Pasta Aglio Olio?

Bila rasa nak cepat masak dan makan sedap serta berkhasiat, biasanya ana pilih buat pasta sebegini. Mudah, cepat dan tanpa Kolesterol🙂 . Pada yang mungkin ingin beralih arah dari makan nasi seperti biasa mungkin antum boleh cuba menu ini. Banyak versi aglio olio ni. Tapi yang ni ana buat based on bahan yang ada dan yang mudah masuk mulut. Kebetulan ahna kalau makanan yang cam mee2 ni minat betul. Mudahlah makannya. Adik pulak macam biasa tak banyak hal, makan je apa yang ada😀

spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • 3 ikat spaghetti – celur seperti yang terdapat pada arahan pek
  • 15 ekor udang – dibuang kulitnya
  • 6 ketul scallop -buang telur dan sekitarnya
  • 1 batang carrot – potong memanjang / dadu
  • 3 biji capsicum hijau -potong kasar
  • 5 ulas bawnag putih – cincang
  • 1/2 cawan extra virgin olive oil
  • garam secukup rasa
  • basil, oregano, parsley dan lada hitam

Cara-cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan udang dan scallop, kacau rata kemudian masukkan carrot
  • kacau rata dan biarkan ia layu sedikit. Masukkan capsicum diikuti dengan garam serta lada hitam
  • gaul rata. Setelah sebati masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya kira2 1 cawan kedalam tumisan tadi
  • masukkan basil, oregano dan parsley, gaul sebentar dan sedia untuk dinikmati
  • sedap dimakan ketika panas2.
  • selamat mencuba
This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pasta Aglio Olio?

  1. ariefous says:

    aglio ni maknenye bawang putih so kalau letak byk2 sedap…tp kalau letak byk2 pahit…so tips utk tidak pahit ialah lepas panaskan Extra Virgin Olive Oil tu masukkan bawang putih, then kacau2 tp jgn sampai garing…lepas tu campur kan sedikit White/Sweet Vinager (made from Apple boleh, Muscat boleh)..pastu tutup dgn tudung periuk sekejab supaya ia masak guna “steam” dan bawang putih tersebut jadi lembut dan manis…nicee…

    guna white vineger sbb nak “mimic” kan rase White Wine…sbb Italian guna white wine dimane alcohol tu akan ekstrak pati “pure” Bawang putih mase on the way die nak vaporize tu…lepas alcohol vaporize so yg tinggal pati anggur (if white wine tu yg jenis dr anggur lah) yg telah “well mixed” dgn pati bawang putih…walaubagaimanapun, hasilnye pasti x sama jika guna white wine yg asli…heheh

    ini berdasarkan test2 yg tlh dibuat sendiri…

  2. ctaf05 says:

    oh gitu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s