~panassss~

Hari ni seperti biasa, melaluinya bersama anak-anak dan suami. Berdasarkan internet, suhu hari ini paling tinggi 35°C. Alhamdulillah air-cond telah diperbaiki dan lebih bertambah syukur lagi bila ia berfungsi lebih baik dari yang sebelumnya. Subhanallah, besar sekali nikmat Allah pada kami. Walaupun kepanasan yang begitu menguji tetap Allah sediakan nikmat2 yang lain yang mampu mengatasinya…..

Teringat sebelum ini ana berbincang dengan suami untuk beli air-cond lain utk bilik yg lagi satu. Pastu nak beli air-cond yang tak perlu pasang boleh gerak2 sana sini lah. Hehe, alhamdulillah kami tak berbuat demikian. Lebih2 lagi cadangan untuk beli air-cond baru n pasang sendiri. Setelah berbincang dengan pak cik yang menukar air-cond rumah minggu lepas, katanya dame! tidak dibenarkan berbuat demikian sebelum mendapat kebenaran tuan rumah terlebih dahulu. Ana sendiri berfikir camana nak pasang air-cond sendiri kat bilik lagi satu tu? susah banget..kena tebuk lubanglah, pastu nak pasang kipas dia yang besar lagi kat luar, sebab bilik lagi satu tu tak ada ruang nak buh kotak kipas tu…huhu… 😛

Peristiwa yang berlaku ni membuatkan ana tersedar betapa untungnya sifat sabar itu.. InsyaAllah dengan kesabaran Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Ameen…

Panas2 ni sedap dan seronok kalau dapat duk dalam tempat sejuk dan juga makan sejuk2 hehe🙂 . Orang jepun contohnya mereka gemar makan soba atau udon (sejenis mee) bersama dengan kicap sejuk.Hirup camtu je.. Bagi kami di rumah pula, makan cendol lah apa lagi… hihi.

Ni dia udon sejuk, cara makan dia celup je dalam kicap yang ada halia, wasabi dan perasa etc, pastu makan….suami ana suka😛

Ni pulak tempura. Sayur campur, telur, ubi, labu, chikuwa yang dicelup tepung dan di goreng. Sedap dimakan bersama udon panas yang ada kuah. Afwan tak snap pulak gambar nye.

Ahna makan udon sendiri. Memang dia gemar makanan jepun ni….

Ana dan ahya mencepit udon untuk si comel

This entry was posted in BUMI JEPUN, DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s