Intelligent Chair Tool (ICT)

2 03 2009

salam semua,

jazakallah dan terima kasih sudi singgah di MMSWR, alhamdulillah sudah melangkah ke bulan mac 2009. sungguh pantas masa berlalu, semoga ia tidak menjadi satu kerugian buat kita semua dalam menggunakan masa dengan sebaik baiknya. kesyukuran dipanjatkan pd Ilahi dengan izinnya dapat disiapkan hardware utk PhD.sebelum ni duk cari2 nama apa nak bagi, jadi sempena nama zaujah siti (CT), jadi alat ni dinamakan ICT, I dan CT gitu ;)

ICT

insyallah utk jangkamasa seterusnya ialah control dan communication serta validation experiment yang akan dibuat. dalam gambar di atas ni siap ada background biru macam dalam studio, sebab memang duk amik gambar alat ni utk masuk dalam conference paper.doakan moga diaccept nanti. semasa sibuk memasangkan, ana dibantu oleh saudara aliff afira yang kebetulan cuti, jadi dia la banyak memotong wayar, pasang skru, masuk angin, dsb, kiranya boleh masuk lab suzumori dah lepas ni. tima kasih aliff sekali lagi.

p2246404

semoga urusan kita dipermudahkan, urusan dunia dan akhirat, ameen

abu_s





research update

3 02 2009

salam semua hadirin sekalian,

saje mencelah dikala kesibukan duniawi yang sentiasa mengejar,semoga kesibukan ukhrawi sentiasa mendahului..ameen. sekarang seperti yang sedia maklum bahawa musim exam bagi student2 jepun dan juga waktu final presentation bg yang buat research, degree,master atau phd.minna ganbatte

ana sedar tak sedar sudah di semester yang ke 4 dan tak lama lagi akan melangkah ke tahun akhir pengajian, semester ke 5. cepat betul masa berlalu, dah hampir 2 tahun rupanya berada di negara matahari terbit ni.usia pun dah bertambah, uban pun dah ada, sakit2 belakang, sakit2 kepala tu peringatan allah bahawa kita ni hidup ada kesudahannya yang kita pun tak tahu bila kita akan pergi menghadap-Nya. Teringat perginya seorang demi seorang saudara2 yang dekat, tertanya2 juga adakah kita juga bersedia bila allah akan jemput kita kembali.18hb januari, nama CIKGU BASRI yang sentiasa dipanggil oleh masyarakat, anak murid, kawan2 yang ana biasa panggil dengan panggilan AYAH LANG pulang kerahmatullah dengan cara yang sangat mudah dan tenang seperti diceritakan oleh adik2, ummi di malaysia.Maaf pada maklang dan keluarga krn tidak dapat membantu urusan jenazah atas kejauhan kita beratus2 kilometer. Semoga ayah lang digolongkan dalam ahli syurga yang kekal abadi. Perginya insan yang namanya sentiasa disebut2 dan sorang demi sorang menceritakan pengalamannya bersama arwah yg mengubah hidup mereka ke arah yg lebih baik dengan izin dr Allah swt.

Jazakumullah buat keluarga yang dicintai dan sentiasa di sayangi,siti dan anak2, ahna dan ahya yang sentiasa menjadi pohon2 semangat yang membuahkan buah2 cinta, kesabaran dan pengorbanan utk babah. allah sahaja yang dapat membalasnya. Uhibbukum fillah.Insyaallah betul seperti yang dikata, keluarga yang bermula dengan cara yang baik moga allah kekalkan dalam keadaan yang sentiasa baik..mawaddah sakinah wa rahmah.. ameen

dalam masa 2 tahun ni mungkin ramai yang tertanya apa aktiviti harian buat phd, emm satu soalan yang susah nak di jawab kalau tak mengalami sendiri :) tapi secara ringkas yang boleh dikongsikan ialah menghadirkan diri ke lab dan berusaha siapkan experiment yang dirancang. membuat report progress setiap bulan dan dibentangkan dalam kumpulan kecil.dalam satu semester juga mungkin ada 1 atau 2 kali perlu bentangkan progress research kita pada semua ahli dalam lab (sesi Zemi-seminar). phd student juga perlu amik kelas 12 kredit dan alhamdulillah semua kelas dah diambil dan lulus dengan baik. bantuan dari allah yang sangat besar.setiap semester juga ana amik subjek yang tak wajib diambil iaitu nihonggo.hmm..sangat menguji kesabaran disamping kesibukan lab harian.seperti biasa, kena buat kerja sekolah, ada test, ada hafal kanji, buat karangan, itu dan ini, sampai zaujah ana pun tegur supaya lebih focus pada research dari amik nihonggo ni. ana bukan apa, tapi sementara ada kudrat, rasanya nak belajar bahasa orang yang boleh digunakan pada masa akan datang, tapi insyaallah sem depan dah tak amik..sebab dah tiba masanya utk berenti :D insyaallah seperti student lain di okayama, final test kali ni bermula khamis ni 5hb, 12hb,16hb dan 18hb..doakan ya

sistem di sini mungkin lain dengan negara lain di mana syarat lulus phd ialah kena ada WAJIB journal paper. dari segi positifnya ya ia mengajar kita supaya percepatkan research experimen dan publishkan supaya dapat dinilai oleh ahli akademik yang lain

setakat ini alhamdulillah walaupun masih terkebelakang dari sahabat2 ana yang juga buat phd dan publish berbelas2 paper dan journal, ana baru berjaya publish satu journal paper dan 1 international conference dan 1 local conference. bulan januari yang baru lepas beberapa hari juga sibuk ana siapkan 1 lagi local conference dan 1 lagi international conference. alhamdulillah sudah di submit dan menanti penerimaan atau di reject :) bulan mac 1hb ni ada satu lagi paper conference yang perlu dihantar..dan dengan experimen yang masih belum menjanjikan data yang baik..allah sahaja tempat berharap, moga dimudahkan urusan hambanya.

sensei banyak menekan dan kita juga terpaksa untuk cuba sebaik mungkin tunjuk prestasi sebagai muslim di mata orang2 yang non muslim. dalam lab, ana rasa ahli2nya semua bujang dan ana sorang je yang dah ada anak 2 yang alhamdulillah kiut miut macam ummi nya. jadi keberadaan kita di lab bukan seperti mereka, yang boleh bangun tidur di sana (kamikaze buat kerja). insyaallah ana laksanakan yang termampu mungkin, baik untuk research, baik juga untuk keluarga dan baik untuk amal2 lain. semoga allah sentiasa golongkan dalam golongan yang sentiasa thabat dijalannya.

di bawah ni ana attachkan gambar alat yang direka dgn byk kelemahan. nama nya intellligent actuator, menggunakan pneumatic system.kenapa dinamakan intelligent? secara ringkas, dalam alat ni ada 5 elemen seperti yang di tanda,

1.PSoC circuit board, 2. encoder, 3. pressure sensor, 4. valves dan 5. laser rod.

dengan input data dari sensor, dan masukkan code algorithm dan control dalam PSoC, dia boleh gerak sendiri mengikut fungsi2 yang ditetapkan..hehe secara ringkas camtula..sapa ada minat, nak tau detail boleh cerita lain:)

cylinder

alat ini akan digunakan untuk final application -sebuah alat utk design kerusi..huhu dengar sangat pelik tapi itu adalah hakikatnya, sebuah research yang ana sendiri pun masih berusaha merialisasikannya.

so wallahualam, subuh dah masuk, nak solat dulu..doa dari antum sangat di harapkan, semoga kita smua selamat dunia dan akhirat dan allah mudahkan segala urusan kita.kita yang perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal padanya. kerana Dialah sebaik2 perancang yang mendahului perancangan2 kita..

bertemu di lain waktu..yang khilaf

abu_s





PhD – Okayama University

17 07 2008

Buat julung-julung kalinya…

Alhamdulillah setelah bersama-sama zaujah memikirkan untuk buat blog ini, akhirnya ia terlaksana juga. Syukur pada Allah yang memudahkan dan memberi kudrat pada kami. Seringkali zaujah meminta ana untuk menukilkan sesuatu terutama perkembangan tentang pengajian ana di sini. Alhamdulillah kini ana masuk tahun ke dua PhD di bawah seliaan Prof Suzumori (seorang yang gemar tersenyum dan sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan baik pada ana :) ) subhanallah..andai islam mekar dalam hatinya betapa ia mampu menjadi insan contoh dengan akhlak yang baik dan akalnya yang bijaksana itu. Jauh dari sudut hati ana sungguh mengagumi beliau atas dasar akhlak, didikan dan bimbingan darinya.

Sentiasa ana teringat kata-kata sahabat tentang ketegasan dan strictnya sensei masing2…ah, betapa ana jauh dari suasana seperti itu. Namun, kebaikan Suzomori bukanlah suatu ruang untuk ana ambil kesempatan padanya. Hari demi hari ana makin terbiasa dengan disiplin dalam lab. InsyaAllah moga pengalaman yang diperolehi di sini bisa menjadi panduan berguna untuk ana kongsi bersama antum dan anak2 didik ana di bumi UTM nanti…

Pada sesiapa yang mungkin masih samar2 dengan bidang ana di sini…hehe..ade ke? :P . Ana menyambung pengajian dalam bidang system engineering, agak berbeza dari apa yang belajar masa degree zaman muda2 dulu (computer engineering). dah tua dah hehe..research ana sekarang untuk human- machine interaction dan di aplikasikan untuk alat design kerusi. agak complex system dia sbnrnya..di bwh adalah contoh simulation kerusi tersebut ;) ni link website lab ana, boleh singgah minum kopi. http://150.46.68.112/

Sepertimana yang zaujah ana laporkan sebelum ni, kami ke nagoya untuk ke conference di sana baru-baru ni (satu keluarga pegi teman). local conference je.. tapi kalau kira jam, macam naik kapal terbang balik malaysia, dekat2 5 jam nak ke sana..tapi ini merupakan pengalaman pertama ana present research sendiri dalam 2 bahasa, english dan broken nihonggo. sangat menarik dan dapat jumpa ramai orang termasuk staf UTM yang lain (satu department pulak tu).

Terbaru ana bersama pihak universiti (aktiviti selain kat lab je) buat xtvt dengan pelajar sekolah ( Sozan junior high school) di sebuah tempat rekreasi atau dalam bahasa jepunnya shizen no ie di Kibi,kira-kira 1 jam dari tempat tinggal ana. Program tersebut merupakan suatu program yang mana kita ryugakusei (international student) dijemput untuk menjadi fasilitator bahasa Inggeris. walaupun BI tak terer mana, ana bersama 17 lagi fasi lain (dari 14 negara yang berbeza) bersama dengan 120 orang pelajar menjayakan program tersebut. Ada skit presentation, debate, group discussion, introduce japan dan macam2 lagi. Boleh ana simpulkan bahawa nak belajar bahasa inggeris atau nak buat apa2 pun kena ada 3 benda

1. Jangan takut buat salah, mistakes are stepping stone for success

2. Jangan mudah mengalah, must have determination in learning

3. learning is fun, jadikan pembelajar suatu yang menyeronokkan

Disertakan beberapa gambar buat tatapan antum semua..

Insyaallah ada waktu boleh berkongsi lagi, wallahualam..