2 kami tergelak melihat bagaimana dia memujuk adiknya bila terjatuh atau menangis. Ada satu hari sambil mereka berdua main2 panjat2 dan ahya terjatuh dan menangis, terus ahna turun dan peluk adiknya, ” adik sakiiit?” kata ahna terus tepuk2 belakang adiknya :) Kadang2 bila nak tidur, dipanggil adiknya untuk tidur bersama dan adik ahya datang dan tidur atas riba kakaknya. Walaupun saiz dah lebih kurang sama, tapi kakak terus tepuk adiknya dengan kasih sayang sambil nashid “doi doi doi, adik nak tido..”. Ciri2 yang ada seperti namanya yang penyayang semakin jelas kelihatan alhamdulillah..

img_0022

Ahya pula yang cepat belajar dari kakaknya, makin petah berkata-kata, sampai kadang-kadang ummi babah pun tak faham apa yang mereka bicara :) Kalau tiba waktu makan contohnya, disuruh ambil surat khabar untuk jadikan alas, cepat ahya lari masuk bilik dan ambil dan hamparkan sebelum makan. Ahya juga suka gosok gigi dan basuh tangan guna sabun, “cabun cabun” mintak ahya untuk gunakan sabun sambil basuh tangan selepas makan ;) tengok je babah dan ummi gosok gigi, terus tepuk2 kita mintak berus gigi bersama kakak ahna..

img_0477

Anak2 memang mudah belajar dari apa yang kita laksanakan dan katakan dalam kehidupan seharian. Dari solat hingga ke makan, jika di ajar untuk sentiasa berdoa, mereka mudah untuk laksanakan sampai kadang2 tegur pula kita untuk berdoa dulu ;) .  Alhamdulillah atas penjagaan Allah terhadap jundi2 kami. Moga mereka kelak akan membesar menjadi anak2 yang solehah dan muslehah. Ameen  :)

Abu_S





What my daughters doing during my baking time?

16 12 2008

Jom tgk apa Ahna wa Ahya bikin masa ana sibuk di dapur ;) . Di tambah pula dengan suhu yang semakin dingin ni.

ahna wa ahya dalam selimut

khusyuknya mereka berdua ni…buat pe tu? dalam selimut lagi ni – early in the morning..look at their eyes :P

ahna wa ahya tgk katun

~ohho~ tgk tv rupanya – persiapan rapi lengkap dengan selimut dan heater ketika menonton ;)

ahna wa ahya menonton

watching in their  playroom

Inilah serba sedikit tentang anak2 kami. Awal2 pagi memang bagus rancangan kanak2 untuk mereka tonton. Sekiranya nanti mereka ada rezeki ke hoikuen mungkin xtvt mereka lebih banyak dan teratur. Moga Allah permudahkan urusan permohonan hoikuen mereka,  insyaAllah..





Qurratu A’yun

29 10 2008

Rabbana hablana min azwaajina, wadzhurriyyatina qurratu a’yun, waja ‘alna lil muttaqiina imaama… Inilah antara doa yang baik kita amalkan samada kita belum berumah tangga mahupun sudah mempunyai cahaya mata. Ia menyampaikan mesej yang jelas pada Tuhan yang Maha Agung akan pengharapan kita terhadap keluarga serta zuriat yang bakal kita bina kelak.

seperti itu jugalah ana mengharapkan pembinaan anak yang soleh wa musleh dengan akhlak yang terpuji serta akidah yang benar disisiNya agar kelak membuahkan keimanan yang mantap serta taqwa yang subur padaNya. Moga Allah memelihara iman dan taqwaku, suamiku serta anak2 kami…ameen..

Buat tatapan antum semua, ni gambar ahna latest. Suka ana tgk gmbr ni. Masa ni ana nk solat pastu ajak ahna sekali. Pakaikan dia tudung labuh ana yang besar tu…hihi :D suke betul dia sampai masa main2 pun nak jugak pakai tudung tu. So sekarang kalau ajak solat selalu dia cari2 tudungnya. Pastu bila ummi baru je angkat takbir kakak dah pun sujud lame tak bangun2…solat sendiri anak ummi ni ye ;)

kakak kyusyuk je hihi…

masa ni kakak ngomel2 sebab adik duk tempat dia nak sujud. macam2 dia ckp tapi ummi je yang tak faham :P

ummi dah siap solat :)

Ahya pun alhamdulillah dah cepat dan faham byk benda sekarang. dia lah yang paling awal tadah tangan bila babah selesai wirid lepas solat…baca doa lah tu…pandainya ahya. Kadang2 adik pun sama ikut solat. Samalah cam kakak dia …awal2 berdiri tu tak semena2 terus sujud…hmm~anak2 ummi babah jadi anak solehah ye sayang…jangan tinggal solat…Allah marah…jaga akhlak, jaga peribadi, jaga tingkah laku, moga menjadi penyejuk mata ummi dan babah….ameen ya rabbal alameen





Nak tengok ahna wa ahya?

7 10 2008

Bila dah lama tak update nih semua benda rasa tak berkembang hihi :P . Antara yang sentiasa melalui proses perkembangan yang cepat dan pantas termasuklah putri2 solehah harapan kami ni Ahna Safiy dan Ahya Safiy. Sekarang Ahya dan mula nak berkawan dan siapalah lagi her bestfriend kalau bukan kak Ahna dia. Kadang2 kak Ahna takmo layan sangat adik sebab maybe dia rasa adik ni kecik sangat pastu tak aktif cam dia hehe..tapi bila dah asyik terperuk kat rumah ni siapa lagilah yang dia nak bawa bermain kalau bukan adiknya yang suke tersenyum nampak gigi tu :P

Anak2 sekarang ni suke betul aim barang2 dapur ana. ish…. kadang tak terlarat nak kemas pinggan mangkuk yang jadi barang mainan depa. So, sekarang ni kabinet dan pintu dah banyak yang ber’lock’ hehe….. langkah pencegahan yang cepat dan mudah. Ahya kalau lepa sikit dia pi kabinet dapur then buat keluar mixer, ramekin, cawan, pinggan, sudu,…etc then main ketuk2…seronoknya dia, hehe kite jelah yang tahan telinga mendengarnya.. anak…anak…moga jadi solehah besar nanti ye anak2 ummi babah :)

Ana  share gambar mereka yang terbaru buat tatapan antum semua.

ahna masa main dengan beberapa nihonjin

ahna suke pakai tudung—> teka tudung sape tu?  :P

ahya pun sama suke tudung—> tuala pun jadi :D

dah pandai berdikari dah…

Tu jelah serba sedikit. Banyak2 gambar nanti orang bosan pulak. hehe…





ahna dan ahya

5 08 2008

salam semua, semoga dalam keadaan sehat walafiat, tahniah semua kepada yang dah abis exam di jepun..bagi adinda afif yang ada last exam esok, gambatte kudasai..selamat bercuti bagi yang dah bercuti..selamat menggunakan masa dengan baik..jumpa di Oita 13-15hb ni nanti bagi yang ke IPK..insyaallah:)

bagi keluarga di malaysia, selamat harijadi diucapkan pada adinda fahmi berharijadi 23 julai lalu dan fadhli yang berharijadi esok 5 hb ogos. Selamat berpindah buat keluarga terchenta ke kajang insyaallah 15 hb ni, takdapat kami nak nolong, ni dah kali ke berapa pindah pun dah tak tau dah, dulu2 ingatkan shah alam yang terakhir, tapi rezki nak ke kajang pulak..semuanya dah dirancang allah swt. sikit sebanyak kami paparkan gambar ahna dan ahya terbaru:)

ni gambar ahya dan ahna di rumah musim2 panas, dah besar dah dua2 orang, ahya insyaallah setahun 25hb ni dan kakak ahna dah 2 tahun lebih.

ahya senyum, gigi seputung..nampak tak?hehe

Ahna : “ahya ni comey la, gigi seputung, rambut dua cotek, pipi tembam”

Ahya : “eee, kak pun shameee, gigi je banyak shikit”

sama kan muka kami, saya tembam sikit je, kata ahya pada kakaknya

berat juga kepala kakak ni..hua hua

insyaallah berjumpa lagi, salam sayang dari kami sekeluarga..semoga hidup kita sentiasa diberkati allah swt.salam rindu dari kami

12.30pm 04/08/08

athif no kazoku,

okayama, japan.





aktiviti Ahna dan Ahya

19 06 2008

mungkin ramai yang tertanya-tanya apa aktiviti ahna dan ahya setiap hari, emm babah ngan ummi pun tak pasti apa nak bagitahu. Pagi2 lagi ahna biasanya bangun mintak susu OHAYO, ahya pulak kalau terjaga terus duduk—> dah pandai duduklah katakan :) . Bila babah dah nak ke University kadang2 mandi sama2 dengan anak2. Pastu bila babah dah pegi University (Daigaku dalam Nihonggo), ahna dan ahya duduk ngan ummi kat umah samada :

1. Mandi ngan ummi

2. Main buaian

3. Main conteng2

4. Main kemas2 aka sepah2

5. Main dua orang

6. Tidur lepas penat main

7. Main makan2

8. Tolong ummi masak2 kat dapur

Dah ada 2 orang anak, kadang2 yang sorang jeles ngan yang sorang lagi tu biasa, insyaAllah perhatian untuk anak2 perlu dibagi sama rata supaya mereka rasa dikasihi dan di sayangi selalu. Sebenarnya perlu sangat sebagai ibu bapa untuk memahami psikologi anak2.. ana sendiri kadang2 rasa sangat kurang ilmu berkaitan perkara ini. Ahna sekarang cepat terasa hati kalau ummi selalu pegang adik..kalau cuba nak manjakan dia dan dodoikan dia yang syahdu2 sikit, mulalah ahna nangis huhu… sadisnya jiwa anak perempuanku ini…mungkinkah ahna teringat zaman babynya dahulu dimana hanya dia yang berada dipangkuan ummi…

Ape pun sekarang ana juga seimbangkan semampu mungkin. Mungkin juga ahna masih belum faham bahwa adiknya perlu lebih perhatian. Tambahan pula masih belum mampu berjalan, jadi perlu selalu digendong kemana-mana. Dan yang paling penting dan tepat tentulah kebergantungan kita pada Allah swt. Ya Allah, padaMulah aku sembah dan memohon pertolongan, moga kau berikan petunjuk untuk membesarkan jundi2 ku agar mereka menjadi insan yang soleh dan musleh lagi beriman dan bertaqwa hanya padaMu…hanyalah padaMu yang satu….ameen

ini serba sedikit gambar jundi2 ana yang sibuk dengan xtvt masing2 di rumah…:P

gambar ahya yang terbaru, duk bersimpuh, rambutnya lebat dah boleh tocang dua

ni kak ahna, rambut kakak jarang tapi panjang dah buleh ikat jugak

hehe ni dia 2 beradik sekawan…sama tak muka kami?

kat umah ada panjat2 dan gelongsor. inilah permainan ahna dah ahya di rumah…

ahya duk atas buai

ahna dan ahya main panjat2