PhD – Okayama University

Buat julung-julung kalinya…

Alhamdulillah setelah bersama-sama zaujah memikirkan untuk buat blog ini, akhirnya ia terlaksana juga. Syukur pada Allah yang memudahkan dan memberi kudrat pada kami. Seringkali zaujah meminta ana untuk menukilkan sesuatu terutama perkembangan tentang pengajian ana di sini. Alhamdulillah kini ana masuk tahun ke dua PhD di bawah seliaan Prof Suzumori (seorang yang gemar tersenyum dan sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan baik pada ana🙂 ) subhanallah..andai islam mekar dalam hatinya betapa ia mampu menjadi insan contoh dengan akhlak yang baik dan akalnya yang bijaksana itu. Jauh dari sudut hati ana sungguh mengagumi beliau atas dasar akhlak, didikan dan bimbingan darinya.

Sentiasa ana teringat kata-kata sahabat tentang ketegasan dan strictnya sensei masing2…ah, betapa ana jauh dari suasana seperti itu. Namun, kebaikan Suzomori bukanlah suatu ruang untuk ana ambil kesempatan padanya. Hari demi hari ana makin terbiasa dengan disiplin dalam lab. InsyaAllah moga pengalaman yang diperolehi di sini bisa menjadi panduan berguna untuk ana kongsi bersama antum dan anak2 didik ana di bumi UTM nanti…

Pada sesiapa yang mungkin masih samar2 dengan bidang ana di sini…hehe..ade ke?😛 . Ana menyambung pengajian dalam bidang system engineering, agak berbeza dari apa yang belajar masa degree zaman muda2 dulu (computer engineering). dah tua dah hehe..research ana sekarang untuk human- machine interaction dan di aplikasikan untuk alat design kerusi. agak complex system dia sbnrnya..di bwh adalah contoh simulation kerusi tersebut😉 ni link website lab ana, boleh singgah minum kopi. http://150.46.68.112/

Sepertimana yang zaujah ana laporkan sebelum ni, kami ke nagoya untuk ke conference di sana baru-baru ni (satu keluarga pegi teman). local conference je.. tapi kalau kira jam, macam naik kapal terbang balik malaysia, dekat2 5 jam nak ke sana..tapi ini merupakan pengalaman pertama ana present research sendiri dalam 2 bahasa, english dan broken nihonggo. sangat menarik dan dapat jumpa ramai orang termasuk staf UTM yang lain (satu department pulak tu).

Terbaru ana bersama pihak universiti (aktiviti selain kat lab je) buat xtvt dengan pelajar sekolah ( Sozan junior high school) di sebuah tempat rekreasi atau dalam bahasa jepunnya shizen no ie di Kibi,kira-kira 1 jam dari tempat tinggal ana. Program tersebut merupakan suatu program yang mana kita ryugakusei (international student) dijemput untuk menjadi fasilitator bahasa Inggeris. walaupun BI tak terer mana, ana bersama 17 lagi fasi lain (dari 14 negara yang berbeza) bersama dengan 120 orang pelajar menjayakan program tersebut. Ada skit presentation, debate, group discussion, introduce japan dan macam2 lagi. Boleh ana simpulkan bahawa nak belajar bahasa inggeris atau nak buat apa2 pun kena ada 3 benda

1. Jangan takut buat salah, mistakes are stepping stone for success

2. Jangan mudah mengalah, must have determination in learning

3. learning is fun, jadikan pembelajar suatu yang menyeronokkan

Disertakan beberapa gambar buat tatapan antum semua..

Insyaallah ada waktu boleh berkongsi lagi, wallahualam..

This entry was posted in BUMI JEPUN, TAKLIF and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to PhD – Okayama University

  1. Assalamualaikum,

    Minta izin link kan blog ni yer.

  2. Din says:

    Assalamualaikum wbt..
    saya akan ke Okayama Univ nie april 2009. Boleh tak guide saya.. ex-UTM

  3. abu says:

    salam,

    duk tunggu2 juga sapa nak datang okayama nanti, ada rupanya..selamat datang
    boleh email saya athif_faudzi@yahoo.com atau YM

    Insyaallah boleh diguidekan semampu yang mungkin

    Okayama ni youkosou😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s