.:Lemang a.k.a pulut santan roll:.

~hmmm~ betapa terlewatnya ana menghabiskan sisa2 syawal yang berbaki. Alhamdulillah masih berkesempatan juga. Syukur padaNya yang memberikan izin serta kemudahan. Sebenarnya masa 1 syawal dulu teringin sangat2 nak makan lemang. Itu lepas dok surf resepi lemang perantau yang kelihatannya agak rumit tapi sebenarnya boleh dibuat hehe😛 . Tapi disebabkan masa raya tu  banyak dah masak sebab buat open house, tak kesampaianlah hasrat dihati. Apapun alhamdulillah… akhirnya buleh juga rasa lemang kat bumi jepun ni.

masih berada dalam aluminium foil —> ganti buluh😛

Sebenarnya nak buh nama lemang pun malu…huhu…sebab tak macam buat lemang yang sebenarnya. Tu yang letak nama pulut santan roll tu. Sebab nak dapat bentuk bulat tu kemain ana menggeleknya menggunakan ‘tikar sushi’ yang buat gulung sushi tu. Alhamdulillah Allah bagi idea dan kesenangan begitu pulak😀 . Tang daun pisang tu pulak, suami yang susah payah amikkan. Tu pun bukan sembarangan. Lama dah kami perhatikan. Pokoknya seperti tak bertuan sebab tiada penempatan sekitarnya dan ada cam semak samun sikit.  Syukur kat jepun ni ada beras pulut, tapi bentuknya kiut miut cam beras dia tulah. Tak pe asalkan rasa sama. Cuma….hm~ tang buluh tu yang tak de tu. Kalau ada pun…manalah tempatnya ana nak bakar. Bukannya boleh nak buat pembakaran terbuka macam kat kampung2 kita kan…dame desu yo!!!😦

ni gambar bila dah buang aluminium foil tu.  Satu gulung ni ahna makan dengan adik je tau… suke betul depa🙂

Mungkin ramai yang  pelik kenapalah ana ni  sanggup pi amik daun pisang buat ni. Kan senang je kalau buat ala kadar. Tenggek je pulut sama santan dan garam masak cam biasa then kepal2…jadilah lemang…huhu~

Ana ni dah terikut2 sikit dengan tarbiyah ibuku…ecceh bahasa arab lak😛 . Takde, bagi sesiapa yang tak kenal ana lagi, ana ni asal kampung…betul2 kampung…mak ana ni tegas orangnya…hehe..tapi sayang mok. Dia tegas nak didik ana kat dapur supaya buat kerja dengan betul😛 . Ana bongsu dalam family pastu pulak abang2 semua lelaki. Jadi anak dia yang sorang ni lah yang kena bljar selok belok dapur ni. Ingat masa sekolah rendah dah kena siapkan lunch n kemas rumah sebab mak dgn abang pergi ke ladang. Tunggu mereka balik dengan makanan yag siap terhidang. Ayah ana dah lama meninggal, sejak ana berusia 15 bulan lagi…maklah susah payah besarkan kami 5 beradik…ish…cite lain pulak😛

Berbalik pada masak2 tadi. Ana teringat, ada suatu  masa tu ana silap taruk beras pulut dalam pengukus masa nak buat ketupat palas. Silapnya pada skill je sebab tak berlembut, pakai bubuh je then siap gaul2 lagi…huuu~…mak ana marah (marah2 sayang😉 ) masa tu, pastu suruh keluarkan seme then dia pun tunjuklah cara yang sebetulnya.  Aduh susahnya lah… Dalam hati ana dok fikir, kenapalah nak kena ada cara yang betul? bila dah masak sama jugak, kunyah2 then masuk mulut ke perut juga perginya…hikhikhik😀

Tapi rupa2nya tak sama…tottemo chigaimasu!!!. Ni mungkin aura yang mungkin dapat dirasai bagi orang yang memang suka masak lah kot😛 . Memang sebenarnya cara penyediaan sesuatu makanan tu akan mempengaruhi rasa dia.  Walaupun bahan yang digunakan sama, tapi sekiranya antum masak cara lain tentu rasa dia berbeza. Hmm…siapa tak caya buleh try😀 . Contoh mudah antum perap ayam dengan rempah yang sama, then satu antum kukus lagi satu bakar. cuba tgk lain tak dia punya rasa?…😉

ni yang dah siap potong. Kami makan bersama rendang ayam dan serunding ummi kirim sempena raya tempoh hari.

Banyak ana celoteh entry kali ni. Oklah pada sesiapa yang sudi ataupun nak try lemang perantau versi pulut santan roll ana ni, blh try resipi ni…

sumber : Noorma Musa

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar garam (paras rata)
  • 1 sudu besar gula (paras rata) – optional
  • air secukup nya

Cara membuat:

  • Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam
  • Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap)
  • Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
  • Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan secukup rata
  • Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.
  • Kemudian ambil daun pisang, letakkan pulut atas nya dan gulung padat2 jd bentuk silinder, hujungnya diikat kemas2–> ana guna penggulung sushi utk btk yang lebih sekata
  • Kemudian gulung dlm aluminium foil, masukkan dlm oven pd suhu 180’C-200’C selama 45 min – tujuannya supaya pulut td padat (leik)
  • Kemudian keluarkan dr oven..buka foil, letakkan semula supaya daun pisang tadi agak garing (jika suka lemang yg garing kulitnya) –> ana tak minat garing so tak buat yang step ni
  • Keluarkan dr oven, sejukkan sket..boleh lah dipotong dan dinikmati bersama rendang/kari

Siti/-  kadang2 ana  terfikit batapa peraturan itu amat penting. Sebab dengan peraturanlah maka jati diri sesuatu itu terbentuk. Macam kita kan, hidup ada peraturan berlandaskan Al Quran dan hukum tuhan barulah ia benar2 bisa melahirkan muslim yang menepati fikrah islam….hmm~….


This entry was posted in MARI CUBA RESEPI and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to .:Lemang a.k.a pulut santan roll:.

  1. abuanashafi says:

    alhamdulillah, tahniah la kerana berjaya. idea yang baik. bukan senang nak makan lemang kat sana tu. cerita pasai lemang ni, saja nak share sikit tentang pengalaman ayahchu masak lemang masa raya aritu. mulanya hasrat nak buat lemang ni, nik & nina yg empunya hajat. dua hari sebelum raya, diorang balik ke seremban dan bagitau kat ayahchu to get ready. Nik dah siap beli buluh kosong yang siap potong 8 batang dengan beras pulut sekali. so ayahchu ngan maksu masuk la belukar kat rumah kami cari batang pokok kecik nak buat palang untuk bakar lemang. A day before hari raya kami bawak pi kayu tu pi rumah ayahlang dan buat la preparation sikit2 . yang geng pompuan prepare beras pulut, yang lelaki dok puas mikir camne nak pacak palang sebab x dek kawasan kat rumah ayahlang. last dapat satu tempat kat sebelah bilik ayahlang tapi kat luar pagar. kat situ ada selungguk lebihan pasir, so kami pun pacak je kayu palang tu……..siap. dahtu ayahlang cadang berbuka kat rumah dia ramai2, sebelum balik ayahchu terpandang kolam ikan ayahlang, dia ada bela puluhan ekor ikan sembilang…..sound kat die ni kalau goreng pun sedap, dengan sedihnya dia bagi la 3 ekor yg besar2, maksu wat masak pedas. malam tu lepas berbuka, geng pompuan stat isikan beras pulut dan santan dalam buluh, kami kat luar idupkan api. paknjang & makda pun ada masa tu, so kitorang lantik paknjang as a runner from dapur to tempat bakar lemang kat luar. proses pembakaran berjalan lancar, setiap 15 minit kita kena alihkan dan hentakkan buluh tu, lebih kurang 3 jam baru siap semuanya. rasanya lebih sedap daripada yang beli. ada rahsia disebalik lemang buat sendiri dengan lemang beli daripada penjual lemang kat tepi jalan esp. yg buat banyak2. sebenarnya diorang x masukkan santan keseluruhannya. Ianya dicampur dengan soya, tp sukatan soya tu dilebihkan. so rasa die kureng sikit dan takde bau .maka pada keesokan harinye, menjamu sakan la kami. babah, ummi dan adik2 ngan opah datang dari kajang, fadli ngan mariam pun sempat merasa lemang tuh…….tamatla cerita.

  2. abu ahna says:

    waa ayah cuu, hebat2
    seronok baca cite lemang home made,
    nanti balik msia boleh buat lemang sama2..
    mesti bestt

  3. thankyou says:

    thank you for sharing.

    used to stay in Kyoto for more than 4 years….

    tak pernah pulak cuba macam ni.

    thanks again.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s