aktiviti Ahna dan Ahya

mungkin ramai yang tertanya-tanya apa aktiviti ahna dan ahya setiap hari, emm babah ngan ummi pun tak pasti apa nak bagitahu. Pagi2 lagi ahna biasanya bangun mintak susu OHAYO, ahya pulak kalau terjaga terus duduk—> dah pandai duduklah katakan :). Bila babah dah nak ke University kadang2 mandi sama2 dengan anak2. Pastu bila babah dah pegi University (Daigaku dalam Nihonggo), ahna dan ahya duduk ngan ummi kat umah samada :

1. Mandi ngan ummi

2. Main buaian

3. Main conteng2

4. Main kemas2 aka sepah2

5. Main dua orang

6. Tidur lepas penat main

7. Main makan2

8. Tolong ummi masak2 kat dapur

Dah ada 2 orang anak, kadang2 yang sorang jeles ngan yang sorang lagi tu biasa, insyaAllah perhatian untuk anak2 perlu dibagi sama rata supaya mereka rasa dikasihi dan di sayangi selalu. Sebenarnya perlu sangat sebagai ibu bapa untuk memahami psikologi anak2.. ana sendiri kadang2 rasa sangat kurang ilmu berkaitan perkara ini. Ahna sekarang cepat terasa hati kalau ummi selalu pegang adik..kalau cuba nak manjakan dia dan dodoikan dia yang syahdu2 sikit, mulalah ahna nangis huhu… sadisnya jiwa anak perempuanku ini…mungkinkah ahna teringat zaman babynya dahulu dimana hanya dia yang berada dipangkuan ummi…

Ape pun sekarang ana juga seimbangkan semampu mungkin. Mungkin juga ahna masih belum faham bahwa adiknya perlu lebih perhatian. Tambahan pula masih belum mampu berjalan, jadi perlu selalu digendong kemana-mana. Dan yang paling penting dan tepat tentulah kebergantungan kita pada Allah swt. Ya Allah, padaMulah aku sembah dan memohon pertolongan, moga kau berikan petunjuk untuk membesarkan jundi2 ku agar mereka menjadi insan yang soleh dan musleh lagi beriman dan bertaqwa hanya padaMu…hanyalah padaMu yang satu….ameen

ini serba sedikit gambar jundi2 ana yang sibuk dengan xtvt masing2 di rumah…:P

gambar ahya yang terbaru, duk bersimpuh, rambutnya lebat dah boleh tocang dua

ni kak ahna, rambut kakak jarang tapi panjang dah buleh ikat jugak

hehe ni dia 2 beradik sekawan…sama tak muka kami?

kat umah ada panjat2 dan gelongsor. inilah permainan ahna dah ahya di rumah…

ahya duk atas buai

ahna dan ahya main panjat2

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

1 Response to aktiviti Ahna dan Ahya

  1. amir_banana says:

    可愛い!!

Leave a comment