Musafir ke Nagoya day 2

Hari kedua di Nagoya. Paginya kami keluar hotel awal. Sebab akhi nak present jam 11.35 pagi. Sebelum tu kami dijemput ke rumah saudara Ridzuan Ahmad, salah seorang staf UTM yang turut menyambung phD di Jepun ni. Tiba kira2 jam 9 pagi di rumahnya, kami sarapan sikit then akhi bersama saudara Ridzuan pun berjalan kaki menuju ke universiti berkenaan. Ana pun tinggallah bersama dengan isteri beliau yang merupakan seorang Doktor kesihatan di Malaysia dulu. Kini semakin aktif mengasah skill masak2 memasak.. Hehe jangan marah ye kak Lin๐Ÿ˜€ . Kak lin ni orangnya comel je, tapi nampak muka DR lah hehe, anaknya nurul Izzati kiut bangat, fotogenik. Pandai bergaya amik gambar…hehe rindu si izzati yang kawaii…

nagoya

husband masa present ketika conference

Sebenarnya kami sarapan dah pagi tu di hotel. Ala kadar jelah. Bawa bekal tuna , cili, bawang dan timun—> cam pi piknik pulak gakkai kali ni๐Ÿ˜› . Tapi Subhanallah…kak lin prepared karipap pusing dan donut.. Hebatlah DR Azlinda nih, lunch pulak sediakan  Soto lagi…Alhamdulillah rezeki Allah mencurah2 buat kami. Kak Lin dah hamil 6 bulan. Moga segala urusan kak Lin dipermudahkan dan dilancarkan nanti ameen..

Sementara tunggu husband balik, ana pun mengisilah masa untuk bertaaruf dengan lebih dekat lagi kak Lin dan si comel Izzati. Ahna dan Ahya pun dapat kawan baru harini. Seronok bermain sampai habis bersepah mainan kat rumah kak Lin…gomenne…excited betul mereka kerana masing2 jumpa kawan baru๐Ÿ™‚

izzati chan

nilah dia izzati chan nye… with adik ahya

ahna vs izzati

ahna dan izzati

Petangnya setelah selesai conference, lunch dan solat, keluarga saudara Ridzuan dengan bermurah hatinya membawa kami melawat Akuarium yang sangat luas, besar dan menarik. Nama apa ye ana dah lupe. Macam2 ikan buleh tgk dalam tu atau lebih spesifik  lagi spesis hidupan laut. Ikan, pingu, dolphin,ketam, udang, etc…byk tak tersenarai. Nanti blh tgk gambar ana upload dalam fs ye. Nak masuk sini seme tak sesuai.๐Ÿ˜›

akuarium

antara gambar yang di ambil di tempat tersebut

Selesai menjamu mata dengan keindahan ciptaan Allah yang Maha Hebat ini kami seterusnya pulang kembali ke rumah kak Lin untuk dinner, dan solat. Kira2 jam 8 malam kami bergerak keluar semula. Ana sangka mereka mahu menghantar kami kembali ke hotel, rupa2nya kami di bawa lagi melawat suatu tempat yang begitu mengagumkan…hehe teka ape dia๐Ÿ˜› … kami pergi ke suatu kawasan menara yang penuh dengan lampu2. Ia bukan sekadar lampu biasa tapi macam2 bentuk. Macam taman jadinya sebab ia membentuk pokok, haiwan, tumbuhan2 kecil, bunga dan sebagainya.  Ada yang seolah2 sebuah tayangan video bila ia membentuk objek yang bergerak dipaparkan di layar besar sisi bangunan.  Indah sungguh, atas kehebatan aqal ciptaan Allah maka manusia bisa secerdik itu mencipta sesuatu yang begitu mempersonakan.. hebat kan kuasa tuhan?..

pesta lampu.

Kami selesai di situ kira2 jam 10 malam. Sebab tiba2 semua lampu tu padam!!! bikkuri shimashita! seme orang terkejut. Mungkin dia black out kot hehe… menurut kak Lin pesta lampu2 ni akan berterusan selama 2 bulan sepanjang fuyu (winter) ni…

menara lampu

grabbed from kak Lin

Malam tu akhi dah penat sangat. Setelah tiba kembali ke hotel, akhi lebih awal berehat. Ana kemudian surf internet sambil2 melayan anak2 yang nak menonton dan bermain. Mereka berdua tidur lambat betul…hmm~penatnya ummi nak layan kakak dan adik ni๐Ÿ™‚ . masing2 seronok sangat bermain atas katil. Ummi dah tersengguk pun mereka masih seronok bermain. Mungkin sebab rumah kat Okayama style Jepun tidur atas futon, anak2 jadi excited bila ada katil ni hihi:D . Bila dah rasa tak tertahan nak perhatikan mereka, akhi akhirnya terjaga dan layan ahna plk. Ana dah berjaya tidurkan ahya masa tu alhamdulillah…dengan umminya sekali terlena. Kata akhi ahna malam tu tido pkl 2 pagi, macam2 kena layan katanya…hehe…kakak2…kesian babah…

This entry was posted in BUMI JEPUN, DIARI KEHIDUPAN KAMI. Bookmark the permalink.

3 Responses to Musafir ke Nagoya day 2

  1. wani says:

    ct… aisyah ni hantu kartun.. celik2 tido, nak katun disebut sambil nangis2.. so bile malam2 dia akan tertido sendiri sambil tgk katun… ahna dok main sampai tgh malam tuh dok wat ape? selalunye iman tdo awal, kul 6 ptg dah tdo, so kul 4 pagi dia akan bangun, dan main sendiri menyepahkan barang… huahaua ada fs ke ct? ape URL?

  2. ctaf05 says:

    kak wani fs ct kongsi dengan athif. klu free akk add lah ye, athif@fke.utm.my
    hihi ahna ni duk main2 atas katil masa tu. kalau kat umah tidonya biasa je tapi mungkin tmpt lain dia seronok sikit kot๐Ÿ˜€

  3. diana_spk says:

    wah..bestnya…time ronda2 kat aqua n lampu tu sonok nengok..cantik sgt..suker..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s