sekitar majlis sambutan raya pelajar dan warga okayama

Pada 12 hb (ahad lepas) untuk yang ke berapa kali dah…. 🙂 again ada sambutan raya pelajar2 malaysia di Okayama. Sebelum ni banyak dah open house gi lepas raya hihi…😛 . Tapi ni besar jugaklah sambutannya kerana melibatkan juga pelajar2 sekitar seperti Tottori (tmpt yg ada unta tu) dan Tsuyama (kalau tak salah). Masa tahun lepas ada juga asement kena siapkan soto ayam…tapi tahun ni di beri kelapangan tak kena masak apa2😀 . Cuma sebagai peneman menu utama tu kami bawa jugalah sedikit dessert berupa role cake mini. Haa….jangan tak caya, it was prepared by my husband.

Sebenarnya masa tu ana sibuk sikit jahitkan sampin utk dipakai oleh akhi pada malam tu. Saje nak nampak macam real malaysia. Jadi  dia pun tanyalah apa yg boleh di tolong..ana pun minta dia buatkan role cake tu. Hehe…sian dia tak tahu apa2 pun tapi kena buat…alhamdulillah jadi pastu seronok pulak kekasih hatiku ini mendeco role cake tu…😀 . Hopefully release tension abang masa kat lab tu

role cake yg dah siap potong & sedang di pipekan krim

hasil akhir sebelum di bawa ke dewan majlis

Makanan pada malam itu sangat7x banyak (tak terkira🙂 ). Subhanallah tak tau nak makan yang mana satu sebab kabur pandangan mataku😛 .  Antara menu yang ana ingat, nasi minyak (best sebab cam kelantan style), ayam percik, rendang ayam & daging, nasi impit, kuah kadang, sup daging kurosawa, roti jala, kari daging, soto dan pelbagai jenis dessert.

antara menu yang sedang di jamu peserta

bersama family kurosawa (tokey makanan halal di sini)

kami sekeluarga

inilah wajah2 perantau yang sungguh ceria. Banyak sangat kamera time ni taktau masing2 mata pandang mane😀

Itulah serba sedikit berkaitan majlis sambutan syawal di sini.  Alhamdulillah meriah sungguh. Masing2 beri komitmen yang sangat tinggi dalam penyediaan dan perancangan. InsyaAllah moga lepas ni kita juga sama2 dapat beri komitmen tinggi terutama dalam beramal di bulan mulia Ramadhan sungguhpun ia sudah berlalu pergi. Moga sambutan kali ini menambah2 rasa kesyukuran atas rezeki dan nikmat Allah pada kita. ..

sekian,

melaporkan dari negeri matahari terbit yang dah nak masuk musim luruh🙂

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s