~western sikit~

5 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim…

Mengambil semangat mengurangkan makan nasi dek kerana stok beras siam dah xde kat Jepun nih :D , kami sekeluarga terpaksalah mempelbagaikan menu harian. Kadang2 makan nasi, kadang2 makan roti, kadang2 makan mee…hehe :)

Ni nak share menu western sikit. Alhamdulilah kenyang tapi tak melampau sangat. InsyaAllah juga lebih sihat sebab masak gune olive oil then bakar saje.

western lunch

Lemon rosemary chicken with mushroom soup, Challah & slice bread- emm tersopak sikit ayamnye..kemana lah hilang tu :D

challah

Challah – kredit to Norzakiah :) the one who made it! :)

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Dirujuk di sini

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 – letak lebih
2 biji tomato -
1 carrot
1 biji bawang besar dibelah 4
sedikit madu
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar,carrot dan tomato.
  4. Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan  carrot ke dalam ayam tadi.Boleh juga cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
  6. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
    Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Hidangkan..bersama mashroom soup dan roti kegemaran

Mushroom soup ala pizza
Sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

Untuk resipi Challah tu dalam eigo. Itupun ana rujuk kat fp Norzakiah aka Zek. Bagi yang berminat boleh rujuk sini ye.

Alhamdulillah suatu kombinasi yang best untuk ketiga2 nya. if rasa x cukup masa nak buat semua on time, buleh je beli roti slice tuk makan dengan soup dan ayam tu. But ana susume pada sesiapa yang nak tukar selera ke, trylah…insyaAllah enak bangat :)






Ichigo Gari

18 01 2009

Sekarang sudah bermula ichigo gari rupanya. Dulu2 ingatkan masa musim bunga baru start tapi bila akhi call rupanya dah bermula dan berakhir bila hujung musim bunga nanti…naruhodo… :)

ichigo

gambar yang beli…

Walaupun kedinginan pergi juga sekali ke sana. Lokasi terletak berhampiran Okayama Airport. Ramai juga orang yang datang tapi mostly nihonjin lah. kami je family gaijin (orang asing) kat sana. Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu kalau nak makan ichigo ni selalu beli je kat market. Untuk bilangan tak sampai 20 biji harga dia dalam RM 15- 25 (¥300-500) .  sebab dapat makan sikit kami pun decide pergi ke sana. Seorang masuk kena bayar RM 75 (¥ 1500)then makanlah sebanyak mana yang nak selama 40 minit gurai. Alhamdulillah puaslah rasa. Dah balik dari inchigo gari ni takdelah rasa nak makan lagi stoberi :P

Ana x sempat ambil gambar dlm kawasan penanaman tu. Sebab nak kejar masa hihi :P   lagi pulak berkecah sikit sebab kena pegang bekas yang ada susu pekat (buat cicah) …belengas sikit tangannya.  So just share gambar yg ada saje ye.

ahya ichigo

hai…saya suke sangat makan buah ni. kalau bagi sebiji kat saya tiba2 je nanti hilang masuk mulut…hikhik :D





Makan2 di kala natsu

29 07 2008

Semalam buat pertama kalinya berada di sini, hujan turun di kala panas yang membahang. Setelah itu alam menjadi nyaman hinggalah ke pagi ini. Sejurus sahaja sebelum memulakan penulisan ini, barulah air-cond di buka kerana baru terasa sedikit bahang musim panas di bumi nihon ini. Pulang sahaja suami ke rumah semalam hujan ais yang turun katanya….Subhanallah, terkejut juga di hati. Dalam kepanasan yang begitu menguji tiba2 Allah turunkan ais2 kecil dipermukaan bumi… Maha suci Allah sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendaknya.

Saja ana nak share kat sini menu family kami time2 panas ni. Juga buat ibu2 yang memiliki si comel yamg sudah pandai mamam.. dan suka masuk mulut apa2 je yg di jumpai di lantai —> ahya le ni :P . Sebenarnya pertamanya mestilah kita kena selalu bersihkan rumah terutama lantai atau karpet. Seterusnya pula sediakan cemilan atau makanan yang sesuai dengannya yang boleh dia pegang dan yang penting kalau jatuh ke sepah ke mudah untuk kita bersihkan. Betul tak? hehe…sebab sat gi kalau susah bersihkan kotorannya nanti kalau dia jumpa semula yg dah kotor tu , dia masuk mulut …mmmm x elok…

cendol

Alhamdulillah dengan stok tepung beras kiriman dari Malaysia, dapat juga buat cendol kat sini. Manakala sagunya pula boleh dibeli di sini. hehe…untuk cendol yang lebih segar dan sihat, kami makan dengan susu segar, cecair gula merah dan sagu yang pelbagai warna :)

roti kentang..khas buat ahna-ahya

Roti ni buat beberapa hari lepas. Roti biasa tapi ditambah kentang untuk tekstur yang lebih gebu, lembut dan harum. Untuk touch-up tu just pipekan tepung kastad yang di campur air then bakar seperti biasa. Keesokannya buat bun kacang merah tapi tak ambil pulak gambarnya. Maaf ana tak sertakan resepinya. Kalau antum mahu just maklumkan, nanti ana bagi ye…

sushi

hihi….ini sushi kedai mari… saja ajak akhi pergi makan sushi aritu. then snap gambar sikit. Masih belum berminat untuk cuba buat sushi lagi..mmmm mungkin sebab tak berapa suka sangat kot. Tambahan pula yang boleh makan banyak dan tak perlu memilih jadi tak rasa urgent nak belajar buat :P

momo a.k.a peach

ha…ingat tak sebelum ni cerita tentang buah kiwi. Pastu cakap nak cerita buah yang best masa musim panas kat sini? Inilah buahnya…masa sedang mengandungkan ahya dahulu, teringat akhi pernah buat part time kerja petik buah ni. Dapatlah rasa bila akhi bawak balik rumah. Buahnya lembut dan gebu sangat kalau salah pegang ke terus lebam…must be handle with care . Harga sebiji dalam beberapa ratus yen bergantung kepada saiz dan kualiti. Tapi untuk kali ni, akhi tak dapat nak baito. Makmalnya telah buat peraturan baru menetapkan perlu tiba selewatnya jam 9.30 pagi. Kalau baito, mula pkl 5 pagi hinggalah jam 11 pagi. Jadi memang tak dapat. Nak buat masa hujung minggu dah ramai yang nak buat. Tak pelah hihi….:)

Sebenarnya tanpa di duga kami dihadiahkan 4 biji momo yang besar2 oleh orang jepun. Ketika itu ana ke klinik gigi untuk rawatan, sebelum pulang dihadiahkan momo pada kami. Subhanallah baiknya hati mereka….kadang2 ana berfikir sendiri, sekiranya akhlak seorang jepun itu dimiliki oleh seorang islam betapa ia mampu menjadi muslim yang sempurna. Tapi kadang2, orang islam sendiri tak mampu tunjuk adab dan akhlak yang baik pada sesama sendiri ataupun pada orang bukan islam. …

kan……





Sarapan lagi

22 07 2008

Mmmm bercakap soal sarapan nih….hehe walaupun tak di nafikan ana ni gemar cooking2 tapi kadang2 tu terbantut juga idea ni nak masak apa saban hari. Jika selalu makan yang sama kita boleh bosan juga kan? Sebab tu nak kena selalu belajar dan mencari resepi hihi :)

Biasanya kalau nak cepat kami makan emping jagung je dengan susu segar. Alhamdulillah susu segar di sini rasanya lebih enak. Ahna sendiri sekarang dah tak minum susu tepung sejak umur setahun dahulu. Ana cuma berikan susu segar yang dibeli dalam kotak yang 1 liter tu, then panaskan bila di minta. InsyaAllah lebih mudah dan khasiatnya juga lebih bagus.

Untuk sarapan beberapa hari lepas, kami makan roti kurumi (walnut) bersama dengan kari udang. Actually kari yang masak untuk dinner tapi sebab berlebihan buat rotilah pulak jadi teman cicahnya… Cara buat roti kurumi ni senang je, campurkan semua bahan2 yang diperlukan then tekan on pastu cukup 4 jam roti siap… Bingung antum baca penerangan ana ni agaknya kan? hihi…Sebenarnya ana guna bread maker . itu yang bunyi macam senang kalau kena uli sendiri mmmm macam susah je kan?

kurumi pan to ebi kare desu

Sebenarnya di sini agak susah untuk bertemu dengan roti2 yang halal dan boleh di makan. Kebiasaanya sebab emulsifier nya daripada khinzir. Jadi suami belikan ana breadmaker supaya dapat buat roti sendiri. Alhamdulillah banyak gunanya dan manfaatnya :D





~panassss~

21 07 2008

Hari ni seperti biasa, melaluinya bersama anak-anak dan suami. Berdasarkan internet, suhu hari ini paling tinggi 35°C. Alhamdulillah air-cond telah diperbaiki dan lebih bertambah syukur lagi bila ia berfungsi lebih baik dari yang sebelumnya. Subhanallah, besar sekali nikmat Allah pada kami. Walaupun kepanasan yang begitu menguji tetap Allah sediakan nikmat2 yang lain yang mampu mengatasinya…..

Teringat sebelum ini ana berbincang dengan suami untuk beli air-cond lain utk bilik yg lagi satu. Pastu nak beli air-cond yang tak perlu pasang boleh gerak2 sana sini lah. Hehe, alhamdulillah kami tak berbuat demikian. Lebih2 lagi cadangan untuk beli air-cond baru n pasang sendiri. Setelah berbincang dengan pak cik yang menukar air-cond rumah minggu lepas, katanya dame! tidak dibenarkan berbuat demikian sebelum mendapat kebenaran tuan rumah terlebih dahulu. Ana sendiri berfikir camana nak pasang air-cond sendiri kat bilik lagi satu tu? susah banget..kena tebuk lubanglah, pastu nak pasang kipas dia yang besar lagi kat luar, sebab bilik lagi satu tu tak ada ruang nak buh kotak kipas tu…huhu… :P

Peristiwa yang berlaku ni membuatkan ana tersedar betapa untungnya sifat sabar itu.. InsyaAllah dengan kesabaran Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Ameen…

Panas2 ni sedap dan seronok kalau dapat duk dalam tempat sejuk dan juga makan sejuk2 hehe :) . Orang jepun contohnya mereka gemar makan soba atau udon (sejenis mee) bersama dengan kicap sejuk.Hirup camtu je.. Bagi kami di rumah pula, makan cendol lah apa lagi… hihi.

Ni dia udon sejuk, cara makan dia celup je dalam kicap yang ada halia, wasabi dan perasa etc, pastu makan….suami ana suka :P

Ni pulak tempura. Sayur campur, telur, ubi, labu, chikuwa yang dicelup tepung dan di goreng. Sedap dimakan bersama udon panas yang ada kuah. Afwan tak snap pulak gambar nye.

Ahna makan udon sendiri. Memang dia gemar makanan jepun ni….

Ana dan ahya mencepit udon untuk si comel





~minum petang bersama keluarga~

2 07 2008

Hari sabtu bersama suami dan anak2 di rumah memang menyeronokkan. Ini kerana dapat berkumpul sekeluarga. Betapa institusi kekeluargaan itu sangat penting sebenarnya. Melalui keluarga juga sebenarnya sistem tarbiyah islam itu dapat dilaksanakan. Melalui ibu dan bapa yang mengajarkan dan menyediakan suasana (bi’ah) solehah, agar dapat dihayati dan di amalkan oleh anak2 khususnya. Itulah antara pendidikan awal anak2 yang harus diawasi dan ditekankan. Agar hati dan jiwanya itu terpaut pada islam bukan pada keindahan dunia yang menipu….moga Allah menunjuki kami dalam mendidik para jundi agar mereka nanti menjadi Qudwah Hasanah hasil cetakan islam yang agung! Ameen…Ya Rabb

Untuk menu petang kami bersama cuba roti kebab yang ditempah khas dari tokyo. Halalan Thoyyiban insyaAllah. Ia ditempah bersama dengan beberapa saudara dari Egypt di sini. Alhamdulillah dapat juga merasa pita kebab walau berada di bumi nihon. Bukankah ini bukti kita berada dalam rahmat Allah?…moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur padaNya sentiasa..

again…suami bantu sediakan pita kebab ni. Dia memang ringan tulang. Suatu contoh terbaik buat anak2 agar meneladani sikap babahnya. :) moga kami bisa mencari mawaddah, sakinah wa rahmah dalam usrah yang di bina..ameen :)





~Minum petang~

26 06 2008

Petang ni cuti…hehe ;) tak masuk opis…

sambil-sambil menunggu buah hati pulang, ana sediakan kuih sikit, buat minum petang bersama suami dan anak2. kuih kampung je…minum insyaAllah macam biasa kopi radix ;)

bingka labu

Tapi tak tahu bila suami balik …ni duk dengar radio ikim. Tiba2 sayu rasa hati..teringat biah dakwah di sana. Solat jemaah sama2 dengan sahabat di masjid utm. Hadiri majlis ilmu sama2…huhu syahdu rasa mengenang nostalgia. insyaAllh moga di bumi tanah ku berpijak ini juga bisa ku rasa biah itu…walau sukatr, walau besar pengorbanannya..semoga antum sentiasa doakan kami di sini…

waiting 4 my husband…miss u sokmo :P