Mexican Bun? Roti Boy? Roti Papa? Kaku Shiti Pan?

aaaa~ ada rasa cam blur tak tengok tajuk kata atas tu? … Tapi yang pastinya is tetap berkisar tentang suatu perkara yang sama iaitu roti…😛

Kali ni try buat roti lagi. Nama dia adalah seperti di atas tula…tak tau mane yang betul. Yang pasti antum buhlah mana2 yang rasa sesuai hihi… Kaku Shiti Pan tu adik2 halaqah ana sini yang buh..ewah3x…sesedap rasa je depa ni kan…hehe…tu sebenarnya maksud dia —> Roti Kak Siti. BIla namaku di katakanakan, gitulah bunyinya…hmmm bijak2 adik ni kan…😀

Nama tu dapat masa depa ni datang umah buat suprise tulah😛 ..hikhik…best punya surprise…hihi ok ni resipi untuk roti kali ni. Cubalah..insyaAllah tak mengecewakan kerana rasa dia memang sedap🙂

bun yang dah siap buh filling dan pipe topping-kosong-

yang ni saje sprinkle badam cincang atas dia

ni baru dikeluarkan dari oven

sumber: lilydvaley

bahan2 (17 biji)

Filling

  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar

Topping

  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum

Doh Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling– Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping– Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s