Cendol…step by step

Ramadhan mulia yang semakin hampir ini mungkin ramai yang terfikir2 apa menu nak buat bila time nak berbuka nanti. Tapi mungkin bagi teman2 yang berada di malaysia tak perlu runsing memikirkannya kerana mudah didapati dan boleh di beli di mana2. Namun bagi kami diperantauan kenalah perah idea ni kalau nak makan hehehe ๐Ÿ˜› .

Dengarnya barang kat malaysia dah naik… Makanan juga dah semakin mahal sekarang. Jadi bagi antunna yang berkelapangan dan ingin berjimat apa kata kita cuba buat sendiri pulak. Mari menambah kasih sayang dalam keluarga , dIsamping kita giat menyusun strategi amalan dan pencapaian ruhiyah peribadi…. nak?๐Ÿ™‚

cendol

bahan-bahan: (6-7 orang)

  • 2 cawan tepung beras
  • 6 cawan air/ air pandan
  • 3 sudu kecil air kapur
  • sedikit garam
  • perasa pandan & pewarna hijau – bg yg tiada air pandan

cara-cara:

1. Campurkan keseluruhan bahan2 dan kacau sebati

2. Masak di atas dapur dengan api perlahan dan sentiasa di kacau

3. Sementara menunggu adunan memekat, sediakan tempat dan peralatan untuk menekan adunan menjadi bentuk2 seperti cendol. Acuan berlubang di atas dan bekas berisi air sejuk di bawahnya

4. Rupa adunan yang telah sedia untuk ditekan adalah seperti ini

5. Ambil beberapa senduk dan mulalah menekan pada acuan berlubang tadi

6. Inilah rupa cendol yang terhasil. Hehe..cendol ana ni debab2 sikit rupanya..๐Ÿ˜€

7. Setelah siap, sebaiknya dibungkus dalam plastik bersama dengan airnya sekali dan disejukkan dalam peti ais sementara menunggu waktu nak makan. Tapi kalau nak makan terus pun buleh cuma bimbang tak berapa pejal lagi..

This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

8 Responses to Cendol…step by step

  1. hana says:

    caiyo…caiyoo…adik ct!

  2. fitri says:

    lubang cetakannya kecil ya, pantesan cendol saya bentuknya aneh, ternyata lubang cetakannya terlalu besar hihihihi <– alesan nih ^-^

    seneng banget ada gambarnya, jadi insya Allah mudah ditiru ^-^
    jazakillah khoiron๐Ÿ˜ก

  3. wani says:

    CT..beli kat jepun ke bekas berlubang2 tuh..then air kapur and tepung beras pun beli kat jepun ke? eh tau ak air kapur tuh dalam omputeh sebut ape? n tebung beras tuh ape ke namenye rice flour tuh ke..bestnye..dahle suami akak suka mkn cendol..punye la pulun makan cendul masa kat malaysia ritu sbb kat Uk tak jual cendol..huhuh

  4. balqis says:

    subhanallah…mantop nye kak ct….moga ilmu yang dikongsi dapat banyak ‘sahamnya’..:D

  5. warkahraudhah says:

    Jazakallah,insyaAllah ana pun merasa nak cuba.salam ziarah.mohon keizinan untuk kenalkan blog ni buat sahabat-sahabat.

  6. wani says:

    ct..habaq sket letak ape dalam cendol tuh? akak letak kacang je…

  7. ctaf05 says:

    letak ape kak? makan maksudnya ye? ct makan dengan susu segar, air gule melaka dan sagu yang kaler pink. sagu tu yang beso sikit panggil sagu mata ikan. rebus lama lebih kurang 1- 1 jam setengah. itu je kak. tak buat cendol pulut pun…huhu caya tak? sepanang ramadhan Athif tak buleh miss cendol for the berbuka…mee too :d

  8. Kak Lina says:

    kalau nak kenyal..letak skit sesudu tepung ubi pun ok gak๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s