Aktiviti luar rumah

Kebiasaanya petang hari minggu ana jarang keluar rumah, apetah lagi pergi jalan2 dengan anak2. Di sini biasanya perempuan nihonjin bawa anak mereka jalan dengan basikal. Kalau tiada anak, mereka gemar bawa anjing jalan2. Ana pula kalau ada teman atau adik2 yang free keluarlah dengan mereka. Mereka tolong jagakan ahna sebab ahna sekarang dah buleh jalan. Paling mengerikan dia suka jalan kat tengah jalan. Ahya pula kena naik kereta tolak, sebab tidak larat nak dukung huhu… jadi masakan ana buleh jalan2 sendiri dengan anak2 berdua nih. suami sibuk kesian dia, tak buleh kacau. Nak naik basikal pulak macam nak kena berlatih lagi jek. Sebab basikal sini buleh muat tempat duduk baby dan kanak2. Satu kat depan dan lagi satu kat belakang. Ana pernah cuba bawa ahna kat depan tapi hehe… basikal hilang kawalan. Itupun sorang kat jalan, kalau ada kete ke banyak2…hmmm surrender😉 …

Jadi petang2 sekarang ni saja cuba berkecimpung pulak dengan alam semula jadi…buat xtvt tanam menanam pokok2 yang tiada di bumi jepun nih…masih menanti pucuk2 yang tumbuh dari tanah. Masa mok datang haritu kami ada semai beberapa pokok antaranya orkid, kesum, kunyit, ketumbar dan cili merah. Buat masa ni alhamdulillah kesum dah tumbuh dengan sihatnya hihi…orkid yang hampir mati pula dah tumbuh 2 pucuk baru, terima kasih mok sebab tolong semai😛 …..mmmm yang lain masih menanti untuk menjengah alam ini…

kesum

kesum no akachan– tumbuh tanpa disangka

orkid-ni jepun mari🙂

orkid-pucuk kat bawah

bila tengok tumbuhan sebegini teringat dan bertambah faham dengan firman Allah : bahawa Dialah yang berkuasa menghidupkan sesuatu dari yang mati dan mematikan sesuatu dari yang hidup….

dariNya kita datang dan kepadaNyalah kita kembali…

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s