Bara & choc Pan

Entry roti kali ni bukan lagi yang ana buat. Ni adalah roti pemberian jiran nihonjin ana. Rumahnya ialah yang kedua sebelah kiri rumah ana. Baik orangnya. Kebetulan parking kereta kami sebelah menyebelah. Hehe…kadang2 lucu jugak makcik ni, selalu salah parking. Gi parking tempat kete kami. Pastu terpaksalah suami pi parking tempat dia. Sebenarnya taihen gak salah parking ni. Makcik tu guna kete kecik senang nak masuk. kami lah yang susah huhu …  :P  sebab tu suami cam tak gemar sikit bab2 nak parking ni sebab ruang kecik. Jepun…jepun…ruang sangat berharga di sini….hu~….

hmm~ nampak best tak? Ana tak tau ape name roti ni pakai buh je nama ‘ROTI COKLAT’

Sedap  roti ni. Rupanya pun menarik gak. Ada white choc sprinkle, ada walnut…menarik3x… nak try wat tapi tak buat2 lagi. 😛

Bara Pan

Cuba tengok tu ada cam rupa bunga mawar tak? huhu…ana pun tak tau roti apa ni. Kata Makcik tu roti “anpan” means roti berinti. Memang ada inti pun..tu kat tengah2 dia tu. Yang kecik molek kiut miut tu. Rasa dia best jugak…lemak2 manis gitu. Ana ngan suami pi umah dia hntr muffin then tanya cara dia. So dia citelah yang dia buat satu demi satu kelopaknya tu…sugoiii desu ne (hebat kan)… hihi…ni pun dah jadi sumber inspirasi ana nih. makcik tu siap ajak lagi buat roti sama2. Ha….rezeki2x….ana kata ok, tapi mase tu kena ada akhilah kat umah…tak pandai lagi nihonggo :P…

Teringat masa mula2 makcik ni bagi kuih. Mase tu ana baru je balik dari hospital, lahirkan ahya. Sebab nak ucapkan omedetou (tahniah). Makcik ni datang bawak Avocado cheesecake. Katanya bahan dia buat doubutsu haiteinai (xde sumber haiwan),  tapi dari Shokubutsu (tumbuhan)… alhamdulillah..

Oppss kali ni punya entry xde resipi. Sebab tak minta pun dari makcik tu…takpelah ye…kita jamu mate je. Mungkin bentuk yang menarik ni dapat di tiru kalau2 antum ada berminat nak buat roti yang bentuknya berbeza dan menarik terutama utk menarik si kecil tu untuk makan.. deshou?…

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s