Tuna Bun

Ni buat Tuna Bun pulak. Saje mangaktifkan diri membuat roti. Bila terfikir suami dah belikan bread maker seawal kami datang ke sini dulu, rasa patut untuk ana manfaatkannya betul2๐Ÿ˜› . Sebab bila fikir2 balik dulu mase beli bukan saje suke tapi memikirkan susah nak dapat roti yang boleh makan. InsyaAllah di samping tu bolehlah juga asah2 skill yang takde nih๐Ÿ˜› .

Tuna Bun ni ambil resipi dari Myresipi jugak. Hehe suke amik dari situ sebab tak perlu browse blog peribadi orang lain nak cari resipi, sana seme dah ada. Tetapkan pilihan anda then cari je apa yang nak. Tapi kena tengok2 jugalah yang sesuai. Baca betul2 pastu kalau rasa2 kreatif nak ubah silakan…buat jikken sikit….๐Ÿ˜€

Tuna Bun topping with slice cheese

ni rupa inti tuna tu…

sumber: Biduri

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g tepung berprotin tinggi/ tepung roti
  • 100g plain yogurt
  • 45g air
  • 25g telur
  • 20g gula
  • 3g garam
  • 25g mentega
  • 2.5g dry yeast
  • 80g tuna
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu soso tomato-kalo suka pedas boleh guna sos cili
  • sebuk lada putih
  • telur utk glis

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Bila dah siap, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 dan bentuk bulat-bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  2. Sementara tu sediakan tuna. Cincang bawang besar. Tuna pula buang air/minyak. Masukkan tuna, bawang besar, serbuk lada putih, sos tomato dan kacau. Kalau tuna tak masin bolehlah tambah garam.
  3. Ambik sebiji roti, canaikan. Masukkan inti. Gulungkan. Kemudian potong 2 tapi jangan putus. Buka potongan tadi(terbelah dua). Buat sampai habis. Nak senang potonglah dengan gunting.
  4. Penaikkan sehingga 2x. Boleh penaik guna oven- 30minit pada suhu 30 degree.
  5. Lepas tu bolehlah glis dengan telur. Letaklah mayonis di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 180degree selama 12 minit.

Untuk Tuna Bun ni sebelum masuk oven, ana letak slice cheese atas dia. Kalau antum ada idea nak letak ape2 yang lain pun bisa๐Ÿ˜€ . Asal bersesuai. Seronok buat ni tapi anha pulak tak minat tuna nya๐Ÿ˜ฆ . Cam biasa adik jelah yang makan.huhu…

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s