Learn to control your heart

26 06 2009

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeeh :D .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.  Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.  Namun hati2 keranakalau  tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.  Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang  terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.  Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?   atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.  Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?  ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku  mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.  Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.  Menghina, mengejek,  iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.  Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.  Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu  indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.  Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang  diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan  untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata  : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!





Ahya menerima ujian…ummi juga..

28 05 2009

bismillah

Harini anak2 dah mula masuk hoikuen setelah yasumi selama  3 hari.  Hisashiburi..anak2 sedikit menangis mungkin dah lama cuti jadi x biasa dengan keadaan tu. Dari Fukuoka Ahya kurang sihat, batuk2 kuat, lagi nafas pun berbunyi2 macam asma. Tadi jam 1130 sensei call kata suhu badan naik, then minta ambil bawak balik sebab dia risau kalau2 demam. Selepas mengayuh lebih kurang 5 minit ana sampai ke hoikuen. Ahya baru lepas makan. Kata sensei dia makan nasi sahaja, yang lain x makan. Lepas akhi balik lunch tadi, kami bawa ke klinik. Dapatlah 4 jenis ubat untuk makan selama 4 hari. Sebelum masuk kena buat test suhu badan di luar klinik. Bikkuri…kuarantin kana. Lani wabak selesema khinzir ni makin merebak di Jepun terutama Kobe. Alhamdulillah Dr kata Ahya tak apa2. Cuma nodo ga akai (kerongkongnya merah), kong2 (batuk2) then badan panas sikit. Lepas makan ubat Ahya dah tidur. Ahna macam biasa masih di hoikuen. Moga Ahya sabar hadapi ujian kesihatan dan ummi juga sabar jaga Ahya yang mungkin sedikit banyak ragamnya nanti..ameen

Harini patut ada nihonggo, tapi tadi call setsu san minta tukar esok. So, esok kelas pkl 1 petang. Ditemani Ahya yang dinasihatkan Dr supaya bercuti esok, moga2 ummi dapat belajar dengan baik, insyaAllah.

4 hari lepas kami ke Fukuoka. Tapi disebabkan ada sedikit masalah dengan kad kamera yang x dapat di trace oleh kom ni, maka tak dapat ana update berita di sana lagi. Jadi afwan ye bila entry ana xada gambar2 yang masuk. Tapi ana nak share youtube lagi. Satu penyampaian yang bagus dan sangat2 menarik. Video pun clear. Pada sesiapa yang suka memberi alasan, mencari2 pelindung atas kemungkaran yang ia lakukan, mempersoalkan itu dan ini, dan pada yang mula merasakan ‘annoying’ bila ada yang mengingatkan ia tentang Al Quran…dengar, fahamlah, dan terimalah…moga diberikan kefahaman dan keimanan…

kredit to jannah (utm) for sharing this video…very interesting






Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

29 03 2009

Hampir 2 minggu ana kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sentiasa juga hilang sebelum ini. Tapi ana biarkan dengan andaian ia tidak hilang jauh. Sungguhpun ia sesuatu yang begitu penting, dan amat penting, ana dengan rasa acuh tak acuh sekadar membiarkan masa berlalu dengan berharap akhirnya pasti bertemu jua…

Tapi kini kehilangannya agak berbeza. Bilamana setelah 2 minggu mencari2 masih juga belum bertemu… terdetik juga kerisauan dalam hati tapi ana masih agak tenang, tidak kalut dan terasa hilang punca. Masih berharap ia akan kembali ditemui seperti sebelumnya..

Harini ana  teruskan lagi proses mencari. Kerana kebimbangan mula menapak dalam diri ini. Kalau betul2 hilang ketika di luar rumah…tentu ana akan menyusahkan orang lain terutama akhi. Akhi juga sudah tolong carikan di kereta tapi tak juga ditemui. Ketika sedang menggeledah sekitar rumah, akhi pun tanya

Akhi   : ” Siti ada minta doa tak pada Allah supaya dimudahkan jumpa?”

Ana    : “Mmm…aah kan… Ya Allah jumpakanlah aku dengan *****ku”

Ana teruskan proses pencarian. Sambil2 tu kemas rumah :D . Akhirnya ketika hampir putus asa, ana cuba mencari ditempat yang agak mustahil. Dengan andaian mungkin di situ kalau2 anak buat main. Tiba2 terasa pulak nak buka beg plastik yang tersimpan cantik beberapa minggu lepas. Buka2…tiba2 ternampak objek berwarna hitam…Aaaaa~ alhamdulillah….jumpa jugak…

Subhanallah..betapa Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihi. Dengan meminta padanya pasti akan di kabulkan. Sebentar sahaja bermohon Allah telah membantu ana…atas kasih sayangnya Dia memudahkan segala urusan kita. Terkadang atas nikmat yang kita peroleh tanpa kita bermohon dan berhajat, jarang sekali kita syukuri kecuali atas apa yang kita benar2 hajati. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan perlu di peringatkan. Sebesar mana pun kita, sebanyak manapun pengalaman kita, se senior manapun kita, malah sehebat manapun kita, pasti akan ada masanya terlupa, tersilap dan tersalah..itulah hakikat insan yang pelupa lagi penuh kekurangan….

Beruntunglah bagi yang menginsafi dan berbahagialah…





Dulu, kini dan selamanya~

20 02 2009

bismillahirrohmanirrohim…

Buat pengunjung yang budiman. Kali ini ana tak post tentang makanan. Bila dengar perkataan makanan hati ana terasa sedikit sebak :) . Hehe tapi semangat untuk berkongsi tidak pernah pudar. Ana menyukai bidang ini, insyaAllah selagi mana ia bukan sesuatu yang memberikan keburukan dan kemudaratan ana akan teruskan. Cuma pada antum yang diluar sana jangan salah tanggap terhadap ana. Hidup ana bukan segala-galanya seperti dalam wordpress ini. Malah ia lebih luas dari itu. Ana kongsikan apa yang sesuai dan simpankan apa tidak perlu.

Kali ni ana mengimbau memori lama yang menjadi nostalgia. Sebagai tazkeerah buat diri juga bagi yang mahu menyorot rentetan tulisan ana. Khas ana tujukan buat akh seperjuangan 2001-2006 di bumi penuh ilmu dan tarbiyah itu….nada yang sinonim yang sentiasa menjadi halwa telinga dan semangat kita….

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Berada di waqi berbeza dan jauh dari zon selesa, banyak memberi pengalaman dan pengajaran bermakna buat ana. Namun tak kurang, ia juga bisa menjadi suatu ujian yang sungguh menggugah hati. Kadang2 terfikir seolah2 kami tercampak ke suatu kawasan baru yang sungguh terpencil. Terpencil dari sinaran itu. Lantas sedikit demi sedikit cahaya itu di anugerahkanNya. Kemudian kami harus bekerja dan terus bekerja.Dan ketahuilah bahawa semakin banyak usaha kita taburkan untuk taklifan ini maka akan semakin banyaklah ujian2 dan dugaan yang bakal menimpa. Ia mungkin sedikit melukai hati, mungkin sedikit mencalar peribadi, mungkin sedikit melumpuh pergerakan,  malahan mungkin juga mampu merebahkan kita! Na’uzubillahiminzalik.

Kadangkala berada bersama akh, ana rindukan biah itu. Biah di mana diri ini terbina. Di bumi penuh ilmu itu. Ana mencari lantas menjumpainya di sana.  bersama teman2 dan kakak2 yang sungguh akhlaknya menjadi pujian dari pertama ditemui hingga ukhuwah terus terjalin. Akhlak mereka menjadi ikutan. Kemudian ia diserikan dengan ilmu, materi2 yang menambah perbaikan dalam hati. Adab sebagai akh terserlah di dalam rumah mahupun di luar..ana benar2 kagum…mereka penuh dengan senyuman. mendidik hati penuh dengan kelembutan. Kadang2 halaqah itu cerminannya naqibah bukan materi semata. rindunya mahu bertemu naqibah kerana ukhuwwah dan kerana biah.

Lantas ana sendiri terfikir, kalaulah mahu ditulis ataupun di power pointkan bahan2 yang pernah ana dapat dulu mungkin tak terdaya aqal ini. Kehebatan akh ketika itu tidak hanya terserlah pada bahan penyampaiannya semata2 tetapi terletak pada bait tutur katanya dan kekuatan ukhuwwah mereka. Semangat ukhuwwah tetap mekar di medan tarbiyah  ketika itu. Mengapa seorang yang sakit dalam HAQ kita, kita semua terasa sakitnya juga… Mengapa air mata sentiasa mengalir saat kita semua bersama2 mengembeling tenaga di bumi itu? kerana, dalam ukhuwwah dan sahabat yang soleh itu, ada bekalan…yakni bekalan sepanjang jalan kita…

Ana teringat materi pertama yang ana dapat sewaktu ikut HAQ. Ia berkaitan SYUKUR. Suatu bahan yang di sampaikan oleh seorang naqibah dengan begitu penuh kasih sayang. Kelembutan dan keakraban naqibah jadi daya tarikan utama. ketika itu kami tak tahu masalah ummat. kami tak kenal ISK atau IPK.  Tapi kami ikut HAQ dengan rasa ingin tahu, rasa ingin mencontohi juga rasa ingin menjadi…menjadi seseorang…seseorang yang istimewa. Kadang2 HAQ yang kami ikuti materi di sampaikan oleh naqibah hinggakan air matanya bercucuran. Sedih pilu nya kadang2 meresap dalam hati. kesungguhannya membentuk peribadi kami, membentuk akhlak, membentuk perilaku.

mama Arfah…

ana rindukan mama.  Ana hamburkan duka lara hati ni dalam genangan air mata sambil mengingati mama. mengingat jerit perih mama bersama kami. Kadangkala ana rasa tiada tempat mengadu. Kerana dahulu ukhuwwah sesama akh begitu kuat. Kita sering tampung menampung. Sering sokong menyokong. Mama, rindu berada dalam pelukan mama sambil mama membisik kata2 penguat semangat untuk menghadapi tiap ujian yang menimpa. Mama terlalu pengasih pada anak2mu yang kerdil hinggakan bila menyampaikan sesuatu materi, mama sendiri bisa menangis. Bila berbicara mama menggunakan bahasa yang indah. Bahasa kasih sayang. Mama sentiasa tersenyum..tersenyum sepanjang masa. Bila menyampaikan sesuatu mama senang menggenggam tangan kami. Bila keluar ke taman sambil tadabbur alam, mama memimpin tangan dan memeluk kami…bagaimana mama bisa ana lupakan…

Namun di sebalik kejauhan dari mama,  Allah mengurniakan ana seorang teman yang soleh lagi penyayang. Dialah yang menjadi tempat hamburan sedih pilu hati. Sabar dan tenang memberikan bahunya dan lemah lembut tangannya membelai tatkala ana terasa berat dan getirnya ujian dalam jalan ini. Sungguhpun dugaan yang diterimanya lebih besar, dia tetap tenang…sabar… Kata2nya sentiasa menenangkan..setenang wajah dan perilakunya. Ana beruntung atas anugerah ini. Bila membaca tulisannya ana tahu dia seorang yang menjaga bahasanya. Sentiasa memuliakan ikh, walaupun kadangkala bahasa ikh sedikit sebanyak kurang digemarinya, dia tidak cepat melatah. Senang membiarkan masa dan pengalaman mentarbiyah mereka. Sesungguhnya baitul muslim itu terbina dengan kefahaman yang benar oleh kedua2 pihak.  Dan kita pasti akan merasa keistimewaan baitul muslim yang suci lagi terpelihara. Jazakallah buatmu…suamiku…

“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

(2:216)

Ya Allah atas segala ujian dan kesedihan yang ku alami, dari ’saudara’ ku sendiri mahupun insan2 lain, aku mohon Kau lindungi hatiku dengan sifat sabar. Lagi tenang dan lapang dada ini. Moga senyuman sentiasa menjadi perhiasan dan kekuatanku dalam ukhuwwah yang terbina. moga Dikau menjadikan keluargaku sebuah usrah yang diberkati lagi dirahmati…Dalam mencari mawaddah, sakinah wa rahmah di bumi Mu yang sementara ini….Ameen..

SMM





borak ilmu sikit

12 12 2008

Buat pengunjung laman maya kami, afwan ya ana memang jarang sekali mengaupdate. Juga ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya isi kandungan ni tidak menepati citarasa kalian. Mungkin ada yang bertanya ana ni siapa? Apa yang nak ana sampaikan dengan blog ni? resipi je ke? anak2 je ke?..Hehe banyak manfaat sebenarnya. Tapi kadang2 tu sesuatu itu tidak  mesti disampaikan secara langsung demi menepati tujuannya kan? Allah sendiri bila ia ‘berkata2′ dengan kalamnya tidak mesti ayatnya itu direct, kasar, tegas dan keras untuk hamba2Nya….tetapi kekadang ia melayang jauh membawa kita berfikir dan mentadabbur kemudian barulah kita sedar… oh itu rupanya!

Kali ni ana nak sembang2 dengan antum. Hehe siapa ye antum ni? Antum semualah yang membaca tulisan ana ni.  Bila berkumpul dan berdiskusi tentang islam dengan insan2 terpilih, secara tak langsung bila kita menyampaikan sesuatu ia juga terkesan dalam hati kita kan? Antum yang biasa dengan ‘tabiat’ ni tahu maksud ana insyaAllah.  Baru2 ni kami sembang tafsir. Tiap2 minggu tafsir…huhu tak bosan ke?… insyaAllah tak bosan kalau kita pandai bawa—> huhu cabaran2

Kami bincang tentang nifaq. TAPI bukan infaq ye :D ana kadang2 pun terkonpius. Bila buat reading2 sikit mmm.. oh itu rupanya! :P . Dari pembacaan ana nifaq ni berlaku pada orang mukmin (baca: orang beriman) dan bukan orang muslim(baca: orang islam) umumnya. Maksudnya ia berlaku pada orang islam yang high level sikit, kiranya islam yang beriman yang betul2 percaya islam dan tahu tentang islam serta segala pembawaannya.Waaahh…takut tak? Mmmm..pada sesiapa yang berani kata diri beriman tu baik check ada  nifaq  ke tak dalam diri dia :p  termasuklah diri penulis nih.

Apa maksud nifaq?….cuba antum cari :P hehe….afwan dah lewat. Ana nak beradu dulu :P . Esok jadual pack. Masuk ofis lepas subuh then selesai kerja jam 12. Then nak kena prepare tuk petang punya meeting pkl 1, ada kena present plk, tasmi’ lagi huhu…  then malamnya ada meeting lagi pkl 8 smpi 10 kena present gak. ohho~… esokannya ada kelas nihonggo lagi…waduh…sibuk bangat… :P

Nanti ana sambung entry ni. Saje ana post dulu yang ni. Takmau buat draft sebab banyak draft ana berhabuk dalam ni. InsyaAllah atas taklifan menulis ni akan lebih menarik kudrat ana atas masa yang berbaki untuk mengupdate blog ni…

ok minna…oyasumi nasai…





IMAN, AWAK CUTI KE HARI NI???

10 10 2008

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil…VCD,SMS, TV… jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. ..Al Quran, Zikir,ma’thurat, solat… Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan saya, kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidakpernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan Jabatan Dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik. Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur. Bagai airsungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman airitu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah untuk mebersihkan kembali. Begitu juga denganpekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaAllah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan- perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (an-nuur :35)

di ambil dr blog my sweet sis, UCU MUSS