IMAN SEMUT…

16 07 2008

pada yang pernah ikuti ISK, renung-renungkanlah kebenarannya….

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya kepada semut : “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup
untuk kamu”.Semut pun menjawab :
“Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di
atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya : “Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : “Kalau kamu makan hanya
sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan
sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut : “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan
sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.Jawab
semut : “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya
daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu
masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan
aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya
tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur
orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada
orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke
rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur
untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di
INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,
50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan
bertanya kepadanya : “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam
yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap
kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian : ” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Dipetik dari posting mujahid…