Kejutan Kedua

24 06 2008

Hujung minggu baru ni baru je dapat kejutan breakfast special dari seseorang..tup…tup…dapat lunch special lagi pulak….hehe, semalam suami tersayang telah bermurah hati menyediakan menu makan tengahari kami berdua…masyaAllah indahnya alam rumahtangga :) pada yang masih belum berumahtangga tu, cepat2kanlah hehe tak perlu bercintan cintun ni…x baik..silap2 boleh bawa dosa lagi…

Teringat kisah pertemuan dengan suami..di UTM skudai…hehe seronok pulak imbau kisah lalu ni…

Masa tu ana kira agak aktiflah dengan satu persatuan islamik kat sana…suami pula aktif kat fakulti..ntah macamana suami join persatuan ana pulak..mmm pastu berada dalam satu organisasi buat program Festival Penghayatan AQ, peringkat Universiti..itulah first time jumpa dan bekerjasama..masa tu ana ni x biasa kerja dengan kaum adam ni…x best…huhu…sebab x reti nak bergaul dengan depa…tapi asbab yang utama adalah kerana kami mementingkan penjagaan ikhtilat antara lelaki dan perempuan, oleh yang demikian kekok bila kena kerja dengan lelaki nih sebab tak biasa hihi..

Habis prog.. so abislah usahasama kami…atas beberapa urusan dan tugas masih juga suami minta bantuan ana dan sahabat2 yang lain . Tapi masa tu penuh dengan biah yang terjaga…mmm indahnya:) takde rasa2 yang mengarut ni apalagi nak bercinta huhu…syukur pada Allah yang sentiasa mengawal hatiku…

Pastu setelah suami selesai degree, dia nyatakan hasrat utk walimah melalui orang tengah. Tiba2 sahaja tanpa sebarang hint. Dengan istikharah dan keyakinan hati ana terima suami tanpa melalui fasa cinta sesama makhluk yang melalaikan.. demi Allah itulah yang terbaik dan teristimewa. Melalui fasa percintaan dengan ikatan yang sah di sisi Tuhan. Menerima lelaki yang begitu asing sebagai pembimbing diri ini menuju jalan redha Ilahi, hanya pada Allah disandar segala keputusan…sungguh, Allah begitu bermurah mengurniakan ana suami seperti Ahmad ‘Athif, orang yang sabar dan penyayang sepertimana maksud namanya: (‘Athif=penyayang)…sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang berlemah lembut terhadap isterinya…alhamdulillah Allah menemukan ana lelaki ini…insyaAllah bersamanya ana meneruskan kehidupan dengan kehadiran jundi2(ahna safiy=lemah lembut&bersih, ahya safiy=pemalu&bersih) soleh solehah wa muslih, moga sama2 kita berada sebagai insan yang mengikuti jejak langkah Rasulullah…ameen

lunch set prepared by my husband

spices breaded chiken

Ana ada ikuti kuliah online seawal jam 10 pagi..bila suami pulang nak lunch ana masih lagi belum selesai, maka suami yang kepenatan ketika itu bermurah hati membantu ana…sangkanya tolong sikit2 je, rupanya semua dia sediakan macam yang dalam gambar di atas tu…

Hehe pandai tak suami ana masak? huhu ni ada skill tersembunyi nih..ingatkan pandai main robot2 kat lab jek…rupanya pandai main masak2 jugak ye ;) hihi…oklah sampai sini dulu…insyaAllah kot2 ada kejutan lagi update nanti…salam





~Sarapan Teristimewa~

23 06 2008

Dulu masa masih belajar kat UTM teringat selalu tak sarapan lebih2 lagi kalu ada kelas seawal jam 8 pagi. Nak jalan gi kelas dalam 15 minit. Kalau tak pun kena keluar awal tunggu bas. Jadinya selalu tak sempat sarapan, kalau hujung minggu je suka kumpul dengan kawan2 sarapan sama2… bestnya masa tu…:)

Hehe hari sabtu lepas, ana “disediakan” sarapan istimewa oleh seseorang—> huhu, teka siape??

Biasanya hari minggu si dia selalu sibuk di lab, hehe alhamdulillah, kalau hujung minggu dia sudi masakkan pula untuk ana…mmm susah tu nak dapat peluang;) hehe..Nak tengok hasil tangan suami ana yang tersayang? enjoy…

ni secara keseluruhannya….;) ada roti prata, telur dadar gulung, daging burger, sosej, tomato, salad, mayonis, sos dan yang paling mahal sekali kopi radix huhu

ni pulak cara nak makan dia…mmm mewahnya…. syukur alhamdulillah pada Allah yang mengurniakan rezeki pada kita…

Paginya hujan renyai-renyai..kata Yamamoto sensei sekarang musim hujan (biasanya bulan 6 ni lah)… memang selalu hujan, biasanya jemur kain pun dalam rumah je. Tapi oleh sebab suhu agak tinggi, kering juga. Lepas sarapan kami ada jemputan ke majlis kesyukuran zakiah& zairol yang baru sahaja berkahwin beberapa bulan lepas.

ahna dan ahya bersiap nak gi umah makcik zakiah

ni masa jalan nk gi kesana, ada pakcik ammar, makcik hajar dan makcik ina

Petangnya jalan2 cari barang keperluan dapur….tu je untuk hujung minggu lepas. InsyaAllah kalau ada apa2 update lagi pasni…wassalam