Ramadhan Mengubat Kelemahan Iman

Sejak Ramadhan berkunjung tak pernah lagi rasanya ana post something kat sini. Agak sibuk sedikit dengan beberapa tugas.huhu….nak cerita kat sini macam tak muat pulak nanti hehe…

Saja ana nak attachkan artikel yg ana siapkan sempena Ramadhan yang mulia ni. Moga bermanfaat buat semua dan bisa menjadi  panduan dan bacaan yang berguna buat kita semua…

Tetamu mulia setiap tahun datang lagi. Membawa 1001 kebaikan, keberkahan, rahmat, keampunan dan kegembiraan. Pada sesiapa yang menantikannya ia akan menjadi sesuatu yang benar-benar didambakan. Namun, pada sesiapa yang tidak memahaminya ia akan menjadi sesuatu yang tidak bernilai dan langsung tidak diendahkan. Segalanya terserah kepada bagaimana seseorang itu memahami serta menghayati erti Ramadhan itu sendiri.

Jika umat Islam pada hari ini menghayati falsafah dan hikmah di sebalik kewajipan berpuasa, nescaya setiap individu Muslim akan membuat persediaan rapi menyambut kedatangan Ramadan. Mereka akan berlumba-lumba memanfaatkan Ramadan dengan sebaik mungkin, serta bulan ini akan menjadi bulan yang paling bermakna dalam hidupnya.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan meyakini ganjaranNya nescaya diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Puasa adalah jalan untuk menyeksa musuh utama manusia seperti pandangan Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmuk al-Fatawa Jilid 25 halaman 246, beliau berkata:

Tanpa ragu lagi darah itu dihasilkan daripada makanan dan minuman, saluran di mana syaitan mengalir (iaitu darah) menjadi luas apabila makan. Tetapi jika seseorang itu berpuasa, saluran itu menjadi sempit, jadi hati terdorong untuk membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.”

Puasa menjadi ibadat yang sangat berkesan kepada keperibadian seseorang. Selain itu, ia juga salah satu cara paling mudah untuk menghapuskan dosa lama yang berkarat dalam jiwa insan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Melainkan puasa, sesungguhnya ia untuk-Ku dan hanya Aku yang layak menentukan ganjarannya. Mereka adalah orang yang berpuasa dengan meninggalkan kehendak nafsu syahwat dan makan kerana mematuhi perintah-Ku.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Ramadan adalah bulan bersejarah seperti mana kita menyambut peringatan penting dalam hidup kita. Sudah tentu persediaan yang rapi sudah dirancang. Sebelum tirainya terbuka, ramai Muslimin yang mengulang kaji bagaimana cara berpuasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mereka mengambil peluang belajar setiap sekali setahun mendidik jiwa supaya tunduk dan patuh dengan ibadat puasa. Tetapi ada juga berpuasa atas desakan persekitaran, bukan kerana imannya. Boleh jadi tiada dirasa kenikmatan ketika berpuasa kerana tidak pasti dengan matlamat berpuasa.

Berpuasa cara Nabi SAW tidak sama dengan puasa orang yang berdiet kerana kecantikan dan kesihatan atau orang yang hanya meninggalkan makan dan minum saja tetapi tidak dapat mengawal lidahnya daripada mengumpat, menghasut, memfitnah dan bercakap keji.

Puasa Rasulullah SAW diisi dengan tadarus al-Quran, malamnya pula tarawih dan qiamullail. Kerana Ramadan itu bulan ibadat, maka kerja yang dilakukan seharian juga dianggap ibadat. Sungguh besar ganjaran Ramadan bagi hamba Allah yang mengambil peluang keemasan ini.

Seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Semua amalan manusia akan dilipat gandakan pahalanya, satu kebaikan akan dibalas sebanyak 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, sampai pada kadar menurut kehendak Allah.”

Jika pekerja mengharapkan bonus akhir tahun, paling kurang sebulan gaji. Adakah wujud manusia yang percaya apabila anda akan diberikan bonus lebih 700 kali daripada gaji sebulan? Kenapa tidak percaya jika Allah yang menjanjikannya? Tepuk dada tanyalah iman.

Tanpa kita sedari Ramadhan sebagai madrasah tarbiyah iman terpamer dan terbukti dengan pelbagai ruang ibadah yang terdapat di dalamnya. Oleh sebab itulah di katakan bahawa untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga      menghidupkan sunnah dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:

Pertama

Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

Kedua

Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, berkata kotor, berkata yang sia-sia, berdusta, mengumpat, mengadu domba, berkata jijik, bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah serta memperbanyakkan membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

Ketiga

Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

Keempat

Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

Kelima

Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti di waktu berbuka? Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

Keenam

Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya sekiranya segala syarat, sunnah dan adab dalam berpuasa itu dipelihara sudah tentu ia membuahkan iman yg mekar dalam dada. Menumbuh dan mewarnai hari para hamba yang mengasihi Ilahi. Benarlah bahawa biah tarbiyah yang terdapat dalam bulan Ramadhan itu amat istimewa dan berharga andai  ia benar-benar dihayati dan dimanfaatkan

sumber:

Tajdid Iman ; Dr Juanda Jaya

Majmuk al-Fatawa ; Shaikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah

al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi ; Sheikh Said Hawwa

This entry was posted in TAZKEERAH and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s