Burger & Bread

12 02 2009

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah ketika memborong ayam minced untuk buat tempahan nugget sebelum ni, banyak juga yang telah dibeli. Masih berbaki  di dalam freezer. Untuk lunch ana cuma guna ayam tu untuk buat di buat lauk. Terus, makan dengan roti dan salad sahaja hinggalah untuk malamnya. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.. bila sedang menikmati hidangan (ehsan dari Allah yang memberi kita deria rasa), ana berbual dengan suami. Katanya agaknya macam nilah orang2 yang mana makanan rujinya bukan nasi bila depa having their lunch or dinner..kenyang juga rupanya. Hihi… :)

Untuk lunch ana just buat ayam minced tu jadi cam daging burger.  Pusing2 juga cari resipi. Last ana bikin sendiri je adjust2 sikit resipi nugget sebelum ni. Alhamdulillah akhi suka pulak makan macam ni. Tempoh hari dia request lemon rosemary chicken. Ana pun buatlah menu pelengkapnya, wholewheat bread plus mushroom soup (sup yang bila ahna wa ahya  start makan dah tak ingat dah benda lain or mainan dia :D ). Tak letak gambar sebab sebelum ni dah pernah letak.  Jom tengok lunch n dinner kami.

burger

burger

Disebabkan ini sendiri bikin, ana letakkan anggarannya sahaja ye . Boleh adjust ikut citarasa masing2. Kurangkan telur bagi yang nak rasa ayam/daging lebih

Daging burger

bahan2

  • 500 g daging/ayam minced
  • 1/2  biji bawang besar – di dadu
  • garam
  • serbuk bawang putih
  • lada sulah
  • serbuk halia
  • 1 biji telur saiz L
  • serbuk roti – secukupnya
  • seasoning – optional
  • extra virgin olive oil – untuk menggoreng (lebih sihat dan baik untuk kesihatan)

cara2

  1. campurkan ayam/daging minced dengan kesemua bahan kecuali serbuk roti.
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit cukup hingga dapat dibentuk
  3. pastikan jangan terlalu kering adunannya supaya hasil nanti lebih juicy- tidak mengapa kalau masih melekat di tangan anda
  4. bentuk2kan mengikut saiz yang di mahukan-  leper dan tidak terlalu tebal
  5. goreng dengan minyak yang sedikit sebaiknya guna non stick pan. ketika menggoreng, tutup kuali supaya ia lebih masak sekata dan juicy. balik2kan sehingga masak. pastikan anda tidak overcooked ya :P
  6. siap !
  7. Boleh juga dibentukkan awal2 kemudian simpan dalam freezer. bila nak makan defrost then masak seperti biasa.

Untuk roti tu ana ambil resipi dari sini. Menarik dan gebu teksturnya. Sekiranya ada yang berminat nak cuba sila ye. Ana just linkkan antum ke sana. Tak copy resipi di sini. :)

dinnner

Dinner set : roti (basic sweet bun), lauk (daging burger), sup(mushroom soup), sos (black pepper) sayur (brokoli, carrot, salad & bunga kubis)

Untuk resipi roti ana ambil dari dapur CMG.  Tapi kalau antum nak roti yang macam lain pun tak pe :D boleh2..ikut selera masing2 ya. untuk sup macam biasa yang ana dah post sebelum ni. Sos tu istimewa sikit. Akhi gemar sungguh dengan rasa sos tu. Alhamdulillah walaupun homemade dapat memuaskan selera suami.. moga makin menambah keberkahan hidup kami sekeluarga. Untuk resipi sos ni ana ambil dari myresipi.com , disertakan seperti di bawah

bahan2

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar (potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)-boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung jika perlu

cara2

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Sedap dihidangkan semasa panas.

Untuk sayur makan bersama pula, bolehlah di celur sebentar sekadar sedikit lembut tetapi masih rangup :) . Kemudian dengan segera terus masukkannya ke dalam bekas yang mengandungi air ais supaya ia tak overcooked. Sejat dan hidangkan bersama set dinner anda. Sebagai sumber vitamin dan khasiat untuk tubuh badan ;) .





Breakfast

6 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Garlic bread with mushroom soup and Coffee Radix

breakfast

our breakfast- easy & yummy

Harini awal2 dah defrost ayam lepas subuh. Gara2 nak buatkan mushroom soup yang menjadi kegemaran ahna wa ahya. Rasa2 ana sepengalaman ana bikin sarapan buat mereka inilah yang agaknya mereka makan sampai tak mau berenti.Start sarapan bersama  sampai babah dah pi lab pun masih minta ummi tambahkan bowl demi bowl. Akhirnya sebab mngenangkan kain yang perlu di jemur dan tetamu yang bakal datang tepaksa stopkan depa makan :D .  Bagi antum yang anaknya kurang mau makan mungkin blh cuba. Resipi macam yang dah di post sebelum ni ye.

mushroom soup

oishi mushroom soup- tottemo mcm pizza hut. Pada yang xmau pegi atau boikot ke bulehlah buat sendiri je..kantan desu!

Garlic bread ni pulak sangatlah di gemari akhi dan ahna wa ahya. Tengah2 ummi toast pun depa dah makan yang sedang dihidang (b4 kami sama2 bersarapan) :P . Tapi yang peliknya ahna ni suke makan tengahnya saje. Yang kulit dia crunchy tu dia tak mau. Jadi lepas dia korek yang tengah tu dia letaklah balik. heheh.. :D kami lah yang kena habiskan part dia tu.

garlic bread

my style of garlic bread

Sebenarnya ana cari2 juga resipi garlic bread ni. Tapi mostly jenis yang mcm renyah juga nak buat. Disebabkan nak sediakan something yang cepat, mudah dan taste ok, ana try adjust sendiri je. So this is my version of garlic bread :)

Bahan2:

  • Roti France – anytype, kalau xde gune je apa2 roti yg mau :D
  • Butter
  • Garlic Powder
  • Dried parsley

Cara2

  1. Potong roti menjadi slice yang dikehendaki- ana buat kira2 kurang sikit dari 1 inci
  2. Sapukan butter pada kedua2 permukaan roti
  3. Taburkan garlic powder pada kedua2 permukaan- bergantung pada byk mana rasa garlic yg antum mahu
  4. Sprinkle dried parsley a bit on both side
  5. Then toast mcm biasa kat bread toaster ikut garing yg anda mahu. Jangan garing sampai jadi cam rusk lah :D . Cukup sekadar crunchy di keliling buat a bit soft di tengah2 nya.
  6. Cicah ngan mushroom soup…subhanallah hebatnya keindahan makanan ciptaan Allah…

Jom try dan menambah2kan rasa syukur kita terhadapNya… Alhamdulillah :)





hisashiburi…

15 01 2009

assalamualaikum buat semua pengunjung MMSR …afwan,gomen, sorry sebab lame x update. Perlu nyatakan sebab ke? hehe…xpayah pun x pe kan.. :D

sekarang tengah winter di sini. Tapi tak berapa ada salji kat tempat ana. But still sejuk…kadang2 sampai sakit kepala jadinya..xtvt pun agak terbatas sekarang. Banyak berkurung je..hibernate sikit ;) . Anak2 masih belum sembuh sepenuhnya. Lepas muntah2 mereka batuk kuat dan flu pulak. insyaAllah semakin sembuh setelah bertarung juga secara psiko nak bagi makan ubat kat depa ni.

Cooking, baking and so on juga tak berapa jalan sekarang. Hehe…kesejukan turut sama membekukan tulang 4 keratku. hihi… :) . Tapi oleh sebab menyahut seruan diri sendiri untuk berjimat sempena kenaikan harga barang yang mendadak (beras, daging dan ayam  halal&import, etc) kena jugalah gagahkan diriku ini. uhhu…

Buat pengetahuan semua juga ana dah stop bergerai..ekonomi meleset hihi :P . Nak test xtvt lain yang lebih menarik lak. Mmmm…tapi sebab masih dalam eksperimen x bisa dedahkan lagi ape xtvt tebaru ana ni. InsyaAllah dengan hilangnya tugas ana duk cooking2 makin memberikan dan menyediakan ruang serta masa yg lbh tuk xtvt baru ni..

Untuk cuci2 mata ana share same kat sini beberapa hasil baking yang lepas. x dapat nak buat entry by day. Apa2 pun jooom tgk!

red bean stolen

RED BEAN STOLEN / FLOWER


cinnamon roll

CINNAMON ROLL WITH CHEESE FROSTING


tuna roll

TUNA ROLL WITH CHEESE INSIDE

Ini kuncu-kuncu roti :D . Itupun yang ana teringat nak amik gambarnya. Yang tak sempat tak dapat nk share. Nanti insyaAllah kita share dishes lak ye.





My office time

15 12 2008

Sebelum ni ana pernah kata masuk ofis selepas subuh then terus kerja non stop hingga pkl 12 kan… ingat tak?  so, insyaAllah nak cerita tentang tugas ana kat ofis ni. Ana part time  hari Jumaat saja. Satu hari seminggu, lebih kurang 6 jam sehari. Selain daripada ni ana part time juga tapi biasa on off masuk ofis (kerja tak banyak). Cuma hari Jumaat ni ana kena concentrate lebih sikit.

Mula2 dulu taihen jugaklah :)   sebab lepas subuh kan. Anak2 lagi kadang2 dah terjaga nak itu dan ini. Kena pastikan mereka ok  juga sebab bila ana mula kerja ana dah tak dapat tumpu perhatian pada mereka. Tapi alhamdulillah kadang2 akhi tolong jagakan anak2 sebelum pergi lab. Kalau dah time dalam pkl 930 am akhi gi lab dan tinggalkan anak2 pada ana sambil2 ana  berkerja tu…taihen deshou! :P

Walau bagaimanapun sekarang alhamdulillah anak2 tak banyak ragam sangat. Kebetulan tempat kerja ana ada TV jadi boleh bagi tengok cite kanak2. Bagus rancangannya ada nanyi2 lagu yang comel, belajar eigo dan nihonggo… ~tanoshikatta~.  Sambil ana berkerja tu kadang2 blh juga layan ahna wa ahya ikut rancangan tu. Kebetulan bila akhi tinggalkan anak2 pada ana, boss xada atau erti kata lainnya selalu boss keluar ofis lbh kurang jam 9 pagi then balik2 je pkl 12 lebih. Mmmm…blh katakan ofis tu ana dan anak2 jelah yang ada. Boss ana tak buat kerja. Dia manager & urus perkara lain. Ana sorang je yang kerja. Sebab tu xpe kerja ngan anak2 asalkan kerja siap dan dia tak tertunggu hasilnya. Sebab bila pkl 12 boss akan masuk ofis semula untuk ‘angkut ‘ hasil kerja ana tu untuk dipasarkan atau dihantar ke tempat pemborong :P .

ahha~ ni serba sedikit hasil  kerja ana  sepanjang 6 jam di dalam ofis…

roll sosej wholewheat

wholewheat roll sosej- macam roll sosej biasa tapi ana guna tepung wholewheat campur dengan tepung roti

cheese tuna bun

cheese tuna bun – ana sprinkle sikit sama rosemary n parsley

cheese sosej bread

cheese sosej bread – macam roll sosej tapi rupa lain sikit plus cheese n sos cili

roll sosej

roll sosej- original recipe

tuna puff

tuna puff - filling with hot tuna mayo

hasil kerjaku (roti)

siap! - antara hasil kerja pada hari tertentu…nanti boss ana tolong bawa ni ke pembeli n pemborong :P

Mmm…nilah part time ana.  Di rumah sendiri :) . hihi… my boss is my husband, very nice n kind person… InsyaAllh kami siapkn roti2 ni untuk orang2 yang solat jumaat.  Simple je kerja ni tapi meletihkan juga ye… ~uhhu~.

Well that’s all the story of my baking time which is one of the xtvts in my busiest day in a week.  :)







2 roti dalam 1 hari

24 11 2008

Minggu lepas masa duk sibuk bergerai di rumah ;)   sempat juga ana bagi makcik yang tolong ajar ana buat roti tempoh hari tu rasa Nasi Beriani. Masa beri tu terangkanlah kat makcik tu ini masakan ala2 paki, then terang jugak lauk ayam kurma n acar tu. huhu.. bila tang kurma tu menarik sikit sebab sebutannya macam nihonggo.

kurma   = masakan kurma kita

kuruma = kerete (nihonggo)

So makcik tu pun kata dia mesti cepat ingat sebab kalau nak ingat lauk tu ingatlah sebutan ‘kereta’ tu :D lucu je makcik ni..hehe kawaii. Esokannya makcik tu pun pulangkan roti pada kami. Banyak pulak tu. Roti Perancis tapi sori sangat2 sebab ana memang lupe nama dia sebab bila dah di sebut lidah nihon ni lain macam bunyinya. Masa tu pulak akhi yang tolong tanyakan sebab ana ni nak bercakap tak berapa lancar sangat lagi :P . Teringat Croissant tu kalau depa ni sebut jadi ‘kuro san’ ( = en. Kuro). Jadi lama ana berfikir ape tu roti ‘kuro san’. Bila dah diterangkan barulah ana tahu oh itu rupanya kuro san… :P . Opsss lagi satu gambarnya xde. huhu tapi ana ganti dengan roti macik tu bagi jugak tapi roti lain. :)

Kebetulan pada hari macik ni bagi roti, ana pun on the way tengah buat roti.  Buat roti bun yang ada pelbagai inti (kacang, kaya & tuna). Jom tengok gambar ;)

roti kacang, kaya & tuna

bun berinti kacang, kaya & tuna (ana punya)

sweet green pea bread

sweet green peas bread (macik punya)

2 jenis roti

watashi no vs kimura san no pan desu

Untuk resipi ni ana ambil kat MyResipi. Nak masukkan kat sini susah sikit. Selalu tak dapat masuk dah sekarang. Tapi sekiranya antum berada di negara lain cuba try rasanya xde masalah. kat jepun ni je kami2 ni hadapi masalah sikit. :)   Tapi kalau  ana dapat masuk lepas ni, insyaAllah ana masukkan nanti. :)





Breakfast

13 11 2008

Sebenarnya lama dah nak post tapi selalu benar tertangguh. Walaupun rasanya senang je nak buat tetap banyak je halangan yang menyebabkannya tak terlaksana. Hehe… :) .. sibuk duk bt benda lain… :P Nak share breakfast dan lunch kami yang lepas. Sebelum ni memang teringin nak makan roti ni bila tgk dlm blog kak Min. So, ada kesempatan ana pun buatlah..

roti

Tak taulah nak buh nama apa kat roti ni tapi rasanya sedap. Lain sikit sebab dia mix banyak benda. Ada kaya (ana bikin sendiri kat umah), air pandan dan crust kat atas dia tu. Teksturnya gebu sekali, bau yang harum dan rangup pada bahagian atasnya.

sumber: Kak Min

150 g bread flour

150 g Hong Kong flour /- im using 300g bread flour for this recipe

2 teaspoon instant yeast

35 g granulated sugar

1/2 teaspoon salt

1 tablespoon milk powder/- no need coz im using fresh milk

3 tablespoon kaya

1 large egg

About 3 tablespoon pandan juice/- ana guna perisa pandan je

100 ml water/- im using fresh milk

20 g shortening

130 g raisins

Topping – 30 g butter, 30 g sugar, 60 g plain flour.

Method :

Mix all dry ingredients, from flour up to milk powder. Add the wet ingredient – kaya, egg (beat first with the pandan juice) and water. Mix well, I use speed 3 to 4 on my mixer using my dough hook. Add the shortening. Continue mixing, mine took about 20 minutes until the dough is elastic and won’t stick to the side of the bowl. Adjust the dough, if it is too soft add more flour, if it is too tough, add more water (room temperature or better still, cold water). About 5 minutes before the dough is done, mix in the raisins.

Oil the bowl and dough, cover with plastic clingwrap. Let it ferment for about an hour until it grows to double its size.

In the mean time, prepare the topping by mixing all the ingredients together and keep in the fridge. After an hour, punch down the dough. Transfer to a bread pan, let it rise again for another 45 minutes. Brush the top with milk or egg, and sprinkle the topping generously.

Bake at 175 C for 30 minutes.

Look how wonderful it turn out, the inside is soft and the topping is crunchy.





roti lagi

27 10 2008

Beberapa harini ni rancak sikit buat roti. Kebetulan bahan2nya ada di rumah tak perlu beli2 jadi buatlah. Senang juga kalau2 ahna dan ahya nak makan cemilan bila mereka bosan bermain bersama di rumah ni.

roll sosej

another look of sosej bread

Resipi roti ni pada asalnya berbeza sebab lain2 sumbernya.  Tapi dua2 tu ana ambil dari Myresipi. Untuk memudahkan kerja ana guna doh yang sama je dua rupa roti yang berlainan. Kesimpulannya anak2 memang gemar roti ada sosej ni. Cuma ahna je kadang2 lebih gemar intinya rather than roti :P . Adik makan je seme hihi :D . Pada yang berminat ana sertakan resipi di bawah.

sumber : Minami133

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter

**bahan2 lain**

  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese

Cara-cara

  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.





Tuna Bun

27 10 2008

Ni buat Tuna Bun pulak. Saje mangaktifkan diri membuat roti. Bila terfikir suami dah belikan bread maker seawal kami datang ke sini dulu, rasa patut untuk ana manfaatkannya betul2 :P . Sebab bila fikir2 balik dulu mase beli bukan saje suke tapi memikirkan susah nak dapat roti yang boleh makan. InsyaAllah di samping tu bolehlah juga asah2 skill yang takde nih :P .

Tuna Bun ni ambil resipi dari Myresipi jugak. Hehe suke amik dari situ sebab tak perlu browse blog peribadi orang lain nak cari resipi, sana seme dah ada. Tetapkan pilihan anda then cari je apa yang nak. Tapi kena tengok2 jugalah yang sesuai. Baca betul2 pastu kalau rasa2 kreatif nak ubah silakan…buat jikken sikit…. :D

Tuna Bun topping with slice cheese

ni rupa inti tuna tu…

sumber: Biduri

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g tepung berprotin tinggi/ tepung roti
  • 100g plain yogurt
  • 45g air
  • 25g telur
  • 20g gula
  • 3g garam
  • 25g mentega
  • 2.5g dry yeast
  • 80g tuna
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu soso tomato-kalo suka pedas boleh guna sos cili
  • sebuk lada putih
  • telur utk glis

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Bila dah siap, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 dan bentuk bulat-bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  2. Sementara tu sediakan tuna. Cincang bawang besar. Tuna pula buang air/minyak. Masukkan tuna, bawang besar, serbuk lada putih, sos tomato dan kacau. Kalau tuna tak masin bolehlah tambah garam.
  3. Ambik sebiji roti, canaikan. Masukkan inti. Gulungkan. Kemudian potong 2 tapi jangan putus. Buka potongan tadi(terbelah dua). Buat sampai habis. Nak senang potonglah dengan gunting.
  4. Penaikkan sehingga 2x. Boleh penaik guna oven- 30minit pada suhu 30 degree.
  5. Lepas tu bolehlah glis dengan telur. Letaklah mayonis di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 180degree selama 12 minit.

Untuk Tuna Bun ni sebelum masuk oven, ana letak slice cheese atas dia. Kalau antum ada idea nak letak ape2 yang lain pun bisa :D . Asal bersesuai. Seronok buat ni tapi anha pulak tak minat tuna nya :( . Cam biasa adik jelah yang makan.huhu…





Oishii Pumpkin bread…hmmm~

25 10 2008

Harini akhi takde…gi tokyo ada meeting. InsyaAllh esok mlm balik. Tadi ana seperti biasa ada kelas nihonggo sampai jam 11.30 pagi. Then ke supa beli bekalan sepanjang ketiadaan suami di rumah nanti. Baliknya setelah solat zuhur suami berkemas2 sebelum bertolak ke airport sebab flight jam 3.30 petang.

Tengah2 duk sibuk kemas2 tu tiba2 ada orang tekan loceng umah.  Macik yang janji nak buat roti aritu. Tak teringat rupa2nya akhi ada cadangkan buatnya hujung minggu. UUUhhh~ camana buleh lupe. Macik tu datang nak tanya bila nak start bt. Aduh!…lupa bangat… disebabkan suami sibuk masa tu dan xde pula dirumah sampai esok, kami kemudiannya tangguh minggu depan…rasa bersalah sangat2 ana…macik, gomenne..

Sebenarnya bukannya takut tak buleh faham bila dia tunjuk cara nak buat roti tapi bimbang bila tang nak bermesra tu . Tak pandai nak cakap nanti sian dia tak buleh nak berbual2.  Walaupun rasa excited yang begitu tinggi nak buat roti ni :P , tahan jelah….hihi. Tunggu akhi ada, senang sikit  ada intepreter.

Sedang duk surf internet kira2 4 jam setelah kehadiran macik tu tadi tiba2 ada lagi orang tekan loceng. Alahai sape lah pulak datang petang2. Biasanya tak ramai tetamu umah ana ni.. hehe :D . Bila buka pintu rupanya macik tadi tu datang. Tapi kali ni datang bawa roti…hu~…dia suh makan panas2. Dia buat roti labu (pumpkin bread).  Hebatlah macik ni… Ni yang rasa tak sabar nak menuntut ilmu nih hehe :D . Jom tengok roti labu ni nak?

ada cam bentuk pumpkin tak…kreatif kan? ;)

lagi satu pumpkin berbatangkan badam… :)

ada inti dalam setiap bahagian

Lepas ni kena korek ilmu macik ni banyak2 hehe..baiknya ajak buat roti sama2…insyaAllah macik nanti ana menyusul ye…mata raisyu ;)





Bara & choc Pan

25 10 2008

Entry roti kali ni bukan lagi yang ana buat. Ni adalah roti pemberian jiran nihonjin ana. Rumahnya ialah yang kedua sebelah kiri rumah ana. Baik orangnya. Kebetulan parking kereta kami sebelah menyebelah. Hehe…kadang2 lucu jugak makcik ni, selalu salah parking. Gi parking tempat kete kami. Pastu terpaksalah suami pi parking tempat dia. Sebenarnya taihen gak salah parking ni. Makcik tu guna kete kecik senang nak masuk. kami lah yang susah huhu …  :P   sebab tu suami cam tak gemar sikit bab2 nak parking ni sebab ruang kecik. Jepun…jepun…ruang sangat berharga di sini….hu~….

hmm~ nampak best tak? Ana tak tau ape name roti ni pakai buh je nama ‘ROTI COKLAT’

Sedap  roti ni. Rupanya pun menarik gak. Ada white choc sprinkle, ada walnut…menarik3x… nak try wat tapi tak buat2 lagi.  :P

Bara Pan

Cuba tengok tu ada cam rupa bunga mawar tak? huhu…ana pun tak tau roti apa ni. Kata Makcik tu roti “anpan” means roti berinti. Memang ada inti pun..tu kat tengah2 dia tu. Yang kecik molek kiut miut tu. Rasa dia best jugak…lemak2 manis gitu. Ana ngan suami pi umah dia hntr muffin then tanya cara dia. So dia citelah yang dia buat satu demi satu kelopaknya tu…sugoiii desu ne (hebat kan)… hihi…ni pun dah jadi sumber inspirasi ana nih. makcik tu siap ajak lagi buat roti sama2. Ha….rezeki2x….ana kata ok, tapi mase tu kena ada akhilah kat umah…tak pandai lagi nihonggo :P

Teringat masa mula2 makcik ni bagi kuih. Mase tu ana baru je balik dari hospital, lahirkan ahya. Sebab nak ucapkan omedetou (tahniah). Makcik ni datang bawak Avocado cheesecake. Katanya bahan dia buat doubutsu haiteinai (xde sumber haiwan),  tapi dari Shokubutsu (tumbuhan)… alhamdulillah..

Oppss kali ni punya entry xde resipi. Sebab tak minta pun dari makcik tu…takpelah ye…kita jamu mate je. Mungkin bentuk yang menarik ni dapat di tiru kalau2 antum ada berminat nak buat roti yang bentuknya berbeza dan menarik terutama utk menarik si kecil tu untuk makan.. deshou?…





Mexican Bun? Roti Boy? Roti Papa? Kaku Shiti Pan?

24 10 2008

aaaa~ ada rasa cam blur tak tengok tajuk kata atas tu? … Tapi yang pastinya is tetap berkisar tentang suatu perkara yang sama iaitu roti… :P

Kali ni try buat roti lagi. Nama dia adalah seperti di atas tula…tak tau mane yang betul. Yang pasti antum buhlah mana2 yang rasa sesuai hihi… Kaku Shiti Pan tu adik2 halaqah ana sini yang buh..ewah3x…sesedap rasa je depa ni kan…hehe…tu sebenarnya maksud dia —> Roti Kak Siti. BIla namaku di katakanakan, gitulah bunyinya…hmmm bijak2 adik ni kan… :D

Nama tu dapat masa depa ni datang umah buat suprise tulah :P ..hikhik…best punya surprise…hihi ok ni resipi untuk roti kali ni. Cubalah..insyaAllah tak mengecewakan kerana rasa dia memang sedap :)

bun yang dah siap buh filling dan pipe topping-kosong-

yang ni saje sprinkle badam cincang atas dia

ni baru dikeluarkan dari oven

sumber: lilydvaley

bahan2 (17 biji)

Filling

  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar

Topping

  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum

Doh Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.




Roti canai

23 10 2008

Sebenarnya ni  masuk kali ke dua buat roti canai kat Nihon ni. First attempt failed. Huhu…biasalah, siapa kata nak berjaya tu mudah. Tapi yang baru try ni alhamdulillah menjadi. Dengan kesabaran dan ikut sepertimana yang ditunjuk ajarkan.  Uli punya uli pukul 2 baru ana tido masa tu..hihi :) seronok jugaklah. Akhi pun suka. Dulu teringat masa kat UTM duk pi restoran Noor nak sarapan roti canai, la ni takpelah susah susah pun boleh buat sendiri dah… :D

Pada sesiapa yang nak mencuba tu silakanlah ye. Ana susume (promote). Sedap, lembut dan rangup. Tak perlu skill tebar menebar sangat, just tarik2 pun menjadi…

roti canai

Untuk sarapan roti canai ni ana buat kuah dal dan kari ayam. Suami pun sama tolong tebar2 hehe…Ni ana sertakan resipi dia

sumber : Joayee

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 telur-50gm
  • *3 sb susu pekat-60gm
  • *1 sk garam-6gm
  • *1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter
  • 1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
  9. ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
  10. ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.
  11. panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.
  12. doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 days
  13. tips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli  & rest di ulang 3 kali.




meh buat CINNAMON TWIST BREAD

15 10 2008

cinnamon twist bread

sumber : Rinn chan
Ingredients:
400gm high protein flour
12gm instant dried yeast
1gm bread improver ( used 1/2 teaspn)
6gm salt (used 1 teaspn)
50gm egg (used 1 med size egg)
48gm caster sugar
12gm milk powder (used 2 tablespn)
60gm margarine
190gm water
1 egg yolk, to brush

To sprinkle :
Mix 1 teaspn cinnamon powder and 3 teaspn caster sugar (I used brown sugar)

campuran serbuk kayu manis dan gula

Method :
1. In a large bowl mix together flour, yeast, milk powder, sugar, salt and bread improver. Mix well.
2. While mixing, add in egg and margarine consecutively.
3. Add in water little at a time making into crumble. Knead until dough is formed and not sticky.
4. Cover the dough with plastic film and let rest for 10 mins.
5. Divide dough into 8 equal small dough and round them. Proof for 5 mins. Cover with plastic again.
6. Using hand roll each small dough into a long sausage shape. Do rolling and rest 3 mins for 3 times until dough length reach about 18cm-20cm.
7. Twist the dough as the diagrams shown below and place on pre-dusted baking tray. Proof for 10 mins or until doubled the size.
8. Brush surface with egg yolk and sprinkle mixture of sugar and cinnamon powder.
9. Bake at 190 Deg Cel for 10mins – 15 mins or until golden brown.

ana skip langkah 1-4 tu. Ana buh seme bhn dlm bread maker then tunggu siap. Pastu bahagikan pada 8 bahagian, bulat2kan then rehatkan :P

gulung doh memanjang lebh kurang mcm cara2 di atas

untuk twist, satu hujung pegang static then satu hujung lagi gulung pada satu arah sahaja (depan/blkg)

rapatkan hujung antara hujung utk twistkan dia

pegang hujung yang bercantum tadi utk proses seterusnya

rapatkan hujung yang bercantum dengan hujung bulat

selitkan/masukkan hujung yang bercantum kedalam ruang hujung lagi satu

inilah rupa yang dah siap di twistkan :P

lepas proof gune oven 40°C selama 30 minit, ana make up sikit dia dengan kuning telur, pastu taburkan bahan sprinkle then selit2kan kismis sikit :) . Pastu boleh bakar.

ni rupe dia yang baru keluar oven … selmat mencube :D