Keropok lekor

Beberapa hari lepas buat keropok lekor. Masuk kali ni dah 3 kali buat rasanya. Sebelum ni tak buat lame dah sebab masa mok datang bawa baaaaaaanyaaaaak sangat kopok lekor, daripada kak liza (my SIL di Keratong dan juga ummi di shah alam). Betapa ana merindukan keropok lekor tu sampai tiap2 pagi sarapan dengan keropok lekor dan kroket. Ntah apelah yang mok ana fikir tentu dia bosan asyik makan yang sama sokmo. Tapi di sebabkan satu2nya anak perempuan dia ni lame tak makan, mok pun buat tak tahu jelah kot hehehe….maaf mok…

keropok lekor…menu minum petang dengan suami sabtu lepas

bahan-bahan:

  • isi ikan
  • tepung kanji
  • ais-agak2 saje, jangan banyak nanti x sedap
  • garam
  • air untuk merebus

cara-cara:

  1. asingkan isi ikan daripada tulang2nya
  2. cincang atau mince kan isi ikan tersebut agar benar2 halus. Ketika mince, campurkan bersama dengan ais. Ini supaya dapat mengekalkan rasa keaslian isi ikan tersebut berbanding kita mencampurkan dengan air biasa. Hasil minced, antum akan mendapati isi ikan tersebut seolah2 tidak berair lansung.
  3. setelah itu masukkan garam secukup rasa. Gaul dengan sebati.
  4. Kemudian tambahkan tepung dan uli serta gaul rata. Semakin kurang tepung yang antum gunakan, lebih sedap. Anggarkan penggunaan tepung hanyalah sekadar membolehkan keropok lekor dibentuk. Jika antum mendapati adunan melekat di tangan,jangan risau. Gunakan sedikit minyak masak yg di sapu pada tapak tangan sewaktu membentuk adunan tu nanti
  5. setelah siap rebuslah keropok lekor dalam air yang menggelegak. Setelah ia terapung bolehlah diangkap dan digoreng. Juga boleh di frozenkan yang berlebihannya
  6. yang baru siap rebus

    mincer yang ana gunakan untuk mince ikan, ayam dan daging. Kecil, comel, berfungsi dengan amat baik dan yang penting harganya tak mahal.( khas buat tatapan kak wani )

This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Keropok lekor

  1. wani says:

    ct..akak dah tengok…yang ni memang dia keluar bentuk mcm hot dog tuh ke? akak dah tgk sini…yang buat mcm hot dog tuh…mahal…sampai 70pound = rm 490…yang ada murah pun, 10 pound = rm70 tapi setakat hancur je..takde keluar bentuk hot dog…ok jugak ke nak wat kepok lekor?…

  2. ctaf05 says:

    x delah kak wani
    dia kluar mcm jalur2 kecik..mmm cam tali2 gitu. dia setakat hancur je tak de buat bentuk..

  3. nazri says:

    brapa harga mincer ni ?…mane beli ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s