Buttered Prawn

Ha…ni menu dinner kami beberapa hari lepas. Lauk sampingan dia ayam kunyit (gambar boleh lihat di tempahan makanan). Sebenarnya tak berapa suke seafood ni. Tapi bila cuba2 dan try resepi yang sesuai alhamdulillah sedap juge..😀 Ana rujuk pelbagai resepi orang and last2 ana buat ikut ana punya idea sendiri. Kurangkan kalori dan kekalkan kesedapan😛 . Maklumkan duk kat sini setiap makanan tu musti dia tunjuk nilai kalori per serve. Mereka sangat menjaga kesihatan. Mmmm yang baik kat sini kita ikutlah kan…yang buruk tu, kita tinggalkan dan buang jauh2…ye tak?

buttered prawn

Bahan-bahan ( 1 family kecil )

* 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
* 3 sudu besar butter
* 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (ana guna 2 kuning dan 1 telur putih)
* 4 cili api-dipotong2 (jgn potong kalau anak2 nak makan sama kut pedas)
* 2 tangkai daun kari
* 1/4 cawan susu cair (ana guna fresh milk)
* 2 ulas bawang putih-dicincang
* pepper, gula n garam

Cara-cara

1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Antum cubalah. Resepi ni walaupun buttered dia tak rasa muak. Mungkin sebab ada daun kari buat dia rasa enak bangat. Tapi pesanan ana, jangan buat selalu satgi berat badan naik pulak.. hehe…🙂

This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s