Kejutan Kedua

Hujung minggu baru ni baru je dapat kejutan breakfast special dari seseorang..tup…tup…dapat lunch special lagi pulak….hehe, semalam suami tersayang telah bermurah hati menyediakan menu makan tengahari kami berdua…masyaAllah indahnya alam rumahtangga🙂 pada yang masih belum berumahtangga tu, cepat2kanlah hehe tak perlu bercintan cintun ni…x baik..silap2 boleh bawa dosa lagi…

Teringat kisah pertemuan dengan suami..di UTM skudai…hehe seronok pulak imbau kisah lalu ni…

Masa tu ana kira agak aktiflah dengan satu persatuan islamik kat sana…suami pula aktif kat fakulti..ntah macamana suami join persatuan ana pulak..mmm pastu berada dalam satu organisasi buat program Festival Penghayatan AQ, peringkat Universiti..itulah first time jumpa dan bekerjasama..masa tu ana ni x biasa kerja dengan kaum adam ni…x best…huhu…sebab x reti nak bergaul dengan depa…tapi asbab yang utama adalah kerana kami mementingkan penjagaan ikhtilat antara lelaki dan perempuan, oleh yang demikian kekok bila kena kerja dengan lelaki nih sebab tak biasa hihi..

Habis prog.. so abislah usahasama kami…atas beberapa urusan dan tugas masih juga suami minta bantuan ana dan sahabat2 yang lain . Tapi masa tu penuh dengan biah yang terjaga…mmm indahnya:) takde rasa2 yang mengarut ni apalagi nak bercinta huhu…syukur pada Allah yang sentiasa mengawal hatiku…

Pastu setelah suami selesai degree, dia nyatakan hasrat utk walimah melalui orang tengah. Tiba2 sahaja tanpa sebarang hint. Dengan istikharah dan keyakinan hati ana terima suami tanpa melalui fasa cinta sesama makhluk yang melalaikan.. demi Allah itulah yang terbaik dan teristimewa. Melalui fasa percintaan dengan ikatan yang sah di sisi Tuhan. Menerima lelaki yang begitu asing sebagai pembimbing diri ini menuju jalan redha Ilahi, hanya pada Allah disandar segala keputusan…sungguh, Allah begitu bermurah mengurniakan ana suami seperti Ahmad ‘Athif, orang yang sabar dan penyayang sepertimana maksud namanya: (‘Athif=penyayang)…sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang berlemah lembut terhadap isterinya…alhamdulillah Allah menemukan ana lelaki ini…insyaAllah bersamanya ana meneruskan kehidupan dengan kehadiran jundi2(ahna safiy=lemah lembut&bersih, ahya safiy=pemalu&bersih) soleh solehah wa muslih, moga sama2 kita berada sebagai insan yang mengikuti jejak langkah Rasulullah…ameen

lunch set prepared by my husband

spices breaded chiken

Ana ada ikuti kuliah online seawal jam 10 pagi..bila suami pulang nak lunch ana masih lagi belum selesai, maka suami yang kepenatan ketika itu bermurah hati membantu ana…sangkanya tolong sikit2 je, rupanya semua dia sediakan macam yang dalam gambar di atas tu…

Hehe pandai tak suami ana masak? huhu ni ada skill tersembunyi nih..ingatkan pandai main robot2 kat lab jek…rupanya pandai main masak2 jugak ye😉 hihi…oklah sampai sini dulu…insyaAllah kot2 ada kejutan lagi update nanti…salam

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Kejutan Kedua

  1. pandainye suami ct masak…abe pis setakat goreng keropok je la ni…n basuh pinggan…surprise bile sinki dah clear..huhuhu

  2. asariey0000 says:

    sedap tu…yg penting ade gak budu tu….favourite..meme tokleh tinggal…

  3. ctaf05 says:

    hehe kelakarlah kak wani ni…alhamdulillah sudi jugak dia tolong akak tu😉
    yie, hebat ye buleh perasan budu…aura kuat nih…

  4. Kak Moon says:

    Ct…nice to read your blog. Yeap…bila husband masak utk wife/family..rasa terharu dihati. Kat sini, because we are both student, normally weekdays akak masak before go to school and hubby akan balik waktu lunch coz pepagi dia dah gie school. And weekend, tukar shift hehehe…husband akan volunteer utk memasak. Sometime lelaki masak lagi sedap dari perempuan..:))
    – Kak Moon, Reading, UK

  5. ctaf05 says:

    betul tu kak moon…setuju…setuju…;)

  6. zamzuri says:

    Puan Siti,

    Alhamdulillah, puan wajar bersyukur dikurniai suami sepertinya – penyayang, suka menolong dan tidak lokek ilmu. Saya pun dari dulu sentiasa mengharapkan dia berbahagia.

    Kirimkan salam saya padanya. Dari bekas teman sebilik dan sekelas di MAHER dulu. Seorang lelaki dari tempat paling indah di Malaysia – Gua Musang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s