Roti canai

Sebenarnya ni  masuk kali ke dua buat roti canai kat Nihon ni. First attempt failed. Huhu…biasalah, siapa kata nak berjaya tu mudah. Tapi yang baru try ni alhamdulillah menjadi. Dengan kesabaran dan ikut sepertimana yang ditunjuk ajarkan.  Uli punya uli pukul 2 baru ana tido masa tu..hihi🙂 seronok jugaklah. Akhi pun suka. Dulu teringat masa kat UTM duk pi restoran Noor nak sarapan roti canai, la ni takpelah susah susah pun boleh buat sendiri dah…😀

Pada sesiapa yang nak mencuba tu silakanlah ye. Ana susume (promote). Sedap, lembut dan rangup. Tak perlu skill tebar menebar sangat, just tarik2 pun menjadi…

roti canai

Untuk sarapan roti canai ni ana buat kuah dal dan kari ayam. Suami pun sama tolong tebar2 hehe…Ni ana sertakan resipi dia

sumber : Joayee

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 telur-50gm
  • *3 sb susu pekat-60gm
  • *1 sk garam-6gm
  • *1 sk butter/margerin-15gm: kalau nak yg rapuh, lebihkan butter
  • 1-2 sb tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
  9. ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.
  10. ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak , nanti kering.
  11. panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti, hendaklam sentiasa di renjis minyak diatas roti.
  12. doh boleh disimpan dlm fridge up to 2 days
  13. tips: terlebih uli, doh akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that’s why process uli  & rest di ulang 3 kali.
This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s