Tuna & Curry Puff

24 11 2008

Bila buka freezer selalu ternampak puff pastry yang di beli tak lama dulu. Masa jumpa dulu terus beli walaupun dalam fikiran masih belum jelas nak bikin apa dengan pastry tu.  Tapi bila tengok dalam deep freezer plk ternampak inti karipap  yang berlebihan masa buat karipap frozen dulu. Hmm~ bukak dalam kabinet pulak nampak tuna yang dalam tin tu cantik tersusun tin2nya.. :D ….Aaaaa cam dah berlegar2 dalam kepala. Hihi ni projek untuk lunch ni sebenarnya. Masak ala kadar sebab malam kena niaga nasi siang2 tak boleh makan berat nanti badan pun jadi berat :P .

Dengan menggunakan 3 keping kulit pastry tu ana potong menjadi 12 keping pastry kecil. Pastu isi inti tuna dan inti karipap. Tuna tu ana guna yang dalam tin je campur sama bawang besar, lada sulah dan mayonis. Isikanlah pastry anda dengan filling yang disukai.  Tekan2 sekeliling dengan garfu agar bercantum dan bakarlah macam biasa. Suhu dia tinggi sikit dalam 230 degree untuk dalam 25 minit lebih kurang. Resipi ana tak sertakanlah sebab mudah sangat.  :P

puff

Tuna & curry puff dengan bentuk yang pelbagai, ada segitiga, segi4sama & segi4tepat :P

Rangup sekali puff ni. Antum boleh isi dengan apa sahaja filling kegemaran termasuklah dengan sesuatu yang manis2 atau sebaliknya.  Kalau kat malaysia jenama KAWAN yang terkenal ye. Bagi yang berminat bolehlah mencuba sebagai breakfast anda di pagi hari mahupun untuk minum petang :)