Hand Made Chicken Nugget

Tinggal di luar negara ni buat kita teringin makan macam2. Bila dah teringin dan ada keinginan yang kuat ia pula pasti akan mendorong anggota badan dan akal kita untuk cuba memenuhinya. Inilah kot antara impak positif yang cukup menyenangkan😛 .. Terbaru ana cuba buat nugget pulak. Ada 2 version yang ana try dan kedua2 sedap cuma caranya saja yang berbeza. Ana tunjuk yang first try dulu, sedap tapi a bit leceh utk org yang ada toddler cam ana nih😛 …Yang pasti menu begini pasti disukai anak2 termasuklah yang masih belum tumbuh gigi untuk mengunyah seperti ahya. Bagi ibu2 yang mahu mengalirkan kasih sayang antunna melalui masakan kepada anak2, inilah masanya….hehehe…sambil2 duk membentuk nugget tu, bacalah doa pengikat kasih sayang dalam keluarga antum serta berzikirlah moga rezeki tersebut menambah keberkatan pada kita…

chicken nugget

sumber: my mind

bahan-bahan:

  • 700 gram ayam minced
  • 200 gram serbuk roti
  • 2 biji telur
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • telur dan serbuk roti for coating

cara-cara:

  1. campurkan ayam, telur, lada sulah dan garam serta gaul sebati. pastikan benar2 rata sebelum masukkan serbuk roti
  2. setelah rata, masukkan serbuk roti dan uli hingga sebati
  3. bentuklah mengikut kegemaran antum nugget ini. kreatifkan bentuk2nya supaya anak2 antum lebih berminat untuk makan nanti… 😛
  4. celupkan dalam telur yg dipukul sedikit kemudian coat dengan srbuk roti. Ulanglah hingga selesai.
  5. gorengkan dalam minyak yg sederhana panas dan elakkan dari terlalu garing kerana ia boleh menyebabkan nugget antum menjadi kering dan tidak juicy.
  6. simpan yang berlebihan dalam peti sejuk beku serta dijadikan sebagai frozen food. Nah antum dah boleh buat frozen food sendiri. Boleh goreng bila2 saja nak makan

selamat mencube….🙂

This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Hand Made Chicken Nugget

  1. hana says:

    haaaa…….jd jugak nuggetmu yer cik ct! pas nih kene rajin2 wat lagik…ahna ahya mesti suka! omedetou!

  2. nadiah says:

    wow. bestnya. tak sangka resipi dia macma senang je. bile la saya nak try ye. lately memang bz, dah lama kita tak jumpa kan. ahna ahya mcm mana ye skarang agaknya. adakah semakin tembam slalu makan makan masakan enak ummi mereka? hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s