Roll cake & Muffin

Bila petang2 lepas asar selalu fikir2 nak buat apa. So bila angin rajin dah datang tu macam2 nak buat😛 . Antara yang selalu dan suka ana buat nilah dia. Roll cake atau mungkin ada yang lebih kenal sebagai bahulu gulung. Asalnya resipi ni guna cappucino. Tapi ana just guna instant coffee je.

coffee roll cake

Hurm~…cakap pasal roll cake ni, ni leh kegemaran anak2 dan suami. Biasa sekali buat tu 2 roll terus. Lebih mudah dan dapat banyak. Resipi ni kalau ikutkan cam bahulu gulung sebab adunan dia sama cam buat bahulu. Ana kalau hidang ni utk teatime atau cemilan ahna, mmm….kena sorok dalam peti ais tu. 2 @ 3 potong tak cukup!!😀 . Kalau ikutkan ahna, mau dia habis separuh gulung. Suami pun enjoy makan roll cake. Nah…! para isteri solehah dan ibu mithali, apalagi meh try buat ni insyaAllah anda akan menyukainya…🙂

sumber: Yani

Bahan-bahan ( 30x30cm )

cecair capuccino

  • 4 sudu besar capuccino
  • 2 sudu besar air panas

Kek span

  • 4 biji telur(L saiz)
  • 60g tepung gandum
  • 70g gula
  • 1 sudu besar cecair capuccino

Sirap

  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air panas

Krim capuccino

  • 200ml fresh cream
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar cecair capuccino

Cara-cara

  1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
  2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
  3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau meringue
  4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
  5. Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
  6. Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
  7. Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit
  9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. alaskan kek dengan kertas minyak. Spray bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
  10. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim
  11. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven plate. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yg dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

blueberry muffin

Buat muffin ni saje je nak bawak gi ziarah family yang baru datang.Tapi tak jadi pulak… sebab mase tu husband sibuk sangat.  Rupa muffin ni biasa je, rasa pun ok. Untuk deco tu ana saje drizzlekan sos coklat atas dia then tabur choc rice wana wani tu…Nak abiskan stoknya  mase  buat biskut raya aritu.  Ni resipi dia

sumber: Yani

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • blueberry jem secukupnya.

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
  6. Hiaslah mengikut kreativiti anda.🙂
This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s