XTVT seminggu yang lepas

Mmmm mula2 nak minta maaflah pada sesiapa yang mengunjungi ana punya laman maya ni tapi asyik duk tengok benda yang sama ye. Sebenarnya 2 hari lepas ingat nak masuk gambar terbaru tapi bila tgk dalam kamera SD card xde. Huhu…akhi amik gune bt pi lab kot.

Pastu terus jadi lupa. Seminggu ni banyak perkara yang ana uruskan. So entry kali ni antum membaca jelah ye. Fikir2 kan then bayang2kan..hehe😛 sebab xde pics nak masuk…masih belum ketemu SD cardku

Minggu lepas ana dapat tempahan open house seseorang. Zakri namanya. Baru sahaja sampai utk prog phd dia. Isteri dan 2 lagi anaknya belum datang. So sempena masuk rumah baru, buat bacaan yasin then bt makan2 sikit. Malam tu dia request menu MOI. So dengan keterbatasan ilmu dan kemahiran ana buatlah  sekadar yang termampu😛 . Malam tu ada nasi lembik, ikan bilis goreng, ayam rempah goreng, bawang goreng, daun sup, air lada, bihun goreng, sup ayam, lemon dan puding roti as dessert. Dah snap tapi xdelah sekarang. Nantilah, ana masukkan kemudian.

Mula hari ahad hinggalah pagi semalam ana masuk bilik operasi. huhu…berkerja tau.. isnin gerai ana jual nasi beriani, selasa nasi kerabu, rabu nasi tomato, khamis (nasi putih, telur dadar, sup sayur & sambal udang) , jumaat ana jual roti sosej dan tuna puff untuk orang yg solat Jumaat.  Aaaa…penat bangat. Hari rabu dapat panggilan dari kak Dewi di Tokushima dia tempah nugget 80 biji nak minta pos supaya sampai umah dia hari Sabtu. Huhu…hari khamis tu lepas siap jual malamnya bermulalah gerak kerja buat nugget pulak mula jam 12 hinggalah 4. 35 pagi. Siaplah 140 biji ++. Dah siap terus tidur sat sebelum subuh sebab kepala dah berat sangat dah. Esok paginya pas subuh baru sambung xtvt packing pulak… Semalam sebelum pos Kak Dewi call dia kata  nak datang amik sendiri hehe…alhamdulillah senang kerja😀 . Bila kak Dewi tanya harga ana pun bagitahulah.. Huhu dia kata murah sangatlah pulak then mintak tambah lagi 40 biji😛 . Disebabkan sebelum tu dah ada student yang beli 20 biji maka habislah nugget yang ana pulun buat malam tu…😛 Nak kena cari pekerja tambahan nih😀 …cepat2 sape nak kerja ngan ana, ana bagi gaji base on bilangan nugget yang dapat disiapkan tak buleh bagi per hour sebab nanti kalau orang kerja lambat ana rugi looo…😛

Antum tentu tertanya2 kan kenapa ana ‘bekerja’ ni? Hmm.. satunya mungkin sebab memang dah ada minat. Kemudian suke untuk tambah pengalaman. Kadang2 bukan sahaja dari segi kualiti masakan yang dapat kita improved tapi kualiti dalam penyediaan pun sama. Sebagai contohnya kalau dulu ana ambil masa yang lambat utk siapkan sesuatu tempahan tapi sekarang ana dah boleh save banyak masa bila kita dah dapat perbaiki pengurusan masa kita.

Pastu adakah ana ni nak kumpul duit? Hehe reason ni cam betul tapi cam tak betul jugak😛 sebab ana pun x dapat nak jangkakan banyak mana sangat untungnya.  Sebab tak berapa sangatlah. Main2 bukan serius mana pun. Cuma pengajaran BESAR yang ana dapat ialah bagaimana susahnya untuk mendapatkan duit. Huhu jangan konfius dengan pernyataan bahawa rezeki itu Allah sudah tetapkan, so kita tak yah susah cari nanti dia datang…haha… ana tak kata ‘mencari rezeki’ ana fokus pada bekerja dan hasilnya. Bila kita bekerja tentulah kita dapat hasil kan cthnya seperti wang dsb. so nilah maksud ana. Hmmm rumusannya…susahnya nak dapat duit tau! antum yang tengah sambung belajar tu eksyen je (termasuk akhi😛 ) tak buat kerja berat2 pun duit masuk bulan2😛😛 …hehe selalu ana usik akhi macam ni. Tersenyum je dia. Tapi akhi pun tahu sebenarnya hakikat yang ana nyatakan tu..sebabnya??? hehe  tak leh kasi taulah…😛

Jadi bila dah tau susah nak dapat duit menggunakan kudrat ni kan, sukelah ana ingatkan diri ana sendiri supaya berwaspada dalam berbelanja. Lagi2 dulu akhi selalu bagi duit belanja per month.. kadang2 tak rancang sangat duit maklumlah orang pasti bagi bila masuk bulan :P  tapi sekarang dah tau susahnya nak dapat, alhamdulillah ia membuatkan ana merancang perbelanjaan dengan lebih baik sekarang. Antum (esp antunna) pun  patut begitu. Lebih2 lagi sekiranya suami ialah orang yang bekerja dengan kudratnya, janganlah kita sebagai isteri menambah2 bebannya. nak itulah, nak inilah, nak pi melancong sana, nak pi makan angin sini huhu pening kepala suami nanti🙂 .

Dan pada suami2 di luar sana tu jangan ajar isteri antum dengan kemewahan kalaupun antum benar2 mewah😀 .  Sebab apa, nanti ia jadi terbiasa begitu susah antum nanti hihihihi. Nak kete dasyat2, rumah beso2, barang mahal2…huhu…dunia ni hanya sementara, hebat mana sangatlah kita nak dilihat di mata manusia.  Tidak menambah kebaikan melainkan rasa dengki dan hasad yang akan tambah mengundang. Lebih2 lagi bila kita sentiasa nak dilihat lebih hebat dari orang lain… na’uzubillahi minzalik!

Teringat ana pada seorang teman. sekarang beliau dah kahwin ada anak seorang, comey anaknya geram ana tengok. bertugas di malaysia as murabbi🙂 .. dulu ana tak berapa rapat dengan dia tapi lately alhamdulillah Allah makin eratkan ukhwah kami. Bila ber ym ana ajak dia datang sini ziarah ana. Tapi dia sangat merendah diri, katanya tak mampu. Kalaupun dapat dia hajat nak pi tempat lain dulu bukan melancong ke sini. Subhanallah, sedikit sebanyak ia jadi tazkeerah buat ana.  Antum tahu dia nak pi mana? Dia nak pi MEKAH… Kagum ana dengan dia rupanya dia aim tempat tu paling utama.  dengan gaji dia dan suami  ana yakin dia pun boleh nak datang tapi dia lebih memilih untuk merendah dirinya. InsyaAllah mungkin itu tarbiyah dari suaminya yang merupakan orang yang faham islam dan mengajarkannya pada orang lain. Moga beliau dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah. Ameen…

wah…panjangnya entry kali ni…ana baru balik dari kelas nihonggo ni sebenarnya. Harini ahna teman. akhi bawa ahya bersamanya atas urusan lain. ana pulak bawak ahna.. taihen desu…jalan kaki di tepi jalan besar. berapa kali tah nak kena langar dengan basikal. Tulah ahna ummi nak bawak basikal takmo naik. Dia kata basikal hijau babah punya, ummi naik besikal putih. huhu camano nak naik beskal putih tu anakku…xde tempat duduk untuk kanak2. Alih2 kena jalan kaki jugak. ana sampai lewat 15 minit..malunya kat sensei tapi alhamdulillah sensei baik sangat.

On the way balik singgah Mall dengan ahna. beli2 sikit…huhu x teringat kena jalan kaki. Terbeli sesuatu yang berat lak hingga lebih 5 kg! aduh… sambil tu kena  pimpin ahna pastu bawak fail yang sarat dengan buku teks…mencabarnya pagi sabtuku. Perjalanan masih lagi berbaki separuh. setelah berhenti rehat kurang 10 kali akhirnya kami sampai jugak rumah🙂 . Pagi winter yang panassss! :P…

Ahna dah tertidur..penat jalan kot sampai tercabut kasut n terjatuh😦 luke sikit kedua2 lututnya..sian anak ummi..  oklah ana nak sambung tugas. InsyaAllah pasni kita share pics lak eh…sayonara..

This entry was posted in DIARI KEHIDUPAN KAMI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s