Ayam masak lada

Hari ni nak kongsi menu lauk yang susah nak bikin tapi suami suka sangat. Hehe bukan susah nak buat, tapi susah nak dapat bahannya kat jepun nih. Bahan utama yang mana kalau tak tanam tak dapatnyalah hehe…Alahmdulillah atas sifat pengasihnya Allah Dia berikan kami rezeki berupa lada merah besar, bawang merah dll. Pemberian dari kak Ike jiran indonesia tingkat bawah. Kebetulan suaminya pulang ke indonesia ada conference kat sana jadi apa lagi ambil peluang shopping lah😛. Jazakillah buat kak Ike sekeluarga..

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam potong sederhana kecil
  • 10 biji lada/cili besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 5 batang serai dititik
  • garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
  • minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-caranya:

  1. Basuh ayam hingga bersih, lumurkan garam kunyit dan goreng hingga setengah masak
  2. Tumbuk bersama lada, bawang putih dan merah, halia, lengkuas. Ana blend je seme takde lesung batu kat sini🙂
  3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga pecah minyak dan berbau harum. Setelah itu boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  4. Kacau rata kemudian masukkanlah serai yg telah dititik bersama dengan sedikit garam dan gula. Perasakan ikut kegemaran antum.
  5. Biarkan ayam dalam kuali dengan api yang perlahan dan ditutup kualinya. Ini supaya rasa serai dapat meresap dalam ayam tu tadi. Sekiranya antum suka berkuah buleh masukkan sedikit air tapi tak perlu banyak sangat kerana ayam ni sesuai kering daripada berkuah. cukup sekadar mengelakkan ia dari hangit sahaja.

Inilah yang terakhir ana masak ayam ni kat sini kot. Sebab bawang kecik n lada besar dah abis…😦

This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ayam masak lada

  1. wani says:

    ct…yang payah nak dapat ape kat jepun..cili kering ke? cili besar..alhamdulilah kat sini ada bende2 tuh..bawang besar la senang…cili kering etc kene beli kat kedai pakistan or china asean…aise..aja sikit wat puding roti..ritu akak wat tak jadi..wuaaaaaaaaa…..ajar akak…

  2. ctaf05 says:

    ooo buleh2 kak…😛
    lada besar yang xde kak. Lada kering pun sama. tapi sebab dia kering buleh nak pos, kalau pos lada beso jawabnya busuk sebelum sampailah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s