Learn to control your heart

bismillahirrohmanirrohim

Penulis yang suke ponteng ni muncul lagi…hehe…lama betul bercuti ya ana ni. Sekarang baru nak menaip. Afwan semua…dalam melakukan beberapa taklifan ni kadang2 bila menyusun mengikut priority menulis ni jadi yang terkebawah sedikit. Mungkin juga kerana ana merasakan siapalah sangat yang nak membaca..ecceeehūüėÄ .

Hmmm~ saikin (recently) ada beberapa perkara yang kurang mendamaikan hati ana berlaku dalam 2 minggu kebelakangan ni.¬† Ada sesuatu yang indah turut sama berlaku sehinggakan ana merasakan MasyaAllah begini rupanya perasaan itu. Suatu perasaan yang hebat hingga ia mampu mengawal hati dan keseluruhan tindakan kita. Memberikan ketenangan, kedamaian dan keyakinan terhadap apa sahaja yang kita lakukan.¬† Namun hati2 keranakalau¬† tersalah tindakan, perasaan itu akan hilang, makin jauh meninggalkan kita…untuk menggapai perasaan itu ia perlu mujahadah, kerana itu kalau mujahadah hilang, ia turut sama kan hilang. Mahalnya nikmat itu ya Allah…

Selalu ana cakap pada adik2 dalam halaqah akan kehebatan AQ sebagai mukjizat. Betapa alpanya kita sekarang kerana tidak sedar akan hakikat itu.¬† Bila mendengar perkataan mukjizat mungkin yang¬† terbayang pada kita “tongkat Nabi Musa”, kehebatan Nabi Isa “menyembuhkan penyakit”, “bahtera Nabi Nuh” dsb, tapi mukjizat AQ yg turun pada Nabi Muhammad SAW ni seolah tak terpandang dek mata kita.¬† Adakah kerana ia tidak berupa tongkat yang panjang dan ajaib maka ia luput dari kita? Adakah juga kerana ia tidak besar dan gah seperti bahtera Nuh maka ia terhijab dari kita?¬†¬† atau adakah kerana ia tidak bertindak selalu Doktor menyembuhkan penyakit maka ia sirna dari jiwa kita???

AQ: Melaluinya Allah berbicara dengan kita, mendidik hati, akhlak, fikrah, peribadi dan akidah kita.¬† Ketika saidatina A’isyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah, maka beliau menjawab : “akhlah baginda adalah AQ”… Apakah yang kita faham tentang hadis ini?¬† ia menunjukkan bahawa Allah itu mentarbiyah Rasulullah melalui kitabNya! melalui setiap wahyu yang turun, Rasulullah hadam kemudian sampaikan pada yang lain. Begitulah proses tarbiyah dari dulu, kini dan selamanya…

Sebagai insan yang mengaku¬† mengikut jejak Rasulullah adakah kita yakin laluan ini mudah?…tidak..lihat sahaja sirah baginda yang melalui kesusahan dan kepayahan demi Islam. Rakyat Palestin yang sedar dan faham akan keberadaan musuh islam, juga Iran yang kini bergolak di cucuk jarum kejahatan musuh islam, sedang kita masih leka, santai, asyik… apakah upaya yang kita sanggup beri untuk islam? tepuk dada tanyalah Taqwa.

Dalam kita berhubung dengan manusia, banyak kesabaran kita kena ada. Atas kealpaan mereka dalam melontar pandangan, ketidaksesuaian tindakan mereka, semuanya memerlukan pemikiran yang sihat dan tenang untuk menghadapi mereka.¬† Dalam hati ana berkata “sejarah sedang berulang…sabarlah dan jadikan sirah sebagai panduan, Allah sebagai pelindung”. Ketika Rasulullah mula menyebarkan islam, banyak betul tentangan yang baginda hadapi. Sungguhpun pada ketika itu baginda di gelar ‘Al amin’ —> suatu gelaran yang melambangkan ketinggian akhlaknya. TAPI!…bila dia mula menyampaikan islam, memberi peringatan, semua orang menolak dan mula memusuhi baginda!!! pelik tetapi benar. Hanya kerana apa? hanya kerana Muhammad meminta mereka meninggalkan amalan jahiliyah mereka dan bergerak kepada cahaya islam. Lantas mereka yang dahulu melihat kebaikan akhlak muhammad ni mula memfitnah dan memburuk2kan baginda pada mata semua orang.¬† Menghina, mengejek,¬† iri hati dan hasad dengki menguasai hati manusia2 musyrik (baca: kafir, bukan orang islam) ini….

Lihat tafsir al-lahab. Sebab2 penurunan ayat yang pertama.

“binasalah kedua2 tangan abu lahab dan binasalah dia!” (111:1)

Diceritakan asbabunnuzul surah ini adalah kerana kejahatan abu lahab yang memusuhi Rasulullah. Pada ketika itu Rasulullah memanggil sekumpulan manusia, kemudian di katakan pada mereka:

“kalau aku katakan ada musuh yang akan datang menyerang kamu dibalik bukit sana, percayakah kamu?”

jawab mereka:

“kami percaya!”

kata Rasulullah lagi:

“kalau aku mengatakan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruhNya percayakah kamu?”

lantas abu lahab bangun dan mengangkat kedua tangannya lalu mengatakan:

“celakalah kamu”….. terhadap baginda.

Dapatkah kita perhatikan di sini bahawa hanya apabila baginda membawa sesuatu yang baru berupa peringatan dan kebenaran mereka menolaknya. Walaupun mereka tahu tuhan yang sebenar itu Allah tapi ibadah, iman, amal dan akidah mereka jauh dari kebenaran? Naze?doshite?(kenapa?mengapa?)…. sebab, mereka beriman dengan tradisi.¬† Tradisi nenek moyang mereka yang sesat dan kerasnya hati mereka dengan kehidupan lalai dan leka serta penuh senda gurau. Selagi mana baginda tidak menyeru mereka berubah dari amalan jahiliyah,mereka mengagungkannya namun, sekiranya baginda mula menyeru kebenaran yang bertentangan dengan adat mereka maka mereka melenting sebegitu hebat.

Mari kita kembali ke zaman 2009. Sedar atau tidak ramai yg sudah menjadi umpama kaum2 terdahulu sungguhpun mereka islam. Murtad berleluasa. Solat ditinggalkan. Aurat tidak ditutup sungguhpun lelaki atau wanita. Dunia lebih dikejar berbanding akhirat.¬† Bersungguh2 bila melakukan perkara lagho tapi menjauhkan diri dari majlis zikir. Nauzubillahi min dzalik…moga kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Sekiranya kita menjadi golongan yang mahu menyebar islam, bersedialah untuk menerima sebarang ujian berupa penghinaan dan ejekan, dipersenda dan dipermainkan. Mana mungkin jalan tarbiyah itu¬† indah kalau kita mengharap syurga Allah yang mahal itu.¬† Kata Saidina Ali: “apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa yang dilakukan, keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal“. Allahua’lam Allah lah yang maha pengampun..

p/s = dalam melayari taklif ini, segala ejekan, penghinaan, dan persendaan yang¬† diberikan kita terima walaupun ia mencucuk dalam hati. Sesungguhnya, kalau tidak kerana TARSIR ANNAS, serta pengetahuan bahwa syaitan terkutuk membisikkan¬† untuk mencurah minyak atas api yang membara, namun mukjizat Muhammad memelihara kita. Allah berkata¬† : “bersabarlah, dan maafkanlah mereka…jangan engkau menjadi orang yang melampaui batasan…”(2:190)….. (2:195)

Ya Allah sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taati) Penuhkanlah piala hati kami dengan kasih sayang serta lapang dada. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Ampunilah kami dan ampunilah mereka. Jauhkan kami dan mereka dari taghut dan dekatkanlah pada cahaya MU..ameen

salam perjuangan diperantauan..yoshhh!!!

Posted in TAKLIF, TAZKEERAH | Tagged , | 7 Comments

Ulang tahun ke 4

Tanggal 5 jun 05 tarikh yang sangat bermakna buat kami, alhamdulillah setelah 4 tahun mendirikan baitul muslim ini, allah kurniakan kami dengan pelbagai berkat dan rezki. 2 puteri, ahna (3tahun) dan ahya (hampir 2 tahun) menjadi penyeri2 yang menyejukkan mata kami. Segala cabaran yang datang  ditempuhi bersama, saling membantu, saling menyintai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

berdua

Makin lama mendirikan rumah tangga, makin byk yang dipelajari dalam mencari redha allah swt.Cinta yang makin kembang dan mekar ditambah pula dengan kasih sayang yang bertautan menjalinkan hubungan mahabbah dalam keluarga kami alhamdulillah. Ini rupanya ibrah dari cinta selepas perkahwinan yang berbeza dengan stereotype cinta hari ini, sebelum kawin bukan main itu ini, tapi lepas kawin kering ibarat perigi yang ketandusan airūüôā

samurai

Mohon doa antum moga keluarga yang dibina ini menjadi kelaurga yang sentiasa diberkati lagi memberkati mereka sekitarnya.

canon24may 794

Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun kami di bumi jepun ini, satu pengalaman istimewa buat kami mengenali adik2, sahabat2 dan rakan2 sekitar dalam suka dan duka memperjuangkan ISLAM dimuka bumi allah.

canon24may 172

Moga sentiasa dibantu Allah swt segala usaha kita dalam akademik, sahsiah dan tarbiyah, ameen ya rabbal alamin.

Baiti Jannatiūüôā

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 9 Comments

Praktikal…

bismillahirrohmanirrohim

Semalam hari Khamis..macam biasa ada kelas bahasa Jepun. Esok sabtu ada kelas juga tapi di Kouminkan. Hari Rabu pun ada kelas di daigaku. Tapi cuma sejam, pembelajaran pun ringan dan mudah tangkap dan faham. Sensei sebut sebiji2 butir katanya. Tak sedar masa cepat berlalu. hari Khamis pun seronok..dengan Setsu san. Biasa kelas ni akan ambil masa 3 jam lebih. Pun rasa masa cepat berlalu. Seronok agaknya belajar ye. Tapi sebab banyak sangat kadang2 rasa berat juga. Ditambah dengan shukudai (homework) yang perlu disiapkan. Bayangkan untuk tulis diary ana ambil masa dalam 3 jam gurai!….susahnya rasa nak buat ayat.. hehe :d . Sebenarnya Setsu san memang agak banyak input bila dia ajar ana. Kadang2 memang tak tertangkap. Walaupun dia blh speaking, masyaAllah mahalnya dia nak translate¬† nihonggo dia ke eigo.ūüėõ . Cara pengajaran pun lain. Dia tak¬† bagi ana rujuk buku. Dia tanya soalan, suruh ana dengar dan jawab balik. taihen2….ūüôā

Semalam masa dia sampai rumah, tiba2 ajak ana walking2. Keluar rumah. Mulanya agak blur juga. Pastu naik kerete dengan dia pergi ke kawasan daigaku. Cuba teka apa yang ana kena buat? huhu…. Disebabkan sekarang ana sedang belajar arah dan jalan, maka dia minta ana cari sesuatu fakulti semua tu dalam bahasa jepun. Dia akan ikut sahaja, then ana kena pandai2 sendiri tanya orang lain dan faham arah yang orang tu sampaikan. Jauh kena jalan kaki dong!!! Tapi seronoklah…ingat masa time duk UTM dulu gi kelas yang jauh2 tu pun jalan kaki gak… 2 @ 3 km gurai… :d

Semalam kena cari 4 fakulti. Oklah…blh belajar byk vocab then boleh tahu tempat2 dalam dai. Sempat jugalah dalam misi mencari (but bukan menyelamat :P) tu, lalu depan akhi punya bangunan… Tapi orang yang di damba takde depan mataūüôā .¬† Habis tugasan outdoor ni kami belajar macam biasa kat rumah ana. Setsu san ajar ana cepat memandangkan masa ana kat sini dah tak lama. Dia budjet nak habiskan juga buku II nihonggo tu sebelum ana balik Malaysia nanti.¬† Boleh ke ana fokus ye…insyaALlah kan..hanya Allahlah yang beri kekuatan..moga Allah berikan kesudahan yang terbaik buat ana dan kazoku di sini. ameen

setsu san

Setsu san

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | Leave a comment

Ahya menerima ujian…ummi juga..

bismillah

Harini anak2 dah mula masuk hoikuen setelah yasumi selama¬† 3 hari.¬† Hisashiburi..anak2 sedikit menangis mungkin dah lama cuti jadi x biasa dengan keadaan tu. Dari Fukuoka Ahya kurang sihat, batuk2 kuat, lagi nafas pun berbunyi2 macam asma. Tadi jam 1130 sensei call kata suhu badan naik, then minta ambil bawak balik sebab dia risau kalau2 demam. Selepas mengayuh lebih kurang 5 minit ana sampai ke hoikuen. Ahya baru lepas makan. Kata sensei dia makan nasi sahaja, yang lain x makan. Lepas akhi balik lunch tadi, kami bawa ke klinik. Dapatlah 4 jenis ubat untuk makan selama 4 hari. Sebelum masuk kena buat test suhu badan di luar klinik. Bikkuri…kuarantin kana. Lani wabak selesema khinzir ni makin merebak di Jepun terutama Kobe. Alhamdulillah Dr kata Ahya tak apa2. Cuma nodo ga akai (kerongkongnya merah), kong2 (batuk2) then badan panas sikit. Lepas makan ubat Ahya dah tidur. Ahna macam biasa masih di hoikuen. Moga Ahya sabar hadapi ujian kesihatan dan ummi juga sabar jaga Ahya yang mungkin sedikit banyak ragamnya nanti..ameen

Harini patut ada nihonggo, tapi tadi call setsu san minta tukar esok. So, esok kelas pkl 1 petang. Ditemani Ahya yang dinasihatkan Dr supaya bercuti esok, moga2 ummi dapat belajar dengan baik, insyaAllah.

4 hari lepas kami ke Fukuoka. Tapi disebabkan ada sedikit masalah dengan kad kamera yang x dapat di trace oleh kom ni, maka tak dapat ana update berita di sana lagi. Jadi afwan ye bila entry ana xada gambar2 yang masuk. Tapi ana nak share youtube lagi. Satu penyampaian yang bagus dan sangat2 menarik. Video pun clear. Pada sesiapa yang suka memberi alasan, mencari2 pelindung atas kemungkaran yang ia lakukan, mempersoalkan itu dan ini, dan pada yang mula merasakan ‘annoying’ bila ada yang mengingatkan ia tentang Al Quran…dengar, fahamlah, dan terimalah…moga diberikan kefahaman dan keimanan…

kredit to jannah (utm) for sharing this video…very interesting


Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAZKEERAH | Tagged , | Leave a comment

PnK di Yamaguchi

bismillah..

Salam dan selamat sejahtera semua…

aaaa…akhirnya….

uhhu~~~ tentu ada yg sebut macam kat atas tu bila masuk blog ana ni. Punyalah lame x update. Afwan bagi sesiapa yang sering bertandang tapi asyik tengok entry sama je. Baru2 ni (16&17 Mei) kami baru selesai program PnK a.k.a ISK bertempat di Yamaguchi. Dalam 4 jam gurai melalui highway dari tempat kami  di Okayama. Rombongan kami terdiri dari 3 buah mpv dengan kapasiti muatan penuh :d. Manakala peserta yang lain dari tempat berbeza berkumpul di lokasi program berjumlah kira2 43 orang keseluruhannya.

Alhamdulillah program terasa indah bagi kami..semangat ketika di UTM dahulu kembali menyinar. Allahlah yang merancang segalanya manakala kami hanyalah terdiri dari batang2 tubuh yang melaksanakannya itupun dengan kudrat yang dikurniakanNya. Program yang singkat itu padat dengan aktiviti dan pengisian. Untuk melihat secara roughly ana sertakan link youtube. Pada antum yang sudi sudi2kanlah untuk menonton…yoroshiku onegaishimasu

~manakah insan2 yg sudi bersama kami di sini? kami seperti sudah makin singkat masanya di sini…Ya Allah kurniakanlah kami pengganti yang lebih baik..ameen~

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI, TAKLIF | Tagged | 3 Comments

Kenapa perlu bermula dan tunjukkan contoh terbaik?

bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah harini telah bermula hari2 yang agak mencabar untuk Ahna wa Ahya. Mereka dah masuk hoikuen (nursery). Ahna bukan main suke lagi sampai bila ana nak ambil bawa pulang dia rengek2 nak tinggal. Adik pula lain ceritanya. Dari mula letak sampai ummi datang amik nangis saja, sampai berair hidungnya.

Mungkin ada yang tertanya kenapa masukkan nursery? Ana dan akhi rasa perlu untuk mereka berkawan. Terutama belajar disiplin dan peraturan hidup orang jepun yang baik. Di rumah, Ahna dan mula membaca Alif, Ba, Ta. Alhamdulillah mahu dia ikut ana baca. Juga suka ikut baca doa. InsyaAllah moga anak2 kami perkasa ruhiyyah dan jasmaniyahnya..ameen. Moga mereka sentiasa dalam biah yang baik dan mendapat didikan dari contoh yang baik juga.

Betapa pentingnya kita sebagai orang yang lebih berpengalaman dan berusia menunjukkan contoh yang terbaik untuk generasi yang mendatang tak kiralah anak kita, adik kita mahupun orang2 baru yang hadir di sekeliling kita.¬† Kenapa? kerana ia membawa suatu mesej dan mungkin mesej ini memberikan impak yang begitu besar kepada tatacara hidup mereka akan datang. ohhhooooo~ sampai macam tu sekali ke….???

Cuba fikir analogi ini. Ana bawa contoh life di Jepun.¬† Bayangkan anda mendatangi sebuah rumah. Dan anda tidak hadir seorang diri tapi dengan beberapa teman anda yang lain. Anda dan teman2 anda itu masih baru berada di kawasan tersebut.¬† Anda pun dengan dipandu seseorang akhirnya menjumpai rumah yang ingin didatangi tadi. Dari luar rumah anda terdengar bingitnya suara tetamu yang telah lame berada dalam rumah tersebut. TIba2 terdengar suara dari dalam rumah ketika anda memberi salam. “masuk! masuk!” katanya. Anda pun masuk. Pastu apa yang anda nampak ialah setimbun kasut2 yang berselerak ditempat letak kasut. Hmmmm…ape anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan

b) sanggup letak kasut diluar rumah asalkan tersusun

c) masuk dan susunkan kasut2 yang lain sebelum meletak kasut anda dengan tersusun

Tapi bayangkan pula ketika masuk tadi kasut2 tetamu yang¬† awal¬† telah tersusun dengan baik. Tuan rumah juga menjemput anda dengan penuh hormat “silakanlah..jangan segan2” diiringi senyuman mesra. Terus, tetamu2 juga kelihatan begitu menjaga adab pergaulan dan pertuturan. Tidak membuat bising dan tenang. Hmmmm…apa anda akan buat?

a) masuk dan tinggalkan saje kasut anda berselerakan, buat hal sendiri

b) masuk dan meletakkan kasut dengan tersusun, lalu cuba menyesuaikan diri dengan  suasana.

Situasi pertama menunjukkan betapa buruknya contoh yang ditunjukkan oleh tuan rumah dan tetamu2nye yang dah lame sampai.¬† Anda sebagai orang baru nak buat camana? nak buat (c)nanti orang kata pelik pulak. Nak buat (b) nanti buang tebiat. So, senang (a) jelah baru orang tak kata apa2 sebab nanti nak sesuaikan diri dengan tetamu yang dah lame sampai. Kalau tak ikut keadaan nanti bimbang ape kata tetamu2 yang awal tadi. :D… Haaa..betul ke? Hihi…sendiri fikir dan jawablahūüėõ

Tengok pulak situasi kedua. Ini contoh baik yang di lakukan oleh tuan rumah dan tetamu2 nye. Sebab tuan rumah punya hak untuk tetapkan apa yang dia mahu yang terbaik sesuai dengan fitrah hidup manusia yang beriman dan berakhlak mulia, Jadi nak tak nak tetamu yang datang harus ikut peraturan tuan rumah. Tapi apa yang cantiknya, ia memberikan contoh yang baik untuk tetamu2nya. Sehinggakan bila tetamu2 itu laksanakan ia¬† kelihatan cantik pada tetamu lain sungguhpun yang baru datang. Sebab apa? sebab tetamu itu melihat contoh dihadapannnya. Bagaiman ia harus bertingkah laku dalam suasana baru yang dihadapinya. Anda nak buat (a) ke (b)? itu terserah pada iman dan akhlak anda lah…deshou?…

Same2 fikirkan…. moga kita mampu memberi qudwah hasanah terutama buat anak2 kita, adik2 kita dan teman2 kita.¬† Kenikmatan dunia yang dicari takkan habis. Makin¬† anda kejar makin rasa kurang. makin di cari makin menyepi, makin di impi makin hilang seri, makin dipuji makin jauh dari Ilahi. Tapi yang pasti carilah islam di mana sahaja anda berada.¬† Kerana makin anda cari memang makin terasa kurangnya ia dalam dada, namun makin menambah kita dekat padaNya. Allahua’lam…

Posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI | 2 Comments

Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani

Hampir 2 minggu ana kehilangan sesuatu. Sesuatu yang sentiasa juga hilang sebelum ini. Tapi ana biarkan dengan andaian ia tidak hilang jauh. Sungguhpun ia sesuatu yang begitu penting, dan amat penting, ana dengan rasa acuh tak acuh sekadar membiarkan masa berlalu dengan berharap akhirnya pasti bertemu jua…

Tapi kini kehilangannya agak berbeza. Bilamana setelah 2 minggu mencari2 masih juga belum bertemu… terdetik juga kerisauan dalam hati tapi ana masih agak tenang, tidak kalut dan terasa hilang punca. Masih berharap ia akan kembali ditemui seperti sebelumnya..

Harini ana¬† teruskan lagi proses mencari. Kerana kebimbangan mula menapak dalam diri ini. Kalau betul2 hilang ketika di luar rumah…tentu ana akan menyusahkan orang lain terutama akhi. Akhi juga sudah tolong carikan di kereta tapi tak juga ditemui. Ketika sedang menggeledah sekitar rumah, akhi pun tanya

Akhi¬†¬† : ” Siti ada minta doa tak pada Allah supaya dimudahkan jumpa?”

Ana¬†¬†¬† : “Mmm…aah kan… Ya Allah jumpakanlah aku dengan *****ku”

Ana teruskan proses pencarian. Sambil2 tu kemas rumahūüėÄ . Akhirnya ketika hampir putus asa, ana cuba mencari ditempat yang agak mustahil. Dengan andaian mungkin di situ kalau2 anak buat main. Tiba2 terasa pulak nak buka beg plastik yang tersimpan cantik beberapa minggu lepas. Buka2…tiba2 ternampak objek berwarna hitam…Aaaaa~ alhamdulillah….jumpa jugak…

Subhanallah..betapa Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengasihi. Dengan meminta padanya pasti akan di kabulkan. Sebentar sahaja bermohon Allah telah membantu ana…atas kasih sayangnya Dia memudahkan segala urusan kita. Terkadang atas nikmat yang kita peroleh tanpa kita bermohon dan berhajat, jarang sekali kita syukuri kecuali atas apa yang kita benar2 hajati. Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa dan perlu di peringatkan. Sebesar mana pun kita, sebanyak manapun pengalaman kita, se senior manapun kita, malah sehebat manapun kita, pasti akan ada masanya terlupa, tersilap dan tersalah..itulah hakikat insan yang pelupa lagi penuh kekurangan….

Beruntunglah bagi yang menginsafi dan berbahagialah…

Posted in TAZKEERAH | Tagged | 2 Comments