Aksi putri2 di pantai, uradome, Tottori

22 07 2008

Tadi ana ada sampaikan tentang perkhemahan adik2 di Tottori kan. Jadi, di sana sempat sempat jugalah anha dan ahya bermain air bersama babahnya..ahna suka sangat tapi adik ahya takut2 pastu nangis2 sikit…. hehe ummi tolong snap gambar…ana ni masih amatur bab gambar2 ni…baru nak belajar. Tu pun alhamdulillah ajar pembimbing yang sudi tunjuk ajar (my beloved husband). Disertakan gambar2 mereka yang asyik bermain ketika itu… :)

ahna dan ahya bersama ummi sebelum kebasahan

ahya dan babah sebelum di mandikan… hehe masih tersenyum

bermain di gigi air

adik dan babah belajar tatih

ahya takut air..hehe, kalau kat umah bukan main suka mandi

[

haiiiit…gambarimas

naik belon ikan pulak

mentari mula melabuh sinar

bergambar bersama sebelum berangkat naik ke campsite





Jalan-jalan ke Tottori

22 07 2008

Minggu lepas kami ke Tottori, ikut adik2 ke perkhemahan mereka. Aktiviti menghilangkan tensen secara fizikal mungkin. Di sana ada laut yang terbentang luas dan pemandangan yang sangat cantik. Aduh…. manakah ada tempat di dunia ini yang tidak menambah iman kalau kita menghayatinya. Alangkah Maha Agung dan BIjaksanaNya Allah yang menciptakan. Moga adik2 yang begitu asyik dipantai bermain dan bergurau senda tidak luput dari puji dan zikir pada Allah yang Maha menciptakan…

Kami ke sana selama 2 hari satu malam. Bertolak setelah ana selesai nihonggo dan rawatan pergigian. Malamnya kami menginap di hotel berdekatan. Bukan sebab tak mahu turut serta berkhemah. Tapi kerana keadaan tambahan tempat agak gelap dan anak2 masih kecil, InsyaAllah kami mengambil pilihan yang lebih sesuai untuk anak2. Mmmm keesokan harinya kami melawat beberapa tempat sekitar. Hehe :) jangan antum tak percaya, ada padang pasir kat Jepun nih..

cantik….

sekali tengok macam kat sungai pulak

pemandangan dari atas

ahna dan babah :)

padang pasir

unta