Makan2 di kala natsu

Semalam buat pertama kalinya berada di sini, hujan turun di kala panas yang membahang. Setelah itu alam menjadi nyaman hinggalah ke pagi ini. Sejurus sahaja sebelum memulakan penulisan ini, barulah air-cond di buka kerana baru terasa sedikit bahang musim panas di bumi nihon ini. Pulang sahaja suami ke rumah semalam hujan ais yang turun katanya….Subhanallah, terkejut juga di hati. Dalam kepanasan yang begitu menguji tiba2 Allah turunkan ais2 kecil dipermukaan bumi… Maha suci Allah sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendaknya.

Saja ana nak share kat sini menu family kami time2 panas ni. Juga buat ibu2 yang memiliki si comel yamg sudah pandai mamam.. dan suka masuk mulut apa2 je yg di jumpai di lantai —> ahya le ni😛 . Sebenarnya pertamanya mestilah kita kena selalu bersihkan rumah terutama lantai atau karpet. Seterusnya pula sediakan cemilan atau makanan yang sesuai dengannya yang boleh dia pegang dan yang penting kalau jatuh ke sepah ke mudah untuk kita bersihkan. Betul tak? hehe…sebab sat gi kalau susah bersihkan kotorannya nanti kalau dia jumpa semula yg dah kotor tu , dia masuk mulut …mmmm x elok…

cendol

Alhamdulillah dengan stok tepung beras kiriman dari Malaysia, dapat juga buat cendol kat sini. Manakala sagunya pula boleh dibeli di sini. hehe…untuk cendol yang lebih segar dan sihat, kami makan dengan susu segar, cecair gula merah dan sagu yang pelbagai warna🙂

roti kentang..khas buat ahna-ahya

Roti ni buat beberapa hari lepas. Roti biasa tapi ditambah kentang untuk tekstur yang lebih gebu, lembut dan harum. Untuk touch-up tu just pipekan tepung kastad yang di campur air then bakar seperti biasa. Keesokannya buat bun kacang merah tapi tak ambil pulak gambarnya. Maaf ana tak sertakan resepinya. Kalau antum mahu just maklumkan, nanti ana bagi ye…

sushi

hihi….ini sushi kedai mari… saja ajak akhi pergi makan sushi aritu. then snap gambar sikit. Masih belum berminat untuk cuba buat sushi lagi..mmmm mungkin sebab tak berapa suka sangat kot. Tambahan pula yang boleh makan banyak dan tak perlu memilih jadi tak rasa urgent nak belajar buat😛

momo a.k.a peach

ha…ingat tak sebelum ni cerita tentang buah kiwi. Pastu cakap nak cerita buah yang best masa musim panas kat sini? Inilah buahnya…masa sedang mengandungkan ahya dahulu, teringat akhi pernah buat part time kerja petik buah ni. Dapatlah rasa bila akhi bawak balik rumah. Buahnya lembut dan gebu sangat kalau salah pegang ke terus lebam…must be handle with care . Harga sebiji dalam beberapa ratus yen bergantung kepada saiz dan kualiti. Tapi untuk kali ni, akhi tak dapat nak baito. Makmalnya telah buat peraturan baru menetapkan perlu tiba selewatnya jam 9.30 pagi. Kalau baito, mula pkl 5 pagi hinggalah jam 11 pagi. Jadi memang tak dapat. Nak buat masa hujung minggu dah ramai yang nak buat. Tak pelah hihi….:)

Sebenarnya tanpa di duga kami dihadiahkan 4 biji momo yang besar2 oleh orang jepun. Ketika itu ana ke klinik gigi untuk rawatan, sebelum pulang dihadiahkan momo pada kami. Subhanallah baiknya hati mereka….kadang2 ana berfikir sendiri, sekiranya akhlak seorang jepun itu dimiliki oleh seorang islam betapa ia mampu menjadi muslim yang sempurna. Tapi kadang2, orang islam sendiri tak mampu tunjuk adab dan akhlak yang baik pada sesama sendiri ataupun pada orang bukan islam. …

kan……

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Makan2 di kala natsu

  1. kak ina says:

    mengancamnyer cendol tuh ct! sajer cuci mata sblm bertolak sok ke hokkaido! hehe … n ni sajer nk tinggal jejak gak! bleh tinggal msg or chit chat…coz yg lama tuh tk leh la…:) sila la ye…….hehe…

  2. dIRa says:

    wahh rajinnyer masak…!! untung Athif…dapt zaujah mcm ct😀 mm.. salam perkenalan🙂 -nadira

  3. fami says:

    wah peach…tringat mase kat syria dulu.. sampai2 jek da musim peach… mkn2 sampai bosaan… huhu..belom musim strawberi n ceri lgi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s